Wednesday, December 17, 2008

Puisi

jangan cinta kerana dia perempuan..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan perempuan yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..
jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

~Dipetik dari reporter from AWANI~

Sunday, December 7, 2008

Attack No 1..

This week aku spend my time dok umah je...kalo kuar pun kejap2 je jumpa member2 lama..last week nya cite, nnt aku story...This week, disebabkan umah aku still tak siap lagi, so aku la yang kena dok tunggu kat umah ni..InsyAllah, next week siap kot...Disebabkan tak tau nak buat apa dok umah, mlm tadi aku pun pinjam cd jepun kat kak suria..nasib la kak suria tak balik kampung lagi..Thanks kak...

Dia bagi aku 2 series & 2 movie..Aku baru amek semalam and 1st yang aku layan Attack No 1...skang ni aku baru layan sampai episode 5...For me, cerita ni best la untuk orang yang tengah bosan tahap cipan macam aku ni...Same as others Japanese series, scene2 yang wajib ada:

1. Semangat
2. Awek yang kawaii
3. Ada message yang baik
4. Sedih
5. Happy ending (sometime ada gak sad ending)

So kalo orang tanya aku, aku prefer tengok cerita jepun dari korea...cerita korea ni banyak yang cinta2, jiwang2..pastu cinta 3 segi, 4 segi..kekadang tu dah bole nak predict ending dia...pastu time dah tengah2 cerita, mesti slow & lembap..So thats y aku prefer jepun...

Aku harap cerita Attack No 1 no tak menghampakan aku la..hehe!!so far memang best...aku nak sambung lagi 6 cd..nanti aku cerita pasal 3 of my friend's wedding...

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Kepada semua umat Islam, Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat menjalankan ibadah korban..Selamat menunaikan ibadah haji kepada yang pergi ke tanah suci...Selamat balik kampung...Semoga selamat semua nya...Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yang menentu kan semua...Sentiasa la bertaubat sementara kita masih dipinjamkan di dunia ini...Dunia hanya lah sementara...Aku tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan Mu Ya Allah...terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan...Ampunkan hamba Mu ini...Amin..