Friday, March 20, 2009

Champions League quarter-final draw ..


Finally, quarter final punya match akan berlangsung pada 7/8 April 2009 for 1st league & 2nd league lak on 14/15 April 2009.. Macam last season gak, 4 BPL punya team all qualified for quarter final.. Ni menunjukkan BPL still menguasai Europe...

Villarreal vs Arsenal
My predict Arsenal won 1-1 for 1st league..Sebab aku rasa Arsenal macam biasa la, midfielder diorg power..Selalu control game..Plus Eduardo dah makin perform..Tapi Villarreal pun boleh tahan gak..Dengan Rossi (ex-Man Utd player) yang merupakan 1 of top scorer in Spain.. Tapi sebab main kat Villarreal, so aku predict 1-1.

Manchester Utd vs Porto
My predict Man U won 1-0 for 1st league..Sebab macam biasa la, kalo 1st league main kat Old Trafford, confirm Alex Ferguson play safe.. So maybe, lepas dapat 1 goal, game akan jadi boring...So hopefully, Ferguson akan turunkan Van Der Sar, Rafael, Evra, Ferdinand, Evan, Ronaldo, Park Ji Sung, Carrick, Anderson, Berbatov & Rooney.. Then last quarter of minutes, masukkan Giggs & Tevez...COmment panjang sket sebab favourite team aku..Hehe!!

Liverpool vs Chelsea
My predict both draw 0-0 for 1st league..Sebab both pun tgh consistent.. Liverpool mmg tgh top performance lepas belasah Real Madrid & Man U.. Tambah pulak Liverpool memang prform kat europe..Chelsea pun ok gak la since tukar manager ni..walaupun menang tipis tp diorg belum kalah lagi takat ni..So my predict, match ni suppost 2nd yg best untuk quarter final ni..

Barcelona vs Bayern Munchen
My predict Barca lost 1-2 for 1st league..Sebab kalo tengok Bayern punya match memang setakat ni the best!!Memang time diorg belasah Sporting, memang rasa macam diorg la champion..But in soccer, anything can happen..

Tak sabar nak tunggu match quarter final ni...hopefully, all team will show their best...Lastly, harap2 Man Utd akan pertahankan kejuaraan!! Glory, glory, Man Utd....

Tuesday, March 10, 2009

Integriti...

Erk.. Nak tulis pun serba salah.. Tapi tak tau la nape nak tulis pasal integriti ni.. Takpe la, bila kita tulis ni, selalu nya kita mengingatkan diri kita sendiri.. Bila sebut je integriti, orang mesti kaitkan dengan rasuah.. Sebenarnya, skop integriti ni luas sangat.. Bukan setakat rasuah tapi ETIKA, NILAI MURNI DALAM DIRI, seperti AMANAH, JUJUR, KEBOLEHPERCAYAAN dan juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan demi kepentingan sendiri, semua pun termasuk dalam integriti..

Secara jujurnya, pada pandangan aku sendiri, goverment sector ni memang kurang mempunyai integriti dalam diri.. Bukan semua tapi mostly, memang takde integriti.. Macam aku mention tadi, integriti bukan je RASUAH tapi sebagai contoh, waktu rehat.. Sepatutnya waktu rehat dibagi cukup 1 jam.. Kalau ikutkan, makan berapa minit la sangat..siap boleh sembang2 pulak.. Tapi kenapa pukul 2 baru nak solat??? pukul 2 dah time keje dah... waktu pun tak penah lagi kat Malaysia ni Zohor masuk pukul 2 petang.. So takde alasan la kalo nak solat gak lepas kul 2 tul tak?? Aku cakap ni sebab aku pun kekadang tu buat gak..ni mengingatkan diri sendiri la jugak..


Kita cerita pasal private sector lak.. Macam aku metion tadi, integriti ni besar skop dia.. Sebagai contoh la, sebagai technician..Bila bagi service kat rumah orang kaya, kenapa bagi service yang the best tapi bila time kat rumah flat ke, just 'ala kadar' .. Sedangkan diorang pun bayar rate yang sama.. Kat sini mungkin 2 sebab, satu mungkin sebab technician tu mengharapkan habuan @ kedua, menjadi lumrah kat Malaysia ni, asal seseorang tu berpangkat, kita hormat lebih tapi orang yang berjawatan rendah, takde hormat.. Tu pun dah menunjukkan tiadanya integriti dalam diri..
Lastly pasal rasuah.. Saje je aku cite pasal rasuah ni last kali sebab nak buka minda kita, integriti bukan lah rasuah semata-mata tapi besar skop nya..Berbalik kepada goverment sector.. Secara jujurnya, sebab aku dah pernah keje kat private sector, memang nampak perbezaan dia.. Banyak beza nya.. Bila kerja private, kita akan mencari kerja sebab bos kita takkan boleh tengok kita senang..Tapi tak pulak goverment, semua nya nak kena suruh, baru nak buat..Tu pun dah lama baru la jalan, tak pun selagi takda apa-apa kepentingan, memang tak jalan la kerja tu.. APA BENDA NI??? Kita dah dibayar gaji dengan DUIT RAKYAT... bukannya masih nak mengharapkan duit tepi baru nak jalan kerja... Tazkirah Maghrib tadi, nanti bila kita mati nanti, kita akan disoal, "Dari mana kita dapat sumber pendapatan, ke mana kita sumbangkan??" Sama2 la kita fikir2 kan..

Aku tulis ni sebab nak mengingatkan kawan2 dan diri aku sendiri... Kekadang, kita tak perasan kita buat salah tapi sama2 la kita tegur menegur.. Aku pun sebenarnya tak tau nak update apa tapi sebab ada member suruh update, aku pun update la..Hehe!! Lagipun baru balik dari induksi last 2 week.. So banyak la nasihat2 yang diberi oleh penceramah2..



Tuesday, February 17, 2009

Politik di Malaysia...

Assalamualaikum kepada semua ahli2 politik...

Saya sebagai salah seorang daripada rakyat Malaysia yang tinggal di Negeri Selangor berasa sangat kecewa dengan keadaan politik di Malaysia...Kenapa politik kat Malaysia ni huru hara???Selepas kalahnya Barisan Nasional di 5 buah negeri, Kedah, Pulau Pinang, Perak (telah dirampas kembali oleh BN secara haram), Terengganu & Selangor, pelbagai cerita2 politik yang munuding jari, menfitnah, menyebarkan berita2 palsu, mengaburi mata rakyat Malaysia dengan mengeksploitasi television, radio, surat khabar dan sebagainya semata2 untuk merampas kembali negeri yang telah bertukar pemerintahan & menutup kemaluan yang telah disebabkan kerakusan ahli politik Barisan Nasional yang terlalu mengejar kebendaan & duniawi semata2...

Ya Allah...Aku memohon pada Mu agar Engkau bukakan lah hati umat Islam di Malaysia ini supaya kembali kepada ajaran Engkau, ya Allah...

Bermula dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim...Benarkah??? Hanya Allah je yang tahu...Secara logik akal, seorang yang berilmu, berketerampilan, mempunyai ahli keluarga yang baik, mustahil benda ini berlaku...tapi hanya Allah je yang Maha Mengetahui...sesungguhnya doa orang yang teraniaya adalah makbul...InsyAllah...

Berikutnya, dengan pelbagai berita palsu dan fitnah yang telah tersebar di Perak sehingga menyebabkan berlakunya perampasan kuasa secara haram yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional...Menggunakan Sultan adalah cara paling keji dilakukan oleh Barisan Nasional untuk mengambil alih negeri Perak...

Selepas Perak telah diambil alih, kini Kedah pulak dalam perancangan Barisan Nasional.. Macam2 fitnah telah pun disebarkan...Tak abes Kedah, Selangor pun turut telah diancam dengan berita2 yang mengarut...aku berdoa supaya rakyat Malaysia tidak tertipu dengan sumber2 berita di TV, surat khabar & sebagainya...Aku tidak menyalahkan mereka yang terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di TV, paper...Mungkin kerana mereka kurang pengetahuan tentang IT...jadi, aku hanya mampu berdoa supaya mereka tidak mudah untuk ditipu...

Actually aku tak minat sangat nak cerita pasal politik ni...tapi disini, aku tak sanggup dah nak tahan semua ni, melihat apa yang berlaku...aku hanya mampu meluahkan apa yang aku rasa di sini...aku hanya lah orang kecil...tiada ahli politik yang mendengar rintihan aku ni...aku hanya mampu berdoa je..kesian la pada rakyat Malaysia yang inginkan kebenaran dan bantuan dari ahli2 politik yg berintegriti.. pada pilihanraya kecil nanti, kepada semua rakyat malaysia, pilih lah wakil anda yang mempunyai IQ, EQ & SQ..

Sekian saja...