Monday, November 5, 2007

My 1st experience eat sushi

Finally, setelah ramai yang ajak & ajar aku macam mana nak makan sushi, akhirnya makan gak aku. Hehe! Boleh tahan la, not bad. Memula aku ingat aku akan muntah bila makan sushi ni tapi alhamdulillah, selamat menghabiskan semua sushi yang di suggest oleh En Azmi. Haha! Thanks En Azmi. Jasamu akan ku kenang.


Aku pergi makan sushi ni kat Sushi King, Sunway Pyramid. At 1st tak plan pun nak pergi mana-mana semalam. Tetiba tergerak lak hati nak keluar dengan En Azmi. Memula just nak ajak lepak tapi sebab aku yang ajak, so aku kena la belanja En Azmi ni. Lagipun memang niat aku nak belanja dia sempena Birthday dia yang ke 22 pada 5 Nov ni. So disebabkan dia pun tengah exam ni, aku pun budget ingat nak keluar dengan dia kejap je, skali terlama pulak. Haha!


Kat Sushi King ni aku main makan je apa yang dia suggest sebab aku tak reti nak pilih. Hehe! Asal halal cukup la. Lepas ni sesiapa yang nak belanja aku sushi aku ok je!!haha!! Cepat2, sementara selera sushi aku ni masih ada :p


For more information, u can visit here.

Thursday, November 1, 2007

Football Manager 2008

Finally, Football Manager 2008 had been release. Punya la lama tunggu. Thank u Peje sebab bagi aku link untuk download je. Takyah aku susah-susah nak pegi beli. Haha! Aku siap download hari isnin hari tu. Abes je download terus main. Tul-tul tak sabar la. Haha!

Kepada sesiapa yang addict tu baik la beli cepat. Memang best la sebab Man Utd power gila this time. Setakat ni Man Utd aku tak kalah lagi la. Haha! Dah bape malam berjaga sebab main FM ni la. Esoknya, time lunch tido. Hehe!


Makan, tido, makan, tido. Tapi tak gak aku ni menggemuk. Kawan-kawan, tolong aku bagi tips nak menggemok ni.Huh! Aku bukan tak bersyukur tapi nak gak la berisi. Heh! Betul-betul musim raya ni asyik Open House je memanjang. Since 1st week after raya, hari-hari la makan free. Kalo weekdays kat office, semua department la buat Open House. Tu belum masuk Majlis, TNB, KTMB etc. Time weekend lak, kawan-kawan. Huh! Penat makan je musim raya ni.

Tapi tujuan sebenar aku pergi Open House ni bukan nak makan je tapi nak mengeratkan Silatulrahim kita sesama Islam. Eceh!Hehe! This week, hari Sabtu, 3 Nov 2007 umah pakcik aku ada buat Open House. Jemput la datang sesiapa yang sudi. Kalau nak datang umah aku bebila pun boleh sebab aku hari-hari pun open je. Janji bagi tau awal-awal kalau nak datang. Okey!

Lastly, setelah kian lama aku tak update blog aku ni, aku ingat lepas ni nak rajin sikit la. Hehe! Member aku, Adib, sibuk suruh aku siapkan novel yang tergantung dalam friendster aku tu. Hehe!Aku pun tak ingat macam mana nak start balik cite tu :p

Sunday, October 7, 2007

Buka Puasa Lagi

Sambungan last posting, last week pun aku banyak lagi berbuka puasa kat luar dengan family & kawan-kawan. Erm, start dengan Secret Recipies. Aku rasa semua orang pun tau Secret Recipies ni so tak perlu la aku nak cerita kesedapan makanan dia. Masa ni aku berbuka dengan kak hani sempena birthday dia yang dah lepas. Huhu! Aku makan Grilled Black Paper Chicken, Kak hani lak makan Grilled BBQ Chicken. Aku pun tak tau la nak suggest korang makan apa yang best kat sini but kek yang aku rasa best Lemon Cheese Cake. Actually aku tak minat sangat Cheese kek ni tapi bila aku try this one memang best.

The next day nya pula, aku berbuka kat Dewan FELDA Jalan Semarak. For more detail, click here.Kat sini pun memang best makanan dia. Banyak choice, lepas tu masakan dia semua panas-panas. This time aku berbuka dengan office mate aku sebab ada company belanja. Thanks to Franky.

Lepas tu, lusanya pula, aku berbuka dengan family sebelah mak aku kat Sg Buloh di Restoran De'Chiengmai Thai. Memang best la makan kat sini tapi on that day, ntah apa yang tak kena dengan pekerja kat situ, boleh pulak lambat hantar makanan kitorang. Tension tul! Tapi memang best la makan kat situ. Mostly pekerja dia memang dari Thailand so kalau nak marah pun tak guna sebab diorang bukan paham pun. Nasib la masakan dia sedap. Yang paling sedap Ikan Siakap masak 3 rasa.

Esoknya pulak, aku berbuka dengan officemate lama aku kat OCE. This time lagi ramai la kalau nak compare dengan previous one. Makanan beli kat pasar kat Petaling Jaya tu je. Lepas tu makan kat bilik meeting. Hehe!

Lepas tu, semalam aku berbuka kat Restoran Ulik Mayang kat Setapak dengan Karim. Kat sini yang bestnya Nasi Dagang, Nasi Kerabu, memang best tapi semalam Nasi Dagang abes, so makan je la nasi putih. Huh! For more detail, click here.