Sempena malam 1 Syawal ini, semua rancangan TV sibuk dengan Salam Aidilfitri, aku yang dah kekenyangan makan lemang dengan ketupat kat rumah nenek tadi, dapat ilham untuk tulis pasal tajuk kat atas tu. Ramai yang dah selamat pulang ke kampung halaman masing-masing, alhamdulillah. Bagi aku yang tiada kampung (ada kampung cuma kampungku terletak di bandar) perlulah mencari idea yang bermenafaat untuk digunakan ketika mengunggu orang-orang balik ke bandar. LOL!! Di sini aku cuma ingin mengimbau Revolution Ucapan Hari Raya yang ala-ala Revolution iPhone gitu. Lol!!
KAD RAYA
Kalau zaman dulu-dulu, asal nak habis ramadhan, kat Pasar Seni tu penuh dengan orang nak cari kad raya. Tak pun, kat shopping complex pun mesti beratur orang nak cari kad raya. Ada yang jenis bila buka kad tu, bunyi lagu raya, ada ayat pada kad raya tu sangat bermakna, ada kad yang jenis lawak jenaka, etc. Harga kad raya pula boleh kata lebih kurang RM 1 ke RM 2 juga la sekeping. Kalau nak yang murah, kena beli yang sekali dalam 1 pack yang ada 5 keping tapi tak bolehlah nak pilih. Lepas tu, kita juga perlu membeli setem untuk poskan kad raya tersebut.
Selalunya orang yang menerima kad raya ini mesti time raya akan gantung kad-kad yang diterima dengan pelbagai kreativiti. Ada juga yang letak dalam dulang sebagai perhiasan & ada juga yang hanya menyimpan kad-kad raya tersebut.
SMS RAYA
Start bermula sekitar tahun 2007, rakyat Malaysia dah mula boleh dikatakan setiap orang memiliki handphone. Tak kira handphone tu murah ataupun mahal. Pada ketika itu, masih lagi terdapat penjualan kad-kad raya namun sambutan untuk jualan tersebut semakin berkurangan. Rakyat Malaysia lebih gemar untuk menghantar SMS raya bagi mengucapkan Selamat Hari Raya & memohon kemaafan. Pelbagai bentuk SMS yang kita boleh perolehi pada ketika itu, baik yang ayatnya formal ataupun pantun.
Perubahan ini disebabkan kos untuk menghantar SMS adalah lebih murah berbanding dengan membeli kad raya. Kos untuk menghantar SMS pada ketika itu adalah sekitar RM 0.10 ke RM 0.20. Jadi, pengguna lebih gemar untuk menghantar SMS ucapan hari raya berbanding menghantar kad ucapan hari raya.
Selain kos SMS lebih murah berbanding kad, SMS juga adalah lebih pantas berbanding kad raya yang perlu di hantar ke pejabat pos. Cuma pada ketika sehari sebelum raya atau malam raya, mungkin disebabkan network congestion, kadang-kala SMS yang dihantar akan pending. Walaubagaimana pun, biasanya SMS tersebut akan tetap delivered.
Bagi penerima SMS ucapan hari raya ini pula, pada ketika zaman hanphone yang belum mempunyai memory card, biasanya apabila inbox mereka penuh, mereka akan delete SMS-SMS yang agak kurang menarik. Jadi sentimental value untuk SMS yang dihantar sudah tiada.
COMMENT RAYA
Comment raya ini lebih tertumpu kepada zaman era Facebook (FB) diperkenalkan. Boleh dikatakan hampir 3/4 rakyat Malaysia mempunya account FB tak kira muda mahupun yang tua. Dengan adanya internet connection di merata-rata tempat, pengguna boleh menghantar ucapan hari raya di ruangan comment FB saudara-mara, kawan-kawan dan kenalan. Boleh dikatakan dengan adanya FB ini, kos untuk menghantar ucapan hari raya menjadi percuma.
Pelbagai bentuk comment yang disampaikan di antara satu sama lain. Masih lagi terdapat ayat-ayat pantun dan formal. Walaubagaimana pun, ada juga yang hanya menghantarkan comment SHRAMZDB. Apakah itu? Jenuh juga la memikirkan kalau dapat comment macam tu. Rupanya SHRAMZDB adalah Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.
Penerima comment di FB untuk ucapan hari raya masih dapat melihat comment tersebut selagi masih ada di data base FB. So sentimental value tu masih ada cuma dari segi ucapan tu dah kurang menarik berbanding zaman dulu-dulu.
Kesimpulan yang dapat kita lihat, technology banyak mengubah cara hidup pengguna di dalam dunia kini bagi kaedah penyampaian ucapan hari raya. Ada kepada kebaikan dan ada kepada keburukan. Semakin berkembangnya technology, pengguna dapat berjimat cemat dalam menyampaikan ucapan hari raya. Walaubagaimana pun, dengan adanya technology, penggunaan bahasa dalam menyampaikan ucapan hari raya sudah semakin rosak akibat sikap kemalasan pengguna untuk menggunakan bahasa yang betul.
Apa-apa pun, kad raya tetap menjadi pilihan aku jika nak dibandingkan ketiga-tiga kaedah tersebut tapi disebabkan technology ini menjimatkan, aku pun dah tidak menghantar ucapan hari raya gunakan kad raya. For me, kad raya adalah something yang ada sentimental value & aku still simpan semua kad raya yang aku pernah dapat since sekolah menengah & sometime, bila kemas-kemas, baca balik kad-kad tersebut, rasa dekat je dengan rakan-rakan aku. Lastly from me;
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN.