Tuesday, August 18, 2009

Masuk kandang lembu...'menglembu', Masuk kandang kambing...'mengambing'

Alhamdulillah hari ni dapat idea nak buat posting yang bertajuk, Masuk kandang lembu...'menglembu', Masuk kandang kambing...'mengambing'. Dapat idea ni setelah ternampak ayat ni di alam cyber ni. Maksud bagi pepatah di atas adalah, apabila kita berada di sesuatu tempak, kita akan mengikut rentak @ cara @ budaya di tempat berkenaan.
Bila saya fikirkan balik, perlukah kita mengikut pepatah tu? Ada kebaikan dan keburukan kalau kita ikut pepatah tu. Kalau tiada kebaikan, mesti pepatah tu tak wujud.
Pada pandangan saya, jika kita mengikut pepatah tu kebaikannya ialah orang akan senang menerima kita walaupun pada hakikatnya agak susah untuk kita menyesuaikan diri kita.
Sebagai contoh, seorang guru datang melawat rakannya di pejabat peguam. Secara generalnya, guru adalah pendidik manakala peguam adalah seorang yang melibatkan dengan undang-undang. Sekiranya guru itu mempunyai pengetahuan berkenaan undang-undang dan mempunyai pengetahuan isu semasa yang melibatkan undang-undang, dah pasti rakan kepada rakan guru berkenaan agak senang untuk bersembang dengan guru berkenaan.
Keburukannya pula, kadang kala apabila kita terlalu memaksa diri kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di mana kita berada ia akan menyebabkan kita hilang idea untuk berinteraksi dan kadang kala apa yang kita cuba sesuaikan itu menyebabkan orang benci pada kita.
So kesimpulannya, general knowledge sangat penting untuk kita Masuk kandang lembu...'menglembu', Masuk kandang kambing...'mengambing'. Rajin-rajin la membaca. Macam kempen membaca la pulak. Hahaha!!

Tuesday, August 11, 2009

Mr Brain


Mr Brain...
Sebuah drama Jepun sebanyak 8 siri...
Dibintangi oleh Takuya Kimura sebagai Tsukumo Ryusuke (Hero dalam cerita ni)

Mengisahkan seorang anggota IPS yang menyelesaikan banyak kes pembunuhan bersiri...
Menggunakan pelbagai kaedah Neuroscientist untuk menangkap penjenayah...
Memang best cerita ni...
Banyak ilmu yang boleh diperolehi dari cerita Mr Brain..
Selamat menonton...

Wednesday, August 5, 2009

Nobody Perfect..

Seorang lelaki rajin bersolat..
Rajin ke masjid atau surau..
Namun, bagaimana pula tanggungjawabnya pada keluarga???
Adakah dia seorang yang bertanggungjawab pada keluarga???
Jika tidak jawapannya, tidakkah sia-sia ibadah yang dilakukan...

Seorang lelaki tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai anak, suami & bapa...
Sentiasa mengambil berat akan anggota keluarganya..
Namun, bagaimana pula tanggungjawabnya pada Tuhan???
Adakah dia telah menjalankan tanggungjawab kepada Tuhan??
Jika tidak jawapannya, tidakkah sia-sia semua yang dilakukan...

Don't ever over estimate yourself..
Sentiasa cerminkan diri kita...
Terima pandangan orang terhadap kita...
Imbangilah perkara dunia & akhirat...