Saturday, August 13, 2011

Android vs iOS



Tetiba rasa nak tulis pasal comparison between Android & iOS sebab terasa macam nak tukar handphone. Dah puas google, tanya member, lastly kena la tulis supaya ingat apa yang dibaca. Eh, before that, pernah tak korang dengar orang cakap;

"Ala, kalau nak senang, Google je."

Rasanya mesti pernahkan.

Tapi pernah tak dengar orang cakap;
1. "Ala, kalau nak senang, Yahoo je."
2. "Ala, kalau nak senang, MSN je."


Rasanya tak pernah kot. Kalau pernah kira hebat la.

Berbalik kepada Android & iOS. Sebelum membeli kena survey betul-betul sebab bukannya murah. Lepas tu kalau beli tapi tak memenuhi taste, nanti menyesal. Maklumlah, sekarang ni handphone kalau trade-in memang tak dapat banyak.

Hopefully setelah diterjemahkan di dalam penulisan, aku dapat membuat keputusan nak tukar handphone ke tak sebab kalau diikutkan hati, memang nak tukar but not sure yet sebab tak tau mana yang worthy between Android & iOS.


STABILITY

Actually, both system agak stabil sebab dua-dua pun multitasking. Walaubagaimana pun, its depends on the what type of apps you install.

FREEDOM

Android is more flexible sebab terdapat banyak apps Android yang boleh melakukan perkara-perkara yang funky. For example, you can set a profile to silent mode every Friday during the pray time or vibrate during the office hours. Or, there is also an app that keeps your mobile phone unlocked when you at home (by detecting that you connecting to your home’s Wi-Fi). How cool is that? There is no way you can do this on the iPhone.

Not to mention, everyone’s home screen on Android will look different to one another. Now, look at every iPhone users and they will all look the same, apart from having different background and shortcut of apps.



APPLICATIONS & GAMES

Walaupun Android apps/games agak banyak tapi, Android market still tak boleh nak lawan dengan quality iOS punya apps/games kat iTunes. Kebanyakkan apps/games yang ada kat iTunes, dah ada kat Android market tapi semuanya berbayar kecuali Angry Birds. Ni yang aku tahu la. Tapi sebenarnya iOS punya apps/games pun berbayar juga melainkan kalau dah 'jailbreak'. So sama jelakan.

INTEGRATION

In Android, everything feels integrated. For example, lepas kita take a photo dengan camera, there is an option button share with Twitter @ Facebook if both are installed. In iOS, boleh kata every apps can only do their things & cannot collaborate to another.

NOTIFICATIONS

In Android, all the notifications come up from the top of the screen in one line. Its doesn't interrupt what you are doing & you can go to the notifications by dragging the top of the screen down. In iOS, setiap notification will come out pop-up window & it will interrupt what are you doing at the moment.

Kesimpulannya, both OS ada kelebihan & kekurangan. If you want diversity, better you choose Android but if you want standardization, you can choose iOS. Maybe some of them tak kisah la OS apa handphone tu guna, asal phone yang diorang guna tu branded sudah.

Bagi yang banyak duit tu, maybe tak kisah kot nak beli yang mana @ you can buy both. Tapi apa guna kalau kita beli something but you don't know how to used @ utilized it. Ni yang orang tua-tua selalu cakap, "Apa orang nak, dia pun nak juga. Biarlah tak reti guna, janji bergaya." Kalau nak beli something tu, biarlah untuk kepuasan diri kita tapi bukan sebab ikut orang lain.

Sunday, August 7, 2011

Google+ vs Facebook...



Today is my 1st day I register with Google+ .. At 1st, dah banyak kali minta my friend Nasa invite tapi until now tak dapat invitation tu. Dia cakap dah send dah tapi maybe technically tak sampai kot. Then I ask my lil sister pula untuk send but still the same. Fuhhh!!

So for the same reason, untuk tidak menyusahkan my friends yang still looking for Google+ invitation, you can click here to have the invitation. Jangan malu-malu untuk click ye. Then you can compare with Facebook. Both social network, both friendly user. So you can choose either one or both. But I prefer Google+ because of Google product. Ni yang rasa nak beli Android phone pula. Hahaha!!

Lastly, thanks to the owner of this Amanz's blog sebab barulah aku dapat explore Google+. Thank you very much.

Daging Babi, CURI TULANG, dan CURI MASA..


Hanya untuk dikongsi bersama & mengingatkan diri sendiri yang pelupa.


Mengular adalah curi tulang semasa bekerja iaitu semasa bekerja, cuti tidur di surau atau lepak-lepak di kantin atau mamak.

"Sekalipun ramai orang melakukannya, kesalahan tetap satu kesalahan," kata seorang ustaz.
"Syarikat kami tidak akan terjejas kerana kesalahan kecil seperti ini," ujar seorang pekerja. Tidak rasa bersalah langsung terbayang diwajahnya.

"Mungkin syarikat tidak terjejas dalam masa pendek. Tetapi jika kesalahan itu telah menjadi budaya semua orang, ia boleh menjejaskan syarikat & produktiviti dalam jangka masa panjang."

Dia senyum lagi. Kebimbangan yang ustaz itu suarakan dianggap kecil oleh beliau.

"Saudara, yang akan terjejas dalam masa terdekat & jangka masa panjang bukan sahaja syarikat, tetapi saudara & keluarga saudara." tusuk ustaz perlahan.
"Ya ke? Bagaimana?"

"Jika dihimpunkan, agak-agak berapa lama masa yang saudara ambil untuk mengular dalam sebulan?" tanya ustaz mengalih perhatian.
"Sehari mungkin 10 atau 15 minit. Tetapi tidak selalu, dalam sebulan agak-agaknya adalah dalam sejam (60 minit),"Jawabnya terus terang.

"Berapa gaji saudara sebulan?" Tanpa mendapat jawapannya, saya menyambung, "Katalah RM 1,000. Gaji dibayar atas lama masa saudara bekerja dalam syarikat. Apabila terima gaji pada akhir bulan itu, bererti termasuk sejam masa saudara mengular itu," jelasnya.

Lelaki itu tercengang sedikit. Tetapi akhirnya mengangguk perlahan.

"Jika sejam itu ditukar kepada bentuk wang, agaknya berapa?"
"Tak sampai RM 5. Kecil sangat tu!" sampuknya cepat.

"Tetapi RM 5 itu cukup untuk membeli sekilo beras atau beberapa ekor ikan, bukan?"

Dia mengangguk lagi.

"Dan beras atau ikan itu kita jadikan makanan untuk diri, isteri & anak-anak kita."
"Haram ke?" tanya lelaki itu separuh mencebik.

"Saudara, gaji dibayar mengikut masa kita bekerja. Jika kita dibayar juga sedangkan kita tidak bekerja bagaimana? Apakah wang itu masih halal?"

Lelaki itu terdiam. Dalam hatinya pasti mengiakan bahawa hukumnya haram.

"Apabila wang yang sebegitu digunakan untuk membeli makanan anak isteri kita tentu sahaja hati mereka gelap."
"Kenapa?"
"Bukankah hati dibentuk oleh makanan? Makanan yang haram akan menggelapkan hati."

"Awak masih ingat isu sosej bersalut usus babi suatu ketika dulu?" kilas ustaz memperbaharui rentak perbualan.

"Isu tersebut memang menggemparkan. Ramai umat Islam tersentak kerana merasakan mereka telah ditipu & dianiaya kerana membeli & memakan sosej haram. Ramai yang bertindak menyamak kuali, periuk & lain-lain peralatan memasak. Sampai begitu sekali keprihatinan kita," sambung ustaz itu.
"Memanglah, babi kan haram. Sakit hati betul kerana kita ditipu hidup-hidup!" kata lelaki itu meluahkan kemarahannya.

"Saudara, sebenarnya isu termakan sosej bersalut usus babi itu tidaklah sebesar isu yang kita bincangkan tadi."
"Isu yang mana?"

"Isu makan makanana yang dibeli dengan duit hasil bekerja secara curi tulang atau curi masa!" tekan ustaz tersebut.
"Mengapa pula begitu?"

"Mereka yang termakan sosej bersalut usus babi itu bukan sengaja. Itu tak berdosa sebab tidak sengaja. Kalau berdosa pun kerana kurang berhati-hati. Katalah berdosa, itu pun dosa dengan Allah semata-mata. Untuk taubat perlu menempuh tiga syarat-syarat taubat."
"Dosa makan gaji secara curi tulang?"

"Itu dosa dengan manusia. Maksudnya, dosa dengan majikan & seluruh 'stake holder' organisasi tersebut. Kalau majikan kita kerajaan, itu lebih parah lagi. Dosanya pada seluruh rakyat. Dosa manusia perlu menempuh empat syarat taubat. Selain menyesal, berhenti & berazam tidak mahu mengulangi, terpaksa meminta halal atau reda daripada orang yang kita berdosa."
"Jadi, kena minta halal daripada setiap orang yang terlibat, begitu?" lelaki itu terperanjat.

"Ya, begitulah dari segi ilmunya."
"Susah tu, bukan mudah."

"Itulah yang saya katakan tadi, dosa dengan mansia ada kalanya lebih sukar untuk bertaubat berbanding dosa dengan Allah. Ada yang lebih sukar daripada itu," tambah ustaz apabila melihat dia lama berdiam diri.
"Ada lagi yang lebih sukar? Apa itu?" tanya lelaki itu.

"Rasa tidak berdosa!"
"Maksud ustaz?"

"Begini, orang yang termakan benda yang jelas haram, tahu itu satu dosa & ada kemungkinan dia bertaubat. Tetapi orang yang curi masa & curi tulang, selalunya rasa tidak berdosa. Semua orang buat, apasalahnya? Mereka rasa perbuatan curi masa itu 'biasa-biasa' sahaja & kesalahannya lebih ringan jika dibandingkan deosa termakan daging babi. Jadi, apabila itu tidak dianggap dosa, mana mungkin mereka bertaubat?"
"Padahal dosa curi masa, curi tulang, tidak amanah itu lebih beratkan ustaz?"

Ustaz itu diam. Alhamdulillah, dia sudah faham dan mula dia serius.


Hasil karya;
Pahrol Mohd Juoi.

Jika kita ada ilmu yang baik, eloklah dikongsi bersama walaupun sedikit kerana manusia & diri kita sendiri sering lupa. Dalam berdakwah perlukan istiqamah.