KUALA LUMPUR 17 Jan. – Rakyat Malaysia diminta lebih praktikal dalam memboikot barangan buatan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan negara bankrap pada masa depan.
Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba berkata, meskipun tindakan itu bertujuan memprotes situasi yang berlaku di Genting Gaza namun ia boleh mendatangkan musibah kepada negara sekiranya kuasa besar itu membuat perkara yang sama kepada Malaysia.
Beliau yang melahirkan kebimbangan dengan situasi semasa berkata, sebagai rakan dagangan terbesar di Malaysia, AS mampu melakukan apa sahaja untuk membalas tindakan memboikot barangannya.
‘‘Dalam hal ini, Malaysia sebenarnya boleh diibarat seperti mentimun dengan durian, tergolek rosak, digolek binasa,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Terbaca kat blog Damai...
MasyaAllah...dalam umat Islam sedang menderita kat Palestin, tak sangka ada lagi umat Islam kat Malaysia ni yang pentingkan diri sendiri lagi...
Patut ke??
Umat Islam kat sana semuanya tak memikirkan nyawa mereka demi mempertahankan bumi Islam...Tak pernah menyerah kalah...Kita kat Malaysia ni hanya diminta memboikot barangan dari US pun susah ke???Jika kita masih membeli barangan US umpama menyumbang sebutir peluru kepada US...
Patut ke???
Umat Islam kat sana tidak meminta apa pun...apa salahnya kalo kita sesama Islam bantu la apa yang mampu...berdoa, solat hajat, memberi sumbangan, memboikot barangan US...mereka tak minta pun kita berperang...
Senang2, klik la kat sini.. Boycott Israel Campaign