Sunday, August 10, 2008

My New Cousin :)

Nama : Irfan Hadif
Tarikh Lahir : 5 Ogos 2008
Berat : 3.4 kg

Lebih kurang pukul 11 pagi, Irfan Hadif selamat dilahirkan di Hospital Subang Jaya Medical Center. Alhamdulillah. Bertambah la orang laki dalam family aku. Hehe! Baru semalam dapat tengok Irfan Hadif kat Hospital Ampang Puteri. Almaklumla, kereta ku berada di bengkel and lately ni busy sikit. Balik je dari Shah Alam, akak aku bgtau Irfan Hadif masuk hospital, tu risau tu. Rupanya sakit kuning. Alhamdulillah la takde apa2. Tahniah la untuk pak cu & cu. Semoga ceria2 selalu.



Wednesday, July 9, 2008

Makan bola, tido bola...

Euro 2008 dah habis. Sepanyol dah pun jadi juara. Semua peminat team masing-masing dah pun tahu siapa juara, siapa kalah awal, siapa kalah semi. Bagi aku Spain memang deserve untuk jadi champion la. Dengan team work diorang, skill, semua pun lengkap la. Final Euro 2008 Germany vs Spain dengan result 0-1. Satu goal yang torres score tu memang lawa la. Walaupun satu goal je, tapi games memang best la. Congratulation untuk Spain.


Dah sekian lama aku tak tengok bola sepak Malaysia, 21 Jun 2008 hari tu, Final Piala FA, Selangor lwn Kedah, aku pun turun la tengok disebabkan pakcik aku belanja tiket. Hehe! Kalau tak, maybe aku tak pergi la. Aku pergi dengan family pakcik aku & shuhail. Budget Selangor boleh menang la game ni. Tapi malang tul, minit 1st lagi Selangor dah kena sebijik. Huhu! Final score, Selangor kalah kepada Kedah 2-3. Tension je. Selangor main best dah tapi, defend teruk gile! Sengal tul. Dah la ramai penyokong yang datang. Kalau la Selangor ni main macam tahun 90an dulu, mesti stadium sentiasa penuh je.

Pastu 6 July 2008 baru ni, ada The Sultan of Selangor's Cup 2008. Yang ni pun aku tengok gak sebab dapat tiket free lagi. Hehe! Nasib baik la yang ni Pilihan Selangor menang. Memula veteran Selangor kalah penalti 8-9 lepas seri 1-1 dengan Singapore tapi nasib baik la Pilihan Selangor menang lepas seri 2-2 dengan Singapore, Selangor menang penalty 4-3 kalo tak silap aku.

Kesimpulannya, Malaysia kena la tingkatkan mutu permainan kalau nak banyak orang yang datang stadium. Kalau pasukan negeri mana-mana pun main best, sure ramai yang datang.

Wednesday, July 2, 2008

Latest Movie I Watch..

Bosan asyik tengok TV kat umah, balik2 berita pasal politic yang tak penah habis. Balik2 cerita sama je. Lepas tu petang2, macam biasa la. Balik kerja, layan cerita Ezora yang agak tak tau bila nak abes & tak tau la berapa banyak pusing2 cerita tu. Tapi aku layan gak sebab dah tak tau nak buat apa sejak minyak naik harga ni. Hehe!


So, nak kata aku lama tak tengok wayang, baru je pun. Hehe! Tapi disebabkan ahad lepas aku bosan tahap cipan, aku pun pergi ke Plaza Low Yat nak usha harga external hardisk untuk member aku. Naik motor beb! Jimat minyak & takde la nak bersesak kat KL tu. Balik dari Low Yat, aku pun rasa macam awal lagi. Disebabkan bestfriend aku bgtau cerita Wanted tu best, so aku pun dengan bosannya membawa diri ke KLCC (tempat yang aku agak tak minat nak pergi) sebab nak tengok wayang.


Fuh!!dah lama aku tak tengok movie yang gempak2, finally..... Wanted!Memang best la! Story line, bagi aku agak mengarut sikit but action memang gempak. Dah lama gak la aku tak tengok movie yang macam ni. So aku rasa tak rugi kalau korang pergi tengok walaupun agak tidak menyokong filem tempatan tapi sometime, kalau aku tengok movie tempatan yang best, for sure aku akan promote cerita tu. Dulu aku memang promote gila2 la kat kawan2 aku suruh tengok cerita Sumolah. Sebab bagi aku memang cerita Aflin Shauki memang ada quality. Diharap, industri perfileman Malaysia, dapat menganggap filem asing ni sebagai cabaran untuk industri perfileman kita memberikan dan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk bersaing dengan filem asing.