Friday, November 28, 2008

Ayat-ayat cinta...


Sekian lama aku copy cite 'Ayat-ayat Cinta' ni, baru malam ni aku dapat layan..Disebabkan tak tau nak buat apa...Aku budget mesti tertido layan cite macam ni tapi bila dah layan, perhh!!memang best!!!Ayat-ayat Cinta ni la 1st love story yang betul2 banyak mengajar kita supaya insaf dalam bercinta dan berani memperjuangkan Islam dan menjadi kan diri kita sebagai model kepada agama lain untuk menarik agama lain untuk memeluk Islam...

Cerita ni bukan semata-mata mengisahkan cinta yang biasa kita tonton sebelum ni tapi cerita ini mempunyai banyak message untuk disampaikan kepada remaja masa kini...

Antara message yang dapat aku terima ialah kita perlu lah bersabar dalam menghadapi apa juga dugaan yang Allah berikan...Setiap dugaan pasti ada hikmahnya..Selain itu juga, kita perlulah membantu orang yang berada dalam kesusahan tak kira walaupun mengancam keselamatan kita sama sekali...Kita juga perlulah menghormati perempuan...kita tidak boleh berputus asa dalam mengharungi kehidupan ini...Kita perlulah sentiasa mengingati Tuhan kita...

Dan banyak gak la lagi messsage yang telah disampaikan dalam cerita ini...Lepas ni nak baca novel pulak...adik aku & my best friend (nasa) ckp novel lagi best dari movie...so aku pun tak sabar nak pinjam novel kat adik aku ni...So mayb lepas ni lambat la sket update..


Muhasabah diri..

Bila direnung balik, terlampau banyak dosa yang dah aku buat...Baik dengan Tuhan, ibubapa, guru, sahabat...Aku hanya mampu berdoa supaya taubat ku diterima...Bila fikir dan renung balik diri aku ni, bila dalam kesusahan baru la nak ingat Tuhan...Nape la macam tu???Kenapa?? Ya Allah, ampunkan la hambamu ini...

Sesungguhnya, sejahat mana aku, sebanyak mana kesalahan yang telah aku lakukan, bila aku susah, tetap aku berdoa kepada Tuhan...Kepada Tuhan juga la aku mengadu...tiada teman yang dapat memahami aku bila aku dalam kesusahan...Tiada teman yang sentiasa boleh menerima kita sepanjang masa...tiada teman yang sanggup mendengar rintihan hati aku melainkan Allah swt..

Aku hanya lah insan kerdil yang sering melakukan kesilapan...Manusia sememangnya sukar untuk menerima dan memaafkan seseorang jika seseorang telah melakukan kesilapan...Termasuklah diri ku ini..Kenapa???

Ya Allah, Kau berikan lah aku kekuatan untuk meneruskan hidup dengan segala ujian yang Kau berikan...Sesungguhnya aku berasa malu kepada Mu kerana sering terlupa pada Mu ya Allah...Ampunkan lah aku...

Aku berharap agar aku tidak mengulangi segala kesalahan yang telah aku lakukan sebelum ni...Amin..




Monday, November 24, 2008

Happy Birthday Manoq!!


24 November 1983, lahir la insan bernama Faiz Mohamad Nor bin Kamarulzaman..Aku pun tak ingat betul ke tak ejaan nama dia..Sorry ya my friend..Faiz @ Manoq is my best friend since form 3..Actually manoq la banyak kenangan aku dengan manoq ni baik sedih @ happy... Actually at 1st aku agak 'kureng' sket dengan mamat ni sebab budget macam bagus je..Hehe!!bila dah lama kenal baru la tau dia ni memang sorg yang baik..

Aku kenal dia & rapat dengan dia sebab masa tu kitorang partner main sepak takraw..masa tu dia main 'killer' & aku as a 'feeder'..Time tu memang berebut la nak partner dengan aku sebab aku terror 'feed' bola untuk 'killer' (bukan bangga tau tp kenyataan) Hehe!! Start lepas Cikgu Adnan ada, kitorng partner 3 orang..time tu manoq main tekong sebab cikgu adnan dia lipat gulung...hehe!!

Kenangan paling aku takle lupa dengan manoq ni time aku gaduh dengan dia masa form 4 kalau tak silap..Time tu baru balik sekolah, dia boleh kacau aku tido yang agak melampau sampai bertumbuk gak la..Hehe!!tapi last2 aku yang sedih sebab rasa bersalah..masa tu agak lama gak la aku tak bertegur dengan dia..ada la 3 hari..

Gambar kat atas ni time tu aku still tengah gaduh dengan dia..hehe!!tu tak dok sebelah tu...Aku tul2 rapat dengan dia since aku tido umah dia, kenal family dia..memang best la dapat g umah orang jawa ni..parents dia memang baik..benda yang aku takle lupe kalau datang umah dia,

1- Solat takle tinggal..Kalau boleh kena g surau kat umah dia tu..
2- Dah datang makan kena solat...
3- Makanan memang sentiasa ada kat umah dia..
4- Paling best kuah satay yang mak dia buat...
5- Adik dia cun..hahaha!!
6- Perkataan jawa pertama yang dia ajar aku, toler - getah paip...

Apa-apa pun dia memang best!!! Dah kahwin pun..tadi dia ada call aku tapi lupa aku nak wish..wife dia pun dah berbadan dua dah..alhamdulillah..aku doakan ko bahagia...Lastly,

Happy Birthday!!May Allah bless u..

Friday, November 21, 2008

Back 2 The Past..

Kadang-kadang, bila tengok gambar-gambar lama ni, boleh buat kita gelak sorang-sorang.. Baru-baru ni aku ada amek gambar masa aku sekolah dulu dari shuhail..Bila tengok-tengok balik gambar time sekolah ni, memang kelakar..Dengan gaya innocent nya..muka baik je..

Ni lah gambar aku masa form 1..aku berdiri baris kedua, no 6 dari kiri..Hehe!! Macam xcaya je tu aku..Cikgu class aku time ni Puan Norma..Kalau xsilap aku dia mengajar sains..

Sometime, aku rasa kan bagus kalau aku sentiasa jadi dak sekolah @ kecik je..Tak banyak tanggungjawab..Kalau risau pun time nak exam..Lain-lain tak payah nak fikir..Fikir main je..Hehe!!Time sekolah dulu paling aku tak suka time pakaian beruniform..Fuhh!!Dari form 1 sampai la form 4, aku just masuk daftar nama je..Tapi tak penah datang pun..Tapi time form 5, nak tak nak kena gak la aktif sket..Aku masuk Silat Gayung Fatani tu..Hehe!! Aku masuk pun bersebab..Nak testimonial elok..hee!!


Kalau bab sukan ni memang aku minat la..Takyah paksa pun aku memang join je..Masa sekolah dulu aku main sepak takraw...aku dulu main feeder..nak main killer tak reti nak lipat gulung..haha!!lipat kain reti la..

Persatuan yang aku join macam biasa la..PPI la..Persatuan Pelajar Islam..Hehe!!!Tu je yang senang sikit..Yang lain2 tu leceh je..Tu la kisah aku serba sedikit time kat sekolah dulu..Kalau nak cerita semua memang panjang..

Kehidupan time sekolah memang best!! BB the best!! :)




Friday, November 14, 2008

WHO'S GOT THE BEST BUDDIES AROUND?

Actually this posting more to contest yang Kakiis buat ni..So akan banyak la picture yang aku dengan kawan-kawan la..Mana tau kot-kot rezeki aku nak menang...Hehe!! Aku ni bukan nya penah masuk contest2 macam ni...Just try & for fun..

Tajuk contest pun "Who's got the best buddies around?" ..So picture yang akan aku upload ni semua picture aku dengan kawan-kawan je la...

Ni kat Umbai, Melaka (8 July 07)

Ni kat kenduri kahwin Rizal (3 May 07)

Ni pulak time birthday Helmi

Ni pulak, time kat McD ..(30 Jan 2005)

Aku rasa cukup la kot ..Hehe!!Kalau nak upload semua memang banyak gambar dengan kawan-kawan ni..Al maklumla, aku ni tak pandai nak tangkap gambar sorang2...Harap-harap menang la ..Hehe!!


Wednesday, November 12, 2008

UPSR result ...

Diumumkan, tarikh keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan jatuh pada:

31 November 2008 bersamaan hari Khamis...


Hehe!!Macam nak buat pengunguman hari raya lak..Adik-adik yang nak amek result UPSR esok mesti malam ni tak boleh nak tido malam, makan tak lalu...Hehe!!Yeke??? Biasa la, lumrah manusia..Bila nak tunggu apa-apa result pun mesti berdebar-debar..Tak kisah la exam ke, interview ke, nak pinang anak orang ke, match bola sepak ke, semua pun mesti berdebar kalau kita dah usaha sungguh-sungguh..Tapi yang agak kurang bersungguh tu, takde la berdebar sangat...So kepada adik-adik yang nak amek result UPSR esok, tawakal je la k...

All the best untuk adik Awang ...


Pejam celik-pejam celik, dah tahun 2008..Aku amek UPSR tahun 1995..Alhamdulillah la masa tu ada Cikgu Azilina..beliau la yang banyak tolong aku & my friends masa 6A12, Sek Keb Gombak Setia dulu..Jasa cikgu tetap dikenang...

Kepada adik-adik yang dapat result cemerlang esok, congratulation!!! Jgn terlampau bangga diri dengan result yang adik-adik dapat sebab masih panjang perjalanan hidup adik..Bersyukur kepada Allah sebab semua rezeki terletak di pada-Nya..

Adik-adik yang kurang cemerlang result, jangan sedih sangat..Masih belum terlambat untuk adik-adik berusaha lagi..Bak kata pepatak, "Gagal sekali bukan erti gagal selamanya". Usaha dan doa banyak2, insyAllah rezeki kita aku tiba sampai satu masa nanti..

Tuesday, November 11, 2008

SPM Begin...

Hari ni bermula la peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM)... To my lovely cousin, Puteri Amira, all the best to you... Yang lain-lain pun yang amek SPM this year, all the best!

Mak Ngah & My cousin

Cakap pasal all the best ni, teringat lak kata-kata member aku tapi tak ingat siapa nama dia... Kitorang borak :

My Friend : Apa beza 'All the best' dengan 'Good luck' ??
Aku : Dua-dua pun wish untuk orang yang nak amek exam @ wish untuk orang la..
My Friend : Ok.. Apa impact between 2 ayat tu??
Aku : Sama je..
My Friend : Sebenarnya ada beza.. 'All the best' mean, kita suruh orang tu berusaha sungguh-sungguh jawab exam tu.. Kalo 'Good luck' pulak mean, kite suruh orang tu mengharapkan nasib je.. So dia nasihatkan aku, lain kali jangan wish 'Good luck' tapi cakap 'All the best'...
Aku : OooOOoo...

Since lepas dengar cerita member aku tu, aku pun dah jarang wish orang 'Good luck'...Bila fikir-fikir balik, betul gak cakap member aku ni...

Aku amek SPM kat Bukit Bintang Boys School tahun 2000..Ingat lagi masa tu paling aku risau paper Sejarah & Biology.. Alhamdulillah dua-dua paper pun credit. Jadi la, cukup-cukup makan je...Hehe!! Result pun tak la gempak mana..Tapi yang agak kecawa masa tu paper Add Math la..Budget boleh dapat at least A tapi tidak kesampaian la..uhuk2!!Takpe la, dah lepas pun..

So kepada adik-adik yang bakal @ nak amek SPM this year, 'All the best'..Tido bagi cukup..Jangan study last minutes..Doa banyak-banyak..Dah jawab takyah nak fikir dah..Tawakal je la.. Heheh!!

Monday, November 10, 2008

Blogging is fun??

1st of all, aku pun tak tahu nak tulis apa, tapi sebab fikir-fikir balik kata Fendi Bob, aku rasa aku patut rajin-rajin tulis blog ni.. Bak kata Fendi, "Ko disiplin kan diri ko tulis blog at least sehari satu, spent la dalam half hour pun dah ok dah". Cewah!! Aku memang nak buat macam tu tapi aku tak pandai sangat nak bercerita ni..Aku tak la sebest AkuBetul.. Wah!aku rasa dah banyak kali benor ni aku puji AkuBetul ni.. Ni nak kena bagi share sket kat aku ni Bob..haha!! Just joking..Ko pun sibuk je sejak dah kahwin ni.. Aku tengok AkuBetul pun jarang update dah.. HEhe!!Sibuk buat 'ape', tak tahu la...


Okla, 4 me, baca blog orang memang best..Nak nye yang pandai tulis ikut perkembangan semasa then tulisan dia santai, macam AkuBetul...Hehe!!promote lagi.. Ada orang tulis blog ni just nak cerita personal, berpolitik, gadget, sports, dll.. Aku rasa kat dalam one of AkuBetul nya posting ada cerita la apa yang aku cerita ni..

Disebabkan aku ni tak reti sangat nak bercerita, so mulai hari ni aku amek la mana-mana topic yang aku rasa interesting, aku cerita la sikit-sikit kot..InsyAllah..Doa-doakan la ek lepas ni blog ni sentiiasa ber update..hehe!!Actually aku nak cari income sket macam Bob buat...Tapi tula, nak bagi blog jadi tip top macam AkuBetul tu susah la..Hehe!!Tapi kalo bulan-bulan dapat suku dari apa yang dia dapat pun dah syukur dah..Hehe!!

So diharap lepas-lepas ni dapat la kawan-kawan bagi aku idea macam mana nak interact orang supaya baca blog aku ni..Pada pandangan aku kalo nak bagi orang suka baca blog kita, 1st layout blog tu mesti menarik la supaya orang tak bosan...ni pun aku pernah sembang dengan Bob gak..Aku rasa korang mesti tak caya kalo aku cakap Bob tu menghabiskan kekadang tu sehari suntuk untuk bagi posting dia menarik, cantik, perfect la senang citer...Kita yang baca ni nampak macam senang je dia buat semua tu kan..hehe!!

Okla, aku pun tak tahu nak tulis apa dah, nanti kalau ada cerita menarik, aku update la blog ni lagi..