Friday, April 6, 2007

Cinema! Cinema! Cinema!


Latest movie aku tengok baru-baru ni, Mr Bean. Best gak la cite ni kalau nak compare dengan yg 1st, I think Mr Bean's Holiday ni better. Story line dia simple je. Pasal Mr Bean ni dapat free tiket, then on the way dia nak pergi sana, dia ada jumpa sorang budak kecik ni yang terpisah dengan bapak dia sebab Mr Bean ni. Start masa ni cite dia memang lawak la. At 1st slow gak la cite dia. So aku rasa tak rugi kalau korang nak pergi tengok.

Last Monday lak, no 1 tv series, PRISON BREAK SEASON 2 finale. Huhu! Kena tunggu 3rd season lak jawabnya. Huh! But ending untuk season 2 ni best la sebab suspend. But aku sedih gak la sebab kalau before this, aku semangat download cite ni sebab nak bagi kat orang tapi.... Ermm.. Biar la rahsia :p Siapa-siapa yang nak copy Prison Break Season 2 ni bagitau la ek. Aku dah siap burn dalam DVD.

Skang ni aku tengah layan Grey's Anatomy. Memang best cite dia. Haha! Tapi aku baru layan 1st season baru. Tak sempat nak layan, banyak keje. HEHE! Cite dia pasal doktor-doktor kat hospital ni ada scandal dengan doktor-doktor pelatih diorang. Jalan cite dia simple je but quite interesting. This week aku ingat nak abes kan sampai 2nd season. hehe! Maklum la, cuti sampai Isnin. Sangap la jawabnya. Aku layan Grey's Anatomy ni pun sebab ada orang bagi aku pinjam DVD, pastu layan sikit best pulak. Ntah bila la aku boleh pulangkan DVD dia ni.

Lagi 2 hari ada orang genap 24 tahun. Siapa la agaknya. Huhu! Kalau nak senarai kan memang ramai la. Tapi yang aku tau sorang je :p Baru-baru ni birthday akak aku. 3 March. Bila la dia nak kahwin?? Bila la aku nak dapat anak buah?? Bila?? huhu! member-member aku siap dah ada anak sendiri dah. Aku ni anak buah pun takda. Sedih tul. Huhu! Happy belated Birthday to my sister. May Allah bless u. 11hb lak, birthday bapak aku. Huhu! Ramainya la birthday this month. Aku doakan semua yang birthday bulan ni dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur.


Monday, April 2, 2007

Hukum Merokok

Aku suka baca Mr Right punya post 'Kenapa Perokok Merokok??' . Lepas tu aku tertarik tul dengan komen 'Mr'. Kekadang aku pun tak paham kenapa la member-member aku ni mostly merokok. Bila tanya dengan diorang, macam-macam reason la yang diorang bagi. Tapi aku as a friend hanya mampu nasihat je la sebab aku tau bukan senang nak suruh orang stop smoking ni. So ni ayat yang aku biasa cakap kat diorang, "Korang ni, cuba la try benti merokok. Membazir je. Banyak lagi gunanya duit yang korang boleh buat daripada beli rokok." Tu je la yang aku mmampu cakap kat diorang. Sebab aku tau, takda orang yang suka kalau kita ni memaksa orang tu buat something. Aku pun cakap benda ni sometime la. Bukan selalu pun. Bila aku rasa time yang sesuai, aku bgtau.

Memang apa yang Mr Right tulis tu semua reason yang smoker ni susah nak stop smoking. Aku tak nafikan la. Tapi aku tak suka cara 'Mr' yang bagi komen kat Mr Right punya blog tu. He said, " kalo time tu ko kat gerai mamak, aku isap rokok dan ko sound aku ... dengan selambanya aku cakap, kalo tak nak asap rokok, pi makan kat hotel non-smoking area ..." Dia bagi komen sebab ada lagi sorang yang komen kat blog Mr Right ni, 'Fid' said, "aku amat benci dan menyumpah2 perokok2 yg merokok di kawasan public!terutama bila anak aku ada bersama....paling tak suka..kalau korang nak tau apa aku sumpah....aku tak sumpah aku hanya minta Allah tunjukkan keburukkan merokok ni kat para perokok tersebut...but worst case senerio aku sumpah dlm hati..'cilakok tul mamat ni harap2 mati terbakar!''

To 'Mr' yang rasa diri dia always right, yang konon dia tau semua nya, ko tak pernah tau pulak ke yang negara kita ni ada law yang tak boleh merokok kat public?? Kenapa tetiba ko tak tau pulak benda ni??? Aku pelik la. Aku tak kisah ko nak merokok ke, apa ke, as long as ko respect la orang yang tak merokok yang ada kat dengan ko. Ko pun dah ada bini, so tak mustahil kalau one day wife ko pulak akan kena macam apa yang ko cakap tu. Kita ni manusia biasa, setiap apa yang kita buat ada balasan dia. So aku harap ko belaja la terima orang lain punya pendapat.

Aku ni takda la padai sangat bab-bab agama ni tapi hukum merokok ni ada setengah ulama cakap haram ada setengah cakap makruh. Banyak fakta-fakta yang boleh dijadikan bahan renungan sebelum sebatang rokok anda "nikmati".

  1. Rokok menyebabkan canser dan cancer menyebabkan kematian, maka merokok menyebabkan kematian. Hukum tentang perbuatan semacam ini secara terang dijelaskan dalam syariat Islam, antara lain ayat Al-Quran yang terjemahannya adalah: "...dan janganlah kamu membunuh jiwa..." (QS 6:151)
  2. Tubuh kita pada dasarnya adalah amanah dari Allah yang harus dijaga. Menggunakan barang-barang yang boleh mengganggu kesihatan akal hukumnya haram, misalnya alkohol, ganja dan sebagainya. Perhatikan firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya judi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib adalah kekejian, termasuk perbuatan setan.Jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu berjaya" (QS 5:90).
  3. Merokok hampir selalu menyebabkan gangguan pada orang lain. Asap rokok yang langsung diisapnya mengakibat kesan negatif tidak saja pada dirinya sendiri, tapi juga orang lain di sekitarnya. Asap rokok yang berasal dari ujung puntung maupun yang dikeluarkan kembali dari mulut dan hidung si perokok, menjadi "racun" terhadap orang-orang disekelilingnya. Ini yang disebut passive smoking atau sidestream smoking yang berakibat sama saja denan mainstream smoking. Berbuat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya (mudharat) bagi diri sendiri apalagi orang lain, adalah hal yang terlarang menurut syariat. Sebagaimana sabda Nabi SAW, "Laa dharar wa laa dhiraar".
  4. Harta yang kita miliki tidaklah pantas untuk dibelanjakan untuk hal-hal yang tidak bermanfaa, misalnya dengan membakarnya menjadi abu dan asap rokok. Perhatikan ayat-ayat Alquran sebagai berikut: "...dan janganlah menghambur-hamburkan hartamu secara boros. Sungguh para pemboros adalah saudara-saudara setan, dan setan itu sangat ingkar pada Tuhannya" (QS 17: 26-27).

So kepada perokok-perokok, aku paham memang susah nak stop ni. Tapi tak salah kalau kita usaha daripada langsung tak buat apa-apa. InsyAllah, kalau niat kita ikhlas, kita akan dibantu oleh-Nya.

BoRiNg

Macam weekend-weekend yang lepas, sama je semua nya. Every weekend pun bosan. Huhu! Hari sabtu aku dok kat umah merehatkan mata aku sampai tak larat nak rehat dah. Bangun lepas tu tido balik, lepas tu bangun, lepas tu tido balik. Sampai la malam. Huhu! Kalau celik mata banyak benor benda yang aku fikir so baik aku tido. Nasib baik la malam tu ada bola. Masa tengok memula hangin gak aku, mana tak nya, boleh la pulak Man U kena 1-0 masa 1st half. Nasib baik la 2nd half belasah balik 4-1. Huhu! so takde la aku boring. Lepas tu aku tak tau nak buat apa dah. Nasib baik la tetiba aku ada mood nak siap kan assignment adik aku ni. Huhu! Kesian tengok dia, tak reti nak buat assignment pasal computer ni. Aku siap kan sampai kul 3 pagi. Lepas tu tido.

Ahad lak memula budget nak kuar dengan Nasa & Karim tengahari tu tapi ujan. So ape lagi, dok umah tido la. Lepas tu aku dah sangap sangat dah, kalo dok umah je mesti macam-macam aku pikir, so aku decide nak tengok wayang cite 300. Memang puas hati la tengok cite tu. Aku tengok kat KLCC sorang-sorang sebab semua member aku dah tengok cite tu. Lepas maghrib tu aku pun msg Nasa tanya dia kat mana. Kebetulan dia dgn Karim dah kat Sogo pergi shopping. Aku yang keboringan ni pun g la follow diorang. Lepas tu kitorang makan Satay Sahmuri kat dengan Sogo tu. Thank you kat Karim sebab belanja kitorang. Memang kenyang la. Lepas tu Karim dgn Nasa pegi Puchong jumpe member diorang kejap. Sebab aku nak copy cite Naruto Shippuuden, aku pun g la umah Nasa dulu. Aku balik dari umah Nasa around 145 am.

Nasib baik la ada bestfren macam Nasa ni. Kalau tak macam biasa la weekend aku yang boring. Huhu! Thank you Nasa for being such a good fren!