Wednesday, July 2, 2008

Latest Movie I Watch..

Bosan asyik tengok TV kat umah, balik2 berita pasal politic yang tak penah habis. Balik2 cerita sama je. Lepas tu petang2, macam biasa la. Balik kerja, layan cerita Ezora yang agak tak tau bila nak abes & tak tau la berapa banyak pusing2 cerita tu. Tapi aku layan gak sebab dah tak tau nak buat apa sejak minyak naik harga ni. Hehe!


So, nak kata aku lama tak tengok wayang, baru je pun. Hehe! Tapi disebabkan ahad lepas aku bosan tahap cipan, aku pun pergi ke Plaza Low Yat nak usha harga external hardisk untuk member aku. Naik motor beb! Jimat minyak & takde la nak bersesak kat KL tu. Balik dari Low Yat, aku pun rasa macam awal lagi. Disebabkan bestfriend aku bgtau cerita Wanted tu best, so aku pun dengan bosannya membawa diri ke KLCC (tempat yang aku agak tak minat nak pergi) sebab nak tengok wayang.


Fuh!!dah lama aku tak tengok movie yang gempak2, finally..... Wanted!Memang best la! Story line, bagi aku agak mengarut sikit but action memang gempak. Dah lama gak la aku tak tengok movie yang macam ni. So aku rasa tak rugi kalau korang pergi tengok walaupun agak tidak menyokong filem tempatan tapi sometime, kalau aku tengok movie tempatan yang best, for sure aku akan promote cerita tu. Dulu aku memang promote gila2 la kat kawan2 aku suruh tengok cerita Sumolah. Sebab bagi aku memang cerita Aflin Shauki memang ada quality. Diharap, industri perfileman Malaysia, dapat menganggap filem asing ni sebagai cabaran untuk industri perfileman kita memberikan dan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk bersaing dengan filem asing.



Tuesday, July 1, 2008

Cuti-cuti Malaysia di Pulau Perhentian

Bosan tul dengar cerita kat Malaysia ni. Macam-macam cerita ada. Pasal politic kes Anwar Ibrahim liwat la, pasal kes Najib dengan kematian Altantuya la, harga minyak naik, barang naik. Ish! Bosan kalau fikir semua tu. Tapi nak tak nak, kena gak la amek tahu semua tu. So kepada sesiapa yang bosan dengan semua tu, baik la korang pergi bercuti kat Pulau Perhentian. Best sangat2!! Menenangkan fikiran korang semua.

Actually aku dah pergi Pulau Perhentian ni 16 Mei 2008 lagi tapi baru sekarang ni lak rajin nak update blog ni. Hehe! Dah tak tau nak buat apa sejak minyak dah naik ni. Dok umah je la. Haha!

Ok, berbalik holiday aku kat Pulau Perhentian ni. Kitorang bertolak malam 16 Mei 2008 tu. Lebih kurang jam 9 malam la. Aku tumpang Kak Eija malam tu sebab malas nak tinggal kereta kat office. Sampai Terengganu subuh, kitorang singgah solat kat Masjid Kristal. Lepas tu kitorang pegi jalan2 kat area Kuala Terengganu.

Esoknya pulak kitorang pergi Pulau Perhentian. Bertolak kalau tak silap aku Ahad pagi tu. Sampai je pulau, ada yang terus mandi manda. Memang best gile la pulau ni. Bersih, putih and tenang. Kitorang check in kat Senja Bay. So sini memang banyak la aktiviti yang kitorang buat such as snorkeling, mencandak, mandi manda, tengok penyu and so on. Makan kat sini pun best gak! Orang2 kat sini pun best gak. Hehe! Kesimpulan nya memang best la kat sini. Kat bawah ni ada la sikit gambar-gambar masa kat Pulau Perhentian tu.

Balik dari pulau, kitorang pun singgah la beli keropok kat area Terengganu tu. Semua borong abes la. On the way balik tu, singgah makan. So apa lagi, jom cuti-cuti Malaysia. Where I want to go next?? Wait and see!

Monday, June 30, 2008

Update blog..

Dah lama sangat aku tak update blog ni..Hehe!! Sibuk baca blog orang je. Actually tak tau apa nak tulis sebenarnya. Aku tau baca je, nak tulis ni tak pandai sangat. Kalau nak cerita pasal aktiviti aku buat weekend memang banyak tapi tak tertulis je. Hehe! Nak tulis pasal politic, tak minat pulak.

So aku cerita sikit la pasal best friend aku sorang ni. Nama dia Shuhail. Dia ni memang peminat fanatic Liverpool la. Walau macam mana minat gila pun dia kat Liverpool tu, aku tau, dalam hati dia still ada tempat untuk Man U. Haha!! Gambar kat bawah ni bukti dia.


Dah terbukti kan??? Semua menjadi saksi kan??haha!! aku tau, walaupun kat kat Friendster dia, tulis anti Man U, tapi disudut hati dia yang kecik tu suka kat Man U sebenarnya. Haha!

Kalau nak saksi pun aku ada. Selalu kalau Man U punya match, confirm dia tengok nya. Kalau korang tak percaya, korang boleh tanya Azli, Apex, Apis, Shahrul. Kitorang semua tak penah paksa dia tengok, tapi dia tetap nak tengok. Hehe!!

Begitu la kisah sahabat karib ku dari 1995 until now!! Thanks for being such a great friend!!