Thursday, December 25, 2008

The Final 6 Episode of Prison Break..


get away from pbelite on Vimeo.

Here's a short promo with scenes that will happen once Prison Break returns from its hiatus in the spring. The audio quality in particular isn't great, so we'll post a better version once it surfaces. Basically, it's brother versus brother.

Just wait & see..


Monday, December 22, 2008

Cukur Jambul Irfan Hadif..

Tanggal 20 Disember 2008, genap lah Irfan Hadif berusia 4 bulan 15 hari..sekejap je besar dah...alhamdulillah, dia dah tak kembung perut dah..20 Disember 2008, bersamaan hari sabtu, makcik aku iaitu mak kepada Irfan Hadif buat Majlis Cukur Jambul & Doa Selamat sempena anugerah cahaya mata yang diberi oleh Allah kepada Chu & Pak Chu aku..Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran, lahirlah Irfan Hadif...

Majlis bermula lebih kurang jam 12 tengahari kalau tak silap aku..Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Chu aku..Erm..disebabkan terlalu gembira, terharu & bersyukur, Chu aku menangis masa bagi ucapan tu... Itu menunjukkan betapa sayangnya seorang ibu pada anaknya...Jadi, hargailah ibu kita semasa mereka masih hidup...Terlalu banyak jasa mereka kepada kita..

Disebabkan malam tu aku kena jaga bilik gerakan kat Bukit Antarabangsa so aku agak mengantok la..Thats why aku tak sure sangat start majlis pukul bape sebab aku tetido..Pagi tu, aku sempat tolong susun meja je sebab yang lain semua katering...

Makanan disediakan oleh Mizi Catering..Lauk yang dihidangkan rendang daging, ayam goreng, gulai nenas, ikan masin, sayur2 ulam..Cuci mulut pulak kuih sagu, buah limau & tembikai...Masakan dia boleh tahan..tapi aku takde contact number nak promote kat korang...Hehe!!

Majlis tamat lebih kurang jam 3 lebih..Alhamdulillah semua nya selamat...

p/s: Click sini untuk penjelasan maksud cukur jambul mengikut Wikipedia Bahasa Melayu.





Thursday, December 18, 2008

Bits n Bytes Shop..

Hari ni genap 18 Disember 2008, my best friend dah mula menceburkan diri dalam bidang business. Alhamdulillah..Aku doakan ko success k!! Nanti dah kaya jangan lupa kat aku..Hehe!! Dia maklum kat aku, dia baru nak buat design untuk website dia, Bits n Bytes Shop.. So, nanti dah siap boleh la korang usha2 harga kat situ..Aku dah bagi link dah..InsyAllah harga standard Loywat..Dari kita bayar kat bangsa Cina, baik kita bayar kat bangsa kita sendiri..Tak rugi tolong kawan2..

To all my friends, sesiapa yang nak beli laptop, boleh la korang click kat sini & tengok price list..Agak2 nak tau apa2, boleh la contact terus Nasa @ kalau segan, korang call la aku..Aku tolong mana yang boleh ok!!

Wednesday, December 17, 2008

Puisi

jangan cinta kerana dia perempuan..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan perempuan yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..
jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

~Dipetik dari reporter from AWANI~

Sunday, December 7, 2008

Attack No 1..

This week aku spend my time dok umah je...kalo kuar pun kejap2 je jumpa member2 lama..last week nya cite, nnt aku story...This week, disebabkan umah aku still tak siap lagi, so aku la yang kena dok tunggu kat umah ni..InsyAllah, next week siap kot...Disebabkan tak tau nak buat apa dok umah, mlm tadi aku pun pinjam cd jepun kat kak suria..nasib la kak suria tak balik kampung lagi..Thanks kak...

Dia bagi aku 2 series & 2 movie..Aku baru amek semalam and 1st yang aku layan Attack No 1...skang ni aku baru layan sampai episode 5...For me, cerita ni best la untuk orang yang tengah bosan tahap cipan macam aku ni...Same as others Japanese series, scene2 yang wajib ada:

1. Semangat
2. Awek yang kawaii
3. Ada message yang baik
4. Sedih
5. Happy ending (sometime ada gak sad ending)

So kalo orang tanya aku, aku prefer tengok cerita jepun dari korea...cerita korea ni banyak yang cinta2, jiwang2..pastu cinta 3 segi, 4 segi..kekadang tu dah bole nak predict ending dia...pastu time dah tengah2 cerita, mesti slow & lembap..So thats y aku prefer jepun...

Aku harap cerita Attack No 1 no tak menghampakan aku la..hehe!!so far memang best...aku nak sambung lagi 6 cd..nanti aku cerita pasal 3 of my friend's wedding...

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Kepada semua umat Islam, Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat menjalankan ibadah korban..Selamat menunaikan ibadah haji kepada yang pergi ke tanah suci...Selamat balik kampung...Semoga selamat semua nya...Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yang menentu kan semua...Sentiasa la bertaubat sementara kita masih dipinjamkan di dunia ini...Dunia hanya lah sementara...Aku tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan Mu Ya Allah...terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan...Ampunkan hamba Mu ini...Amin..