Tuesday, August 18, 2009

Masuk kandang lembu...'menglembu', Masuk kandang kambing...'mengambing'

Alhamdulillah hari ni dapat idea nak buat posting yang bertajuk, Masuk kandang lembu...'menglembu', Masuk kandang kambing...'mengambing'. Dapat idea ni setelah ternampak ayat ni di alam cyber ni. Maksud bagi pepatah di atas adalah, apabila kita berada di sesuatu tempak, kita akan mengikut rentak @ cara @ budaya di tempat berkenaan.
Bila saya fikirkan balik, perlukah kita mengikut pepatah tu? Ada kebaikan dan keburukan kalau kita ikut pepatah tu. Kalau tiada kebaikan, mesti pepatah tu tak wujud.
Pada pandangan saya, jika kita mengikut pepatah tu kebaikannya ialah orang akan senang menerima kita walaupun pada hakikatnya agak susah untuk kita menyesuaikan diri kita.
Sebagai contoh, seorang guru datang melawat rakannya di pejabat peguam. Secara generalnya, guru adalah pendidik manakala peguam adalah seorang yang melibatkan dengan undang-undang. Sekiranya guru itu mempunyai pengetahuan berkenaan undang-undang dan mempunyai pengetahuan isu semasa yang melibatkan undang-undang, dah pasti rakan kepada rakan guru berkenaan agak senang untuk bersembang dengan guru berkenaan.
Keburukannya pula, kadang kala apabila kita terlalu memaksa diri kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di mana kita berada ia akan menyebabkan kita hilang idea untuk berinteraksi dan kadang kala apa yang kita cuba sesuaikan itu menyebabkan orang benci pada kita.
So kesimpulannya, general knowledge sangat penting untuk kita Masuk kandang lembu...'menglembu', Masuk kandang kambing...'mengambing'. Rajin-rajin la membaca. Macam kempen membaca la pulak. Hahaha!!

Tuesday, August 11, 2009

Mr Brain


Mr Brain...
Sebuah drama Jepun sebanyak 8 siri...
Dibintangi oleh Takuya Kimura sebagai Tsukumo Ryusuke (Hero dalam cerita ni)

Mengisahkan seorang anggota IPS yang menyelesaikan banyak kes pembunuhan bersiri...
Menggunakan pelbagai kaedah Neuroscientist untuk menangkap penjenayah...
Memang best cerita ni...
Banyak ilmu yang boleh diperolehi dari cerita Mr Brain..
Selamat menonton...

Wednesday, August 5, 2009

Nobody Perfect..

Seorang lelaki rajin bersolat..
Rajin ke masjid atau surau..
Namun, bagaimana pula tanggungjawabnya pada keluarga???
Adakah dia seorang yang bertanggungjawab pada keluarga???
Jika tidak jawapannya, tidakkah sia-sia ibadah yang dilakukan...

Seorang lelaki tidak pernah lupa tanggungjawab sebagai anak, suami & bapa...
Sentiasa mengambil berat akan anggota keluarganya..
Namun, bagaimana pula tanggungjawabnya pada Tuhan???
Adakah dia telah menjalankan tanggungjawab kepada Tuhan??
Jika tidak jawapannya, tidakkah sia-sia semua yang dilakukan...

Don't ever over estimate yourself..
Sentiasa cerminkan diri kita...
Terima pandangan orang terhadap kita...
Imbangilah perkara dunia & akhirat...

Tuesday, March 24, 2009

Cinta Untuk Ain..

Kwang, kwang, kwang!! Saje je update pasal cite 'Cinta Untuk Ain' ni.. Aku cerita sket synopsis cerita ni ek..aku copy dari TV3 .

"Ain adalah seorang gadis yang hidup dengan ayah tirinya Kamal. Ibu Ain telah meninggal sejak Ain berusia 16 tahun dan di sebabkan dia tidak mempuanyai saudara maranya lagi, Ain telah dijagai oleh ayah tirinya." "Kamal mempunyai perangai buruk iaitu dia seorang tahi judi dan kaki botol. Namun selama dia menjaga Ain tidak pernah sekali dia cuba melakukan sebarang gangguan seksual. Walau bagaimanapun Kamal akan bersikap keras terhadap Ain jika dia melakukan sebarang kesilapan." "Ain telah menjadi seorang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah.Dirinya dibelenggu kisah silam, masihkah ada cinta untuk Ain?"

Tu serba sedikit la synopsis cerita tu... Actually panjang lagi.. Hehe!! Aku continue sket la sambungan dia sampai latest episode.


Shahrul (Que Haida) dah falling in love dengan Ain (Nabila). At 1st, macam2 la Shahrul ni buat nak pikat Ain ni and at last Ain boleh terima dia.. Suddently, parents Ain ni bgtau kat Ain kisah silam dia.. So Ain pun decide nak cari balik kisah silam dia.. Ain ni pernah kena rogol dgn Farid (Eizlan Yusof)... So skang Ain nak tau siapa Farid tu, dan siapa ayah tiri dia...

Aku rasa cerita ni sama macam ada someone yang aku suka dulu.. Hehehe!!Tu saje tulis tu.. tapi semua dah lepas dah... 'Someone' yg aku suke tu pun dah selamat bertunang & insyAllah this year dia kahwin.. Alhamdulillah... kisah hidup 'someone' tu lebih kurang kisah Ain ni la.. Tapi aku tumpang gembira sebab dia happy... tu je..Cewahh!! ayat... (dalam hati, Tuhan je yang tau) hahaha!!

Friday, March 20, 2009

Champions League quarter-final draw ..


Finally, quarter final punya match akan berlangsung pada 7/8 April 2009 for 1st league & 2nd league lak on 14/15 April 2009.. Macam last season gak, 4 BPL punya team all qualified for quarter final.. Ni menunjukkan BPL still menguasai Europe...

Villarreal vs Arsenal
My predict Arsenal won 1-1 for 1st league..Sebab aku rasa Arsenal macam biasa la, midfielder diorg power..Selalu control game..Plus Eduardo dah makin perform..Tapi Villarreal pun boleh tahan gak..Dengan Rossi (ex-Man Utd player) yang merupakan 1 of top scorer in Spain.. Tapi sebab main kat Villarreal, so aku predict 1-1.

Manchester Utd vs Porto
My predict Man U won 1-0 for 1st league..Sebab macam biasa la, kalo 1st league main kat Old Trafford, confirm Alex Ferguson play safe.. So maybe, lepas dapat 1 goal, game akan jadi boring...So hopefully, Ferguson akan turunkan Van Der Sar, Rafael, Evra, Ferdinand, Evan, Ronaldo, Park Ji Sung, Carrick, Anderson, Berbatov & Rooney.. Then last quarter of minutes, masukkan Giggs & Tevez...COmment panjang sket sebab favourite team aku..Hehe!!

Liverpool vs Chelsea
My predict both draw 0-0 for 1st league..Sebab both pun tgh consistent.. Liverpool mmg tgh top performance lepas belasah Real Madrid & Man U.. Tambah pulak Liverpool memang prform kat europe..Chelsea pun ok gak la since tukar manager ni..walaupun menang tipis tp diorg belum kalah lagi takat ni..So my predict, match ni suppost 2nd yg best untuk quarter final ni..

Barcelona vs Bayern Munchen
My predict Barca lost 1-2 for 1st league..Sebab kalo tengok Bayern punya match memang setakat ni the best!!Memang time diorg belasah Sporting, memang rasa macam diorg la champion..But in soccer, anything can happen..

Tak sabar nak tunggu match quarter final ni...hopefully, all team will show their best...Lastly, harap2 Man Utd akan pertahankan kejuaraan!! Glory, glory, Man Utd....

Tuesday, March 10, 2009

Integriti...

Erk.. Nak tulis pun serba salah.. Tapi tak tau la nape nak tulis pasal integriti ni.. Takpe la, bila kita tulis ni, selalu nya kita mengingatkan diri kita sendiri.. Bila sebut je integriti, orang mesti kaitkan dengan rasuah.. Sebenarnya, skop integriti ni luas sangat.. Bukan setakat rasuah tapi ETIKA, NILAI MURNI DALAM DIRI, seperti AMANAH, JUJUR, KEBOLEHPERCAYAAN dan juga sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan demi kepentingan sendiri, semua pun termasuk dalam integriti..

Secara jujurnya, pada pandangan aku sendiri, goverment sector ni memang kurang mempunyai integriti dalam diri.. Bukan semua tapi mostly, memang takde integriti.. Macam aku mention tadi, integriti bukan je RASUAH tapi sebagai contoh, waktu rehat.. Sepatutnya waktu rehat dibagi cukup 1 jam.. Kalau ikutkan, makan berapa minit la sangat..siap boleh sembang2 pulak.. Tapi kenapa pukul 2 baru nak solat??? pukul 2 dah time keje dah... waktu pun tak penah lagi kat Malaysia ni Zohor masuk pukul 2 petang.. So takde alasan la kalo nak solat gak lepas kul 2 tul tak?? Aku cakap ni sebab aku pun kekadang tu buat gak..ni mengingatkan diri sendiri la jugak..


Kita cerita pasal private sector lak.. Macam aku metion tadi, integriti ni besar skop dia.. Sebagai contoh la, sebagai technician..Bila bagi service kat rumah orang kaya, kenapa bagi service yang the best tapi bila time kat rumah flat ke, just 'ala kadar' .. Sedangkan diorang pun bayar rate yang sama.. Kat sini mungkin 2 sebab, satu mungkin sebab technician tu mengharapkan habuan @ kedua, menjadi lumrah kat Malaysia ni, asal seseorang tu berpangkat, kita hormat lebih tapi orang yang berjawatan rendah, takde hormat.. Tu pun dah menunjukkan tiadanya integriti dalam diri..
Lastly pasal rasuah.. Saje je aku cite pasal rasuah ni last kali sebab nak buka minda kita, integriti bukan lah rasuah semata-mata tapi besar skop nya..Berbalik kepada goverment sector.. Secara jujurnya, sebab aku dah pernah keje kat private sector, memang nampak perbezaan dia.. Banyak beza nya.. Bila kerja private, kita akan mencari kerja sebab bos kita takkan boleh tengok kita senang..Tapi tak pulak goverment, semua nya nak kena suruh, baru nak buat..Tu pun dah lama baru la jalan, tak pun selagi takda apa-apa kepentingan, memang tak jalan la kerja tu.. APA BENDA NI??? Kita dah dibayar gaji dengan DUIT RAKYAT... bukannya masih nak mengharapkan duit tepi baru nak jalan kerja... Tazkirah Maghrib tadi, nanti bila kita mati nanti, kita akan disoal, "Dari mana kita dapat sumber pendapatan, ke mana kita sumbangkan??" Sama2 la kita fikir2 kan..

Aku tulis ni sebab nak mengingatkan kawan2 dan diri aku sendiri... Kekadang, kita tak perasan kita buat salah tapi sama2 la kita tegur menegur.. Aku pun sebenarnya tak tau nak update apa tapi sebab ada member suruh update, aku pun update la..Hehe!! Lagipun baru balik dari induksi last 2 week.. So banyak la nasihat2 yang diberi oleh penceramah2..



Tuesday, February 17, 2009

Politik di Malaysia...

Assalamualaikum kepada semua ahli2 politik...

Saya sebagai salah seorang daripada rakyat Malaysia yang tinggal di Negeri Selangor berasa sangat kecewa dengan keadaan politik di Malaysia...Kenapa politik kat Malaysia ni huru hara???Selepas kalahnya Barisan Nasional di 5 buah negeri, Kedah, Pulau Pinang, Perak (telah dirampas kembali oleh BN secara haram), Terengganu & Selangor, pelbagai cerita2 politik yang munuding jari, menfitnah, menyebarkan berita2 palsu, mengaburi mata rakyat Malaysia dengan mengeksploitasi television, radio, surat khabar dan sebagainya semata2 untuk merampas kembali negeri yang telah bertukar pemerintahan & menutup kemaluan yang telah disebabkan kerakusan ahli politik Barisan Nasional yang terlalu mengejar kebendaan & duniawi semata2...

Ya Allah...Aku memohon pada Mu agar Engkau bukakan lah hati umat Islam di Malaysia ini supaya kembali kepada ajaran Engkau, ya Allah...

Bermula dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim...Benarkah??? Hanya Allah je yang tahu...Secara logik akal, seorang yang berilmu, berketerampilan, mempunyai ahli keluarga yang baik, mustahil benda ini berlaku...tapi hanya Allah je yang Maha Mengetahui...sesungguhnya doa orang yang teraniaya adalah makbul...InsyAllah...

Berikutnya, dengan pelbagai berita palsu dan fitnah yang telah tersebar di Perak sehingga menyebabkan berlakunya perampasan kuasa secara haram yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional...Menggunakan Sultan adalah cara paling keji dilakukan oleh Barisan Nasional untuk mengambil alih negeri Perak...

Selepas Perak telah diambil alih, kini Kedah pulak dalam perancangan Barisan Nasional.. Macam2 fitnah telah pun disebarkan...Tak abes Kedah, Selangor pun turut telah diancam dengan berita2 yang mengarut...aku berdoa supaya rakyat Malaysia tidak tertipu dengan sumber2 berita di TV, surat khabar & sebagainya...Aku tidak menyalahkan mereka yang terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di TV, paper...Mungkin kerana mereka kurang pengetahuan tentang IT...jadi, aku hanya mampu berdoa supaya mereka tidak mudah untuk ditipu...

Actually aku tak minat sangat nak cerita pasal politik ni...tapi disini, aku tak sanggup dah nak tahan semua ni, melihat apa yang berlaku...aku hanya mampu meluahkan apa yang aku rasa di sini...aku hanya lah orang kecil...tiada ahli politik yang mendengar rintihan aku ni...aku hanya mampu berdoa je..kesian la pada rakyat Malaysia yang inginkan kebenaran dan bantuan dari ahli2 politik yg berintegriti.. pada pilihanraya kecil nanti, kepada semua rakyat malaysia, pilih lah wakil anda yang mempunyai IQ, EQ & SQ..

Sekian saja...

Thursday, January 29, 2009

Boycott Israel Campaign..


KUALA LUMPUR 17 Jan. – Rakyat Malaysia diminta lebih praktikal dalam memboikot barangan buatan Amerika Syarikat (AS) kerana tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan negara bankrap pada masa depan.


Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Datuk Jalilah Baba berkata, meskipun tindakan itu bertujuan memprotes situasi yang berlaku di Genting Gaza namun ia boleh mendatangkan musibah kepada negara sekiranya kuasa besar itu membuat perkara yang sama kepada Malaysia.


Beliau yang melahirkan kebimbangan dengan situasi semasa berkata, sebagai rakan dagangan terbesar di Malaysia, AS mampu melakukan apa sahaja untuk membalas tindakan memboikot barangannya.


‘‘Dalam hal ini, Malaysia sebenarnya boleh diibarat seperti mentimun dengan durian, tergolek rosak, digolek binasa,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Terbaca kat blog Damai...


MasyaAllah...dalam umat Islam sedang menderita kat Palestin, tak sangka ada lagi umat Islam kat Malaysia ni yang pentingkan diri sendiri lagi...

Patut ke??

Umat Islam kat sana semuanya tak memikirkan nyawa mereka demi mempertahankan bumi Islam...Tak pernah menyerah kalah...Kita kat Malaysia ni hanya diminta memboikot barangan dari US pun susah ke???Jika kita masih membeli barangan US umpama menyumbang sebutir peluru kepada US...

Patut ke???

Umat Islam kat sana tidak meminta apa pun...apa salahnya kalo kita sesama Islam bantu la apa yang mampu...berdoa, solat hajat, memberi sumbangan, memboikot barangan US...mereka tak minta pun kita berperang...

Senang2, klik la kat sini.. Boycott Israel Campaign

My Lenovo...



Finally...lebih kurang 2 bulan gak la aku fikir nak beli desktop @ laptop after my PC lama motherboard nya terbakar...huhu!!sedih tul..aku guna PC lama tu lebih kurang 7 tahun gak la..PC lama tu just AMD Sempron 1.7Ghz, 512Mb DDR1 RAM, 80Gb IDE Hardisk, 256MB 128Bit Gigabyte Graphic card, DVD/RW Pioneer...

At 1st aku rasa macam nak beli CPU baru je but bila fikir2 balik, desktop takle nak carry kalo nak pegi mana2..so lastly aku pun beli la laptop..this is my 1st laptop & hopefully boleh tahan macam desktop lama aku gak...

Skang ni pegi mana2 mesti ada temannya...this laptop la teman ku kalo pergi mana2...

Monday, January 26, 2009

Ink Heart..


InkHeart..
Genres : Adventure
Running Time : 1 hour 45 minutes
Distributors : Warner Bros. Pictures Distribution

Best gak la..aku bagi 3 1/2 stars...maybe sbb dah dewasa kot, tu macam agak biasa je...Aku tengok kat mid valley dengan my sisters.. Dok kat seat depan skali tu..hehe!!akak aku yang nak layan cite ni..lagipun adik aku cuti, sian dia dok umah je...Kat mid tadi siap jumpa 2 artis tu..masa tengah line up nak beli ticket, jumpa Ayu OIM...pastu masa nak balik lak, jumpa Nabil...Hahaha!!Nabil dgn gf dia kot..macam mesra je..hahah!!nasib tak sempat nak captured picture diorg..hehe!!

InkHeart ni starting dia pasal Mo Folchart ni ada ability untuk hidupkan watak dalam novel.. Oneday, masa dia baca novel tajuk 'InkHeart' ni nak tidokan anak dia, tetiba character tu semua wujud la..then tetibe wife dia lak hilang..actually wife dia masuk dalam novel tu bila dia bawa character dalam novel tu keluar...

So nak jadi kan cerita, Mo Folchart & his daughter mengembara cari buku 'InkHeart' ni sebab nak selamatkan wife dia...then, mula la adventure time nak cari wife dia ni...

Nak tau kisah selanjutnya, pegi la tengok kat wayang...hehe!!


Monday, January 12, 2009

1st in 2009..

Hopefully still not too late nak wish Selamat Menyambut Awal Muharam & Happy New Year...Semoga this year akan lebih baik dari last year...Jadikan semua di 2008 sebagai kenangan & pengajaran untuk jadikan kita lebih dewasa...


Sedang kita gembira menyambut tahun baru di Malaysia, umat Islam di Palestin sedang menderita untuk mempertahankan tanahair mereka... Kita patut bersyukur sebab dapat menyambut tahun baru dengan aman.. Tapi patut ke kita masih lagi menyambut tahun baru dengan percikan bunga api sedang umat Islam di Palestin menderita dengan percikan & bedilan senjata api oleh yahudi lakhnat.. Kenapa kita terlalu terikut dengan gaya barat, cara hidup barat??? Semua budaya barat adalah untuk memesongkan akidah umat Islam di dunia ni... Ya Allah, lindungilah umat Islam dari unsur2 yang boleh memesongkan akidah ini...

Begini lah sambutan new year di Malaysia

Beginilah sambutan new year di Palestin

Semoga kita semua insaf, sedar & bersyukur dengan keamanan yang kita kecapi di negara kita...Semoga umat Islam di Palestin dapat mempertahankan negara mereka dari kekejaman yahudi... Ya Allah, selamatkan lah umat Islam di Palestin..

Amin...