Thursday, December 25, 2008

The Final 6 Episode of Prison Break..


get away from pbelite on Vimeo.

Here's a short promo with scenes that will happen once Prison Break returns from its hiatus in the spring. The audio quality in particular isn't great, so we'll post a better version once it surfaces. Basically, it's brother versus brother.

Just wait & see..


Monday, December 22, 2008

Cukur Jambul Irfan Hadif..

Tanggal 20 Disember 2008, genap lah Irfan Hadif berusia 4 bulan 15 hari..sekejap je besar dah...alhamdulillah, dia dah tak kembung perut dah..20 Disember 2008, bersamaan hari sabtu, makcik aku iaitu mak kepada Irfan Hadif buat Majlis Cukur Jambul & Doa Selamat sempena anugerah cahaya mata yang diberi oleh Allah kepada Chu & Pak Chu aku..Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran, lahirlah Irfan Hadif...

Majlis bermula lebih kurang jam 12 tengahari kalau tak silap aku..Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Chu aku..Erm..disebabkan terlalu gembira, terharu & bersyukur, Chu aku menangis masa bagi ucapan tu... Itu menunjukkan betapa sayangnya seorang ibu pada anaknya...Jadi, hargailah ibu kita semasa mereka masih hidup...Terlalu banyak jasa mereka kepada kita..

Disebabkan malam tu aku kena jaga bilik gerakan kat Bukit Antarabangsa so aku agak mengantok la..Thats why aku tak sure sangat start majlis pukul bape sebab aku tetido..Pagi tu, aku sempat tolong susun meja je sebab yang lain semua katering...

Makanan disediakan oleh Mizi Catering..Lauk yang dihidangkan rendang daging, ayam goreng, gulai nenas, ikan masin, sayur2 ulam..Cuci mulut pulak kuih sagu, buah limau & tembikai...Masakan dia boleh tahan..tapi aku takde contact number nak promote kat korang...Hehe!!

Majlis tamat lebih kurang jam 3 lebih..Alhamdulillah semua nya selamat...

p/s: Click sini untuk penjelasan maksud cukur jambul mengikut Wikipedia Bahasa Melayu.





Thursday, December 18, 2008

Bits n Bytes Shop..

Hari ni genap 18 Disember 2008, my best friend dah mula menceburkan diri dalam bidang business. Alhamdulillah..Aku doakan ko success k!! Nanti dah kaya jangan lupa kat aku..Hehe!! Dia maklum kat aku, dia baru nak buat design untuk website dia, Bits n Bytes Shop.. So, nanti dah siap boleh la korang usha2 harga kat situ..Aku dah bagi link dah..InsyAllah harga standard Loywat..Dari kita bayar kat bangsa Cina, baik kita bayar kat bangsa kita sendiri..Tak rugi tolong kawan2..

To all my friends, sesiapa yang nak beli laptop, boleh la korang click kat sini & tengok price list..Agak2 nak tau apa2, boleh la contact terus Nasa @ kalau segan, korang call la aku..Aku tolong mana yang boleh ok!!

Wednesday, December 17, 2008

Puisi

jangan cinta kerana dia perempuan..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan perempuan yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..
jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman..
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..

wahai sahabat wahai teman..
cintailah dia kerana beriman..
dijadikan tuhan sebagai pasangan..
baik buruk ketentuan tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
terimalah dia penuh keihlasan..
andai buruk anggaplah dugaan..
andai baik pujilah tuhan..

wahai sahabat wahai teman..
ingatlah akan janji tuhan..
isteri yang baik besar balasan..
suami penyabar itulah kemenangan..

~Dipetik dari reporter from AWANI~

Sunday, December 7, 2008

Attack No 1..

This week aku spend my time dok umah je...kalo kuar pun kejap2 je jumpa member2 lama..last week nya cite, nnt aku story...This week, disebabkan umah aku still tak siap lagi, so aku la yang kena dok tunggu kat umah ni..InsyAllah, next week siap kot...Disebabkan tak tau nak buat apa dok umah, mlm tadi aku pun pinjam cd jepun kat kak suria..nasib la kak suria tak balik kampung lagi..Thanks kak...

Dia bagi aku 2 series & 2 movie..Aku baru amek semalam and 1st yang aku layan Attack No 1...skang ni aku baru layan sampai episode 5...For me, cerita ni best la untuk orang yang tengah bosan tahap cipan macam aku ni...Same as others Japanese series, scene2 yang wajib ada:

1. Semangat
2. Awek yang kawaii
3. Ada message yang baik
4. Sedih
5. Happy ending (sometime ada gak sad ending)

So kalo orang tanya aku, aku prefer tengok cerita jepun dari korea...cerita korea ni banyak yang cinta2, jiwang2..pastu cinta 3 segi, 4 segi..kekadang tu dah bole nak predict ending dia...pastu time dah tengah2 cerita, mesti slow & lembap..So thats y aku prefer jepun...

Aku harap cerita Attack No 1 no tak menghampakan aku la..hehe!!so far memang best...aku nak sambung lagi 6 cd..nanti aku cerita pasal 3 of my friend's wedding...

Selamat Hari Raya Aidiladha..

Kepada semua umat Islam, Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat menjalankan ibadah korban..Selamat menunaikan ibadah haji kepada yang pergi ke tanah suci...Selamat balik kampung...Semoga selamat semua nya...Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yang menentu kan semua...Sentiasa la bertaubat sementara kita masih dipinjamkan di dunia ini...Dunia hanya lah sementara...Aku tak tahu bagaimana nak berhadapan dengan Mu Ya Allah...terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan...Ampunkan hamba Mu ini...Amin..

Friday, November 28, 2008

Ayat-ayat cinta...


Sekian lama aku copy cite 'Ayat-ayat Cinta' ni, baru malam ni aku dapat layan..Disebabkan tak tau nak buat apa...Aku budget mesti tertido layan cite macam ni tapi bila dah layan, perhh!!memang best!!!Ayat-ayat Cinta ni la 1st love story yang betul2 banyak mengajar kita supaya insaf dalam bercinta dan berani memperjuangkan Islam dan menjadi kan diri kita sebagai model kepada agama lain untuk menarik agama lain untuk memeluk Islam...

Cerita ni bukan semata-mata mengisahkan cinta yang biasa kita tonton sebelum ni tapi cerita ini mempunyai banyak message untuk disampaikan kepada remaja masa kini...

Antara message yang dapat aku terima ialah kita perlu lah bersabar dalam menghadapi apa juga dugaan yang Allah berikan...Setiap dugaan pasti ada hikmahnya..Selain itu juga, kita perlulah membantu orang yang berada dalam kesusahan tak kira walaupun mengancam keselamatan kita sama sekali...Kita juga perlulah menghormati perempuan...kita tidak boleh berputus asa dalam mengharungi kehidupan ini...Kita perlulah sentiasa mengingati Tuhan kita...

Dan banyak gak la lagi messsage yang telah disampaikan dalam cerita ini...Lepas ni nak baca novel pulak...adik aku & my best friend (nasa) ckp novel lagi best dari movie...so aku pun tak sabar nak pinjam novel kat adik aku ni...So mayb lepas ni lambat la sket update..


Muhasabah diri..

Bila direnung balik, terlampau banyak dosa yang dah aku buat...Baik dengan Tuhan, ibubapa, guru, sahabat...Aku hanya mampu berdoa supaya taubat ku diterima...Bila fikir dan renung balik diri aku ni, bila dalam kesusahan baru la nak ingat Tuhan...Nape la macam tu???Kenapa?? Ya Allah, ampunkan la hambamu ini...

Sesungguhnya, sejahat mana aku, sebanyak mana kesalahan yang telah aku lakukan, bila aku susah, tetap aku berdoa kepada Tuhan...Kepada Tuhan juga la aku mengadu...tiada teman yang dapat memahami aku bila aku dalam kesusahan...Tiada teman yang sentiasa boleh menerima kita sepanjang masa...tiada teman yang sanggup mendengar rintihan hati aku melainkan Allah swt..

Aku hanya lah insan kerdil yang sering melakukan kesilapan...Manusia sememangnya sukar untuk menerima dan memaafkan seseorang jika seseorang telah melakukan kesilapan...Termasuklah diri ku ini..Kenapa???

Ya Allah, Kau berikan lah aku kekuatan untuk meneruskan hidup dengan segala ujian yang Kau berikan...Sesungguhnya aku berasa malu kepada Mu kerana sering terlupa pada Mu ya Allah...Ampunkan lah aku...

Aku berharap agar aku tidak mengulangi segala kesalahan yang telah aku lakukan sebelum ni...Amin..




Monday, November 24, 2008

Happy Birthday Manoq!!


24 November 1983, lahir la insan bernama Faiz Mohamad Nor bin Kamarulzaman..Aku pun tak ingat betul ke tak ejaan nama dia..Sorry ya my friend..Faiz @ Manoq is my best friend since form 3..Actually manoq la banyak kenangan aku dengan manoq ni baik sedih @ happy... Actually at 1st aku agak 'kureng' sket dengan mamat ni sebab budget macam bagus je..Hehe!!bila dah lama kenal baru la tau dia ni memang sorg yang baik..

Aku kenal dia & rapat dengan dia sebab masa tu kitorang partner main sepak takraw..masa tu dia main 'killer' & aku as a 'feeder'..Time tu memang berebut la nak partner dengan aku sebab aku terror 'feed' bola untuk 'killer' (bukan bangga tau tp kenyataan) Hehe!! Start lepas Cikgu Adnan ada, kitorng partner 3 orang..time tu manoq main tekong sebab cikgu adnan dia lipat gulung...hehe!!

Kenangan paling aku takle lupa dengan manoq ni time aku gaduh dengan dia masa form 4 kalau tak silap..Time tu baru balik sekolah, dia boleh kacau aku tido yang agak melampau sampai bertumbuk gak la..Hehe!!tapi last2 aku yang sedih sebab rasa bersalah..masa tu agak lama gak la aku tak bertegur dengan dia..ada la 3 hari..

Gambar kat atas ni time tu aku still tengah gaduh dengan dia..hehe!!tu tak dok sebelah tu...Aku tul2 rapat dengan dia since aku tido umah dia, kenal family dia..memang best la dapat g umah orang jawa ni..parents dia memang baik..benda yang aku takle lupe kalau datang umah dia,

1- Solat takle tinggal..Kalau boleh kena g surau kat umah dia tu..
2- Dah datang makan kena solat...
3- Makanan memang sentiasa ada kat umah dia..
4- Paling best kuah satay yang mak dia buat...
5- Adik dia cun..hahaha!!
6- Perkataan jawa pertama yang dia ajar aku, toler - getah paip...

Apa-apa pun dia memang best!!! Dah kahwin pun..tadi dia ada call aku tapi lupa aku nak wish..wife dia pun dah berbadan dua dah..alhamdulillah..aku doakan ko bahagia...Lastly,

Happy Birthday!!May Allah bless u..

Friday, November 21, 2008

Back 2 The Past..

Kadang-kadang, bila tengok gambar-gambar lama ni, boleh buat kita gelak sorang-sorang.. Baru-baru ni aku ada amek gambar masa aku sekolah dulu dari shuhail..Bila tengok-tengok balik gambar time sekolah ni, memang kelakar..Dengan gaya innocent nya..muka baik je..

Ni lah gambar aku masa form 1..aku berdiri baris kedua, no 6 dari kiri..Hehe!! Macam xcaya je tu aku..Cikgu class aku time ni Puan Norma..Kalau xsilap aku dia mengajar sains..

Sometime, aku rasa kan bagus kalau aku sentiasa jadi dak sekolah @ kecik je..Tak banyak tanggungjawab..Kalau risau pun time nak exam..Lain-lain tak payah nak fikir..Fikir main je..Hehe!!Time sekolah dulu paling aku tak suka time pakaian beruniform..Fuhh!!Dari form 1 sampai la form 4, aku just masuk daftar nama je..Tapi tak penah datang pun..Tapi time form 5, nak tak nak kena gak la aktif sket..Aku masuk Silat Gayung Fatani tu..Hehe!! Aku masuk pun bersebab..Nak testimonial elok..hee!!


Kalau bab sukan ni memang aku minat la..Takyah paksa pun aku memang join je..Masa sekolah dulu aku main sepak takraw...aku dulu main feeder..nak main killer tak reti nak lipat gulung..haha!!lipat kain reti la..

Persatuan yang aku join macam biasa la..PPI la..Persatuan Pelajar Islam..Hehe!!!Tu je yang senang sikit..Yang lain2 tu leceh je..Tu la kisah aku serba sedikit time kat sekolah dulu..Kalau nak cerita semua memang panjang..

Kehidupan time sekolah memang best!! BB the best!! :)




Friday, November 14, 2008

WHO'S GOT THE BEST BUDDIES AROUND?

Actually this posting more to contest yang Kakiis buat ni..So akan banyak la picture yang aku dengan kawan-kawan la..Mana tau kot-kot rezeki aku nak menang...Hehe!! Aku ni bukan nya penah masuk contest2 macam ni...Just try & for fun..

Tajuk contest pun "Who's got the best buddies around?" ..So picture yang akan aku upload ni semua picture aku dengan kawan-kawan je la...

Ni kat Umbai, Melaka (8 July 07)

Ni kat kenduri kahwin Rizal (3 May 07)

Ni pulak time birthday Helmi

Ni pulak, time kat McD ..(30 Jan 2005)

Aku rasa cukup la kot ..Hehe!!Kalau nak upload semua memang banyak gambar dengan kawan-kawan ni..Al maklumla, aku ni tak pandai nak tangkap gambar sorang2...Harap-harap menang la ..Hehe!!


Wednesday, November 12, 2008

UPSR result ...

Diumumkan, tarikh keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan jatuh pada:

31 November 2008 bersamaan hari Khamis...


Hehe!!Macam nak buat pengunguman hari raya lak..Adik-adik yang nak amek result UPSR esok mesti malam ni tak boleh nak tido malam, makan tak lalu...Hehe!!Yeke??? Biasa la, lumrah manusia..Bila nak tunggu apa-apa result pun mesti berdebar-debar..Tak kisah la exam ke, interview ke, nak pinang anak orang ke, match bola sepak ke, semua pun mesti berdebar kalau kita dah usaha sungguh-sungguh..Tapi yang agak kurang bersungguh tu, takde la berdebar sangat...So kepada adik-adik yang nak amek result UPSR esok, tawakal je la k...

All the best untuk adik Awang ...


Pejam celik-pejam celik, dah tahun 2008..Aku amek UPSR tahun 1995..Alhamdulillah la masa tu ada Cikgu Azilina..beliau la yang banyak tolong aku & my friends masa 6A12, Sek Keb Gombak Setia dulu..Jasa cikgu tetap dikenang...

Kepada adik-adik yang dapat result cemerlang esok, congratulation!!! Jgn terlampau bangga diri dengan result yang adik-adik dapat sebab masih panjang perjalanan hidup adik..Bersyukur kepada Allah sebab semua rezeki terletak di pada-Nya..

Adik-adik yang kurang cemerlang result, jangan sedih sangat..Masih belum terlambat untuk adik-adik berusaha lagi..Bak kata pepatak, "Gagal sekali bukan erti gagal selamanya". Usaha dan doa banyak2, insyAllah rezeki kita aku tiba sampai satu masa nanti..

Tuesday, November 11, 2008

SPM Begin...

Hari ni bermula la peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM)... To my lovely cousin, Puteri Amira, all the best to you... Yang lain-lain pun yang amek SPM this year, all the best!

Mak Ngah & My cousin

Cakap pasal all the best ni, teringat lak kata-kata member aku tapi tak ingat siapa nama dia... Kitorang borak :

My Friend : Apa beza 'All the best' dengan 'Good luck' ??
Aku : Dua-dua pun wish untuk orang yang nak amek exam @ wish untuk orang la..
My Friend : Ok.. Apa impact between 2 ayat tu??
Aku : Sama je..
My Friend : Sebenarnya ada beza.. 'All the best' mean, kita suruh orang tu berusaha sungguh-sungguh jawab exam tu.. Kalo 'Good luck' pulak mean, kite suruh orang tu mengharapkan nasib je.. So dia nasihatkan aku, lain kali jangan wish 'Good luck' tapi cakap 'All the best'...
Aku : OooOOoo...

Since lepas dengar cerita member aku tu, aku pun dah jarang wish orang 'Good luck'...Bila fikir-fikir balik, betul gak cakap member aku ni...

Aku amek SPM kat Bukit Bintang Boys School tahun 2000..Ingat lagi masa tu paling aku risau paper Sejarah & Biology.. Alhamdulillah dua-dua paper pun credit. Jadi la, cukup-cukup makan je...Hehe!! Result pun tak la gempak mana..Tapi yang agak kecawa masa tu paper Add Math la..Budget boleh dapat at least A tapi tidak kesampaian la..uhuk2!!Takpe la, dah lepas pun..

So kepada adik-adik yang bakal @ nak amek SPM this year, 'All the best'..Tido bagi cukup..Jangan study last minutes..Doa banyak-banyak..Dah jawab takyah nak fikir dah..Tawakal je la.. Heheh!!

Monday, November 10, 2008

Blogging is fun??

1st of all, aku pun tak tahu nak tulis apa, tapi sebab fikir-fikir balik kata Fendi Bob, aku rasa aku patut rajin-rajin tulis blog ni.. Bak kata Fendi, "Ko disiplin kan diri ko tulis blog at least sehari satu, spent la dalam half hour pun dah ok dah". Cewah!! Aku memang nak buat macam tu tapi aku tak pandai sangat nak bercerita ni..Aku tak la sebest AkuBetul.. Wah!aku rasa dah banyak kali benor ni aku puji AkuBetul ni.. Ni nak kena bagi share sket kat aku ni Bob..haha!! Just joking..Ko pun sibuk je sejak dah kahwin ni.. Aku tengok AkuBetul pun jarang update dah.. HEhe!!Sibuk buat 'ape', tak tahu la...


Okla, 4 me, baca blog orang memang best..Nak nye yang pandai tulis ikut perkembangan semasa then tulisan dia santai, macam AkuBetul...Hehe!!promote lagi.. Ada orang tulis blog ni just nak cerita personal, berpolitik, gadget, sports, dll.. Aku rasa kat dalam one of AkuBetul nya posting ada cerita la apa yang aku cerita ni..

Disebabkan aku ni tak reti sangat nak bercerita, so mulai hari ni aku amek la mana-mana topic yang aku rasa interesting, aku cerita la sikit-sikit kot..InsyAllah..Doa-doakan la ek lepas ni blog ni sentiiasa ber update..hehe!!Actually aku nak cari income sket macam Bob buat...Tapi tula, nak bagi blog jadi tip top macam AkuBetul tu susah la..Hehe!!Tapi kalo bulan-bulan dapat suku dari apa yang dia dapat pun dah syukur dah..Hehe!!

So diharap lepas-lepas ni dapat la kawan-kawan bagi aku idea macam mana nak interact orang supaya baca blog aku ni..Pada pandangan aku kalo nak bagi orang suka baca blog kita, 1st layout blog tu mesti menarik la supaya orang tak bosan...ni pun aku pernah sembang dengan Bob gak..Aku rasa korang mesti tak caya kalo aku cakap Bob tu menghabiskan kekadang tu sehari suntuk untuk bagi posting dia menarik, cantik, perfect la senang citer...Kita yang baca ni nampak macam senang je dia buat semua tu kan..hehe!!

Okla, aku pun tak tahu nak tulis apa dah, nanti kalau ada cerita menarik, aku update la blog ni lagi..

Monday, August 11, 2008

Football Manager 2008

Kalau korang nak tau, hobby aku masa lapang main Football Manager ni la. Since FM2006 kalo tak silap aku. Sebelum tu Championship Manager tp skang ni CM tu tak best dah. So beralih la ke FM. Aku rasa mostly member aku ramai yang main game ni sampai tak tido malam la. Huhu! Aku pun tak tau la apa yang best sangat game ni sampai aku pun sanggup tak tido malam.

Aku saja je tulis blog ni. Just nak update. So aku nak share dengan korang tactic yang aku guna untuk team Manchester United aku yang power ni. Haha! Kat bawah ni formation team Manchester United kalo aku jadi manager. Hehe!

Kat bawah ni pulak team instructions kalo aku jadi manager Man U.

Takat ni masa di bawah management aku, paling power 2012 la. Baru 32 games, Man U dah jd Champion EPL dah. Tu belum cup-cup yang lain. Haha!

Dalam game ni aku tak banyak sangat beli player2 ni. Aku just guna under 18 punya pemain je. Since start game FM2008 sampai la ke tahun 2014 ni, aku just beli :

Foward - Aguero, Kevin Doyle
Midfielder - Van Der Vaart, Muamba, Ben Arfa
Defends - Daniel Alves, Felipe
Goalkeeper - Felipe

So kalo korang ada apa2 nak share pasal tactic FM ni utk bagi team aku power lagi, bgtau la ek. Thats all!! GLORY, GLORY UNITED!!


Sunday, August 10, 2008

My New Cousin :)

Nama : Irfan Hadif
Tarikh Lahir : 5 Ogos 2008
Berat : 3.4 kg

Lebih kurang pukul 11 pagi, Irfan Hadif selamat dilahirkan di Hospital Subang Jaya Medical Center. Alhamdulillah. Bertambah la orang laki dalam family aku. Hehe! Baru semalam dapat tengok Irfan Hadif kat Hospital Ampang Puteri. Almaklumla, kereta ku berada di bengkel and lately ni busy sikit. Balik je dari Shah Alam, akak aku bgtau Irfan Hadif masuk hospital, tu risau tu. Rupanya sakit kuning. Alhamdulillah la takde apa2. Tahniah la untuk pak cu & cu. Semoga ceria2 selalu.



Wednesday, July 9, 2008

Makan bola, tido bola...

Euro 2008 dah habis. Sepanyol dah pun jadi juara. Semua peminat team masing-masing dah pun tahu siapa juara, siapa kalah awal, siapa kalah semi. Bagi aku Spain memang deserve untuk jadi champion la. Dengan team work diorang, skill, semua pun lengkap la. Final Euro 2008 Germany vs Spain dengan result 0-1. Satu goal yang torres score tu memang lawa la. Walaupun satu goal je, tapi games memang best la. Congratulation untuk Spain.


Dah sekian lama aku tak tengok bola sepak Malaysia, 21 Jun 2008 hari tu, Final Piala FA, Selangor lwn Kedah, aku pun turun la tengok disebabkan pakcik aku belanja tiket. Hehe! Kalau tak, maybe aku tak pergi la. Aku pergi dengan family pakcik aku & shuhail. Budget Selangor boleh menang la game ni. Tapi malang tul, minit 1st lagi Selangor dah kena sebijik. Huhu! Final score, Selangor kalah kepada Kedah 2-3. Tension je. Selangor main best dah tapi, defend teruk gile! Sengal tul. Dah la ramai penyokong yang datang. Kalau la Selangor ni main macam tahun 90an dulu, mesti stadium sentiasa penuh je.

Pastu 6 July 2008 baru ni, ada The Sultan of Selangor's Cup 2008. Yang ni pun aku tengok gak sebab dapat tiket free lagi. Hehe! Nasib baik la yang ni Pilihan Selangor menang. Memula veteran Selangor kalah penalti 8-9 lepas seri 1-1 dengan Singapore tapi nasib baik la Pilihan Selangor menang lepas seri 2-2 dengan Singapore, Selangor menang penalty 4-3 kalo tak silap aku.

Kesimpulannya, Malaysia kena la tingkatkan mutu permainan kalau nak banyak orang yang datang stadium. Kalau pasukan negeri mana-mana pun main best, sure ramai yang datang.

Wednesday, July 2, 2008

Latest Movie I Watch..

Bosan asyik tengok TV kat umah, balik2 berita pasal politic yang tak penah habis. Balik2 cerita sama je. Lepas tu petang2, macam biasa la. Balik kerja, layan cerita Ezora yang agak tak tau bila nak abes & tak tau la berapa banyak pusing2 cerita tu. Tapi aku layan gak sebab dah tak tau nak buat apa sejak minyak naik harga ni. Hehe!


So, nak kata aku lama tak tengok wayang, baru je pun. Hehe! Tapi disebabkan ahad lepas aku bosan tahap cipan, aku pun pergi ke Plaza Low Yat nak usha harga external hardisk untuk member aku. Naik motor beb! Jimat minyak & takde la nak bersesak kat KL tu. Balik dari Low Yat, aku pun rasa macam awal lagi. Disebabkan bestfriend aku bgtau cerita Wanted tu best, so aku pun dengan bosannya membawa diri ke KLCC (tempat yang aku agak tak minat nak pergi) sebab nak tengok wayang.


Fuh!!dah lama aku tak tengok movie yang gempak2, finally..... Wanted!Memang best la! Story line, bagi aku agak mengarut sikit but action memang gempak. Dah lama gak la aku tak tengok movie yang macam ni. So aku rasa tak rugi kalau korang pergi tengok walaupun agak tidak menyokong filem tempatan tapi sometime, kalau aku tengok movie tempatan yang best, for sure aku akan promote cerita tu. Dulu aku memang promote gila2 la kat kawan2 aku suruh tengok cerita Sumolah. Sebab bagi aku memang cerita Aflin Shauki memang ada quality. Diharap, industri perfileman Malaysia, dapat menganggap filem asing ni sebagai cabaran untuk industri perfileman kita memberikan dan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk bersaing dengan filem asing.



Tuesday, July 1, 2008

Cuti-cuti Malaysia di Pulau Perhentian

Bosan tul dengar cerita kat Malaysia ni. Macam-macam cerita ada. Pasal politic kes Anwar Ibrahim liwat la, pasal kes Najib dengan kematian Altantuya la, harga minyak naik, barang naik. Ish! Bosan kalau fikir semua tu. Tapi nak tak nak, kena gak la amek tahu semua tu. So kepada sesiapa yang bosan dengan semua tu, baik la korang pergi bercuti kat Pulau Perhentian. Best sangat2!! Menenangkan fikiran korang semua.

Actually aku dah pergi Pulau Perhentian ni 16 Mei 2008 lagi tapi baru sekarang ni lak rajin nak update blog ni. Hehe! Dah tak tau nak buat apa sejak minyak dah naik ni. Dok umah je la. Haha!

Ok, berbalik holiday aku kat Pulau Perhentian ni. Kitorang bertolak malam 16 Mei 2008 tu. Lebih kurang jam 9 malam la. Aku tumpang Kak Eija malam tu sebab malas nak tinggal kereta kat office. Sampai Terengganu subuh, kitorang singgah solat kat Masjid Kristal. Lepas tu kitorang pegi jalan2 kat area Kuala Terengganu.

Esoknya pulak kitorang pergi Pulau Perhentian. Bertolak kalau tak silap aku Ahad pagi tu. Sampai je pulau, ada yang terus mandi manda. Memang best gile la pulau ni. Bersih, putih and tenang. Kitorang check in kat Senja Bay. So sini memang banyak la aktiviti yang kitorang buat such as snorkeling, mencandak, mandi manda, tengok penyu and so on. Makan kat sini pun best gak! Orang2 kat sini pun best gak. Hehe! Kesimpulan nya memang best la kat sini. Kat bawah ni ada la sikit gambar-gambar masa kat Pulau Perhentian tu.

Balik dari pulau, kitorang pun singgah la beli keropok kat area Terengganu tu. Semua borong abes la. On the way balik tu, singgah makan. So apa lagi, jom cuti-cuti Malaysia. Where I want to go next?? Wait and see!

Monday, June 30, 2008

Update blog..

Dah lama sangat aku tak update blog ni..Hehe!! Sibuk baca blog orang je. Actually tak tau apa nak tulis sebenarnya. Aku tau baca je, nak tulis ni tak pandai sangat. Kalau nak cerita pasal aktiviti aku buat weekend memang banyak tapi tak tertulis je. Hehe! Nak tulis pasal politic, tak minat pulak.

So aku cerita sikit la pasal best friend aku sorang ni. Nama dia Shuhail. Dia ni memang peminat fanatic Liverpool la. Walau macam mana minat gila pun dia kat Liverpool tu, aku tau, dalam hati dia still ada tempat untuk Man U. Haha!! Gambar kat bawah ni bukti dia.


Dah terbukti kan??? Semua menjadi saksi kan??haha!! aku tau, walaupun kat kat Friendster dia, tulis anti Man U, tapi disudut hati dia yang kecik tu suka kat Man U sebenarnya. Haha!

Kalau nak saksi pun aku ada. Selalu kalau Man U punya match, confirm dia tengok nya. Kalau korang tak percaya, korang boleh tanya Azli, Apex, Apis, Shahrul. Kitorang semua tak penah paksa dia tengok, tapi dia tetap nak tengok. Hehe!!

Begitu la kisah sahabat karib ku dari 1995 until now!! Thanks for being such a great friend!!

Sunday, April 13, 2008

Cuti-cuti Malaysia di Gua Tempurung


5 April 2008, buat 1st time nya aku sampai kat Gua Tempurung ni. Memang best la pergi sana. Tak rugi. Nak nya yang pergi lak semua sekepala. Huh! At 1st, aku macam malas nak pergi sebab this month banyak guna duit sikit. So malas nak pergi. Tapi disebabkan ayat 'power' Raja Rangka ni, aku pun join la gak. Hehe!

Aku sampai sana lebih kurang kul 8 malam la. Sebab aku, edy dengan nasa gerak lambat. Yang lain semua gerak tengahari. Sampai-sampai je terus makan BBQ. Memang best la. Hehe! Malam tu kitorang sembang-sembang la. Sebab lama tak jumpa, banyak lak cite masing-masing. Lepas tu, lebih kurang kul 12 ramai yang dah tido sebab penat. Kitorang bermalam kat chalet 1 km dari Gua Tempurung tu.

Esok pagi nya, kitorang mandi kat air terjun mana pun aku tak tau la. Lebih kurang kul 9, kitorang sampai kat Gua Tempurung tu. At 1st aku budget takde la teruk mana bila masuk dalam tu. Ingat macam jalan dalam Batu Caves je. Hehe! Sekali, memang challenging betul. Siap merangkak, mencangkung, masuk lubang, panjat tangga. Huh! Semua ada la. Memang penat la. Sesiapa yang tak pernah pegi, boleh la try. Memang best!

Lastly, aku rasa Malaysia ni memang banyak tempat yang boleh kita pergi. Tak payah pergi oversea pun takpe. Aku rasa tak sabar nak pergi mana-mana tempat yang aku tak penah pegi lagi kat Malaysia ni.

Jom Cuti-cuti Malaysia!!

Wednesday, March 12, 2008

My Best Friend's Wedding


Alhamdulillah, finally selamat gak kawan baik aku masa sekolah dulu diijab kabul 28 Februari 2008. Tak sangka lak dia boleh kahwin dulu dari aku. Hehe! Tahniah la manok. Thanks gak sebab bagi aku chance jadi pengapit untuk ko. Ni la 1st time aku jadi pengapit orang. Huhu!

Thanks gak sebab ajak aku datang dari hari nikah, umah orang perempuan & umah ko. And thanks to all my friends. Tak sangka ramai yang datang this time. Cikgu Suarnor pun ada. Memang best. Tak lupa gak kawan aku masa form 4, tokan dengan herman. Rindu gila kat korang beb!! Tak sangka dapat jumpe kat sana. Hopefully jumpa lagi next time.

This week pulak Arul @ Jawa @ Jaws lak kahwin. So tu all my friends, jom la ramai2 datang. Arul jemput semua kawan2 masa sekolah dulu. Nanti boleh kita jumpa kat sana.

Congratulation kat ko FAIZ MOHAMAD NOR B KAMARUZAMAN!

Monday, March 10, 2008

Pilihanraya 2008


Dah lama aku tak tulis blog ni. Sebenarnya ketandusan idea nak tulis. Aku lagi prefer baca dari tulis. Tapi bile aku baca apa pun this week, semua pun pasal pilihanraya. So aku pun decide nak tulis gak la sikit pasal pilihanraya ni.

1st kali, nak cite pasal aku la. Hehe! Sebelum pilihanraya hari tu, aku memang semangat la nak mengundi tapi tup-tup, aku tak dapat mengundi sebab aku tak dapat kertas undi. Maklumla, kena undi pos. Dah rugi 1 undi. Mungkin setengah orang cakap 1 undi takda effect pun tapi kalau difikir balik, kalau semua orang fikir 1 undi takda effect, ramai yang tak pergi mengundi. Tul tak?? So pergi la mengundi sebab besar tanggungjawab kita dan untuk masa depan kita. Tapi alhamdulillah la, aku rasa mungkin ada hikmahnya aku tak dapat mengundi tu. Sebab sebenarnya aku pun tak tau nak pilih siapa. Pada asalnya aku memang dah decide nak pilih mana tapi bila dengar ceramah semua parti, rasa tak tau nak pilih siapa & setiap parti semua ada risk yang aku kena amek.

2ndly, aku rasa SPR banyak la buat improvement, pada pandangan aku la sebab aku pun baru 1st time amek tahu pasal mengundi ni. Sebab pada aku, peti undi lutsinar tu memang bagus. Cuma yang pasal undi pos tak sampai tu, kecewa gak la aku. Patut nya SPR kena peka pasal benda-benda yang remeh ni.

Okla, habis cerita pasal pilihanraya. Skang aku nak cite pasal bulan Februari yang dah lepas sampai tak sempat nak post satu posting pun. Hehe! Actually takda la busy mana pun. Bulan Februari event yang ada birthday pakcik aku, 7 Feb. Lepas tu, Man U menang UCL. Haha! Manok, best friend aku nikah.

Bulan Mac lak, buat pertama kalinya aku jadi pengapit. Hehe! Macam tak percaya je. Ni pun 1st time la aku datang majlis kahwin member aku dari nikah sampai la selesai majlis. Aku jadi pengapit masa kat sebelah perempuan, lepas tu aku tolong masa kat umah manok ni. Aku pun macam malas gak la nak jadi pengapit sebab baju melayu putih mana la aku ada. Fikir sebab ko je manok. Hehe! Apa yang best masa majlis tu, aku dapat jumpa Pengetua asrama aku masa form 1, Cikgu Suarnor. Lama gila tak jumpa dia.

Lepas tu, semalam pulak, aku pegi umah orang kahwin member aku masa kat McD, Zafri & Azrina. Masa kat situ pun best gak la, sebab jumpa ramai kawan-kawan lama. Balik dari sana terus pergi Anom kahwin lak.

Akhir kata, tak sabar nak tengok perubahan kat Selangor ni. Nak tengok pulak macam mana parti lain memerintah kat Selangor ni. Moga-moga ada perubahan.

Monday, January 28, 2008

January

This month, banyak tul benda yg aku buat & dalam masa yang sama aku dah meningkat suku abad. Wahhh!!! Macam tak caye je. Huhu!

16 January 2008 aritu, genap umur aku 25 tahun. Uish! Tua dah ni. On that night aku pergi makan dengan family aku. Yang aku peliknya, malam bufday aku tu, boleh pulak aku tido awal. Macam tak caye je. Maybe umur dah meningkat kot. Tu tak larat nak stay up. Hehe! This year aku dapat la sebungkus coklat Ferrero Rocher. Jadi la.

Yang aku sedihnya pulak, bulan ni banyak member aku yang ditimpa kemalangan. Sedih gak la rasa. Sorang member aku ni tangan dia kena hempap tong 200 KG. Nasib baik la jari dia tak putus & nasib baik gak la dia dah masuk insurance. Hehe! Kalau tak jenuh nak membayarnye.

Maybe ada hikmah semuanya. Macam member aku ni, lepas dia accident tu terus dia rapat dengan kitorang balik sebab dah lama gile tak jumpe then skang ni everyweek pun jumpe dia kekadang tu. Hehe!

Ada sorg member aku ni pulak kena TB. Kesian tul kat dia. Dah la dia ni pun antara yang rapat dengan aku. Aku doakan dia cepat la sembuh.

This month gak TV Series dah banyak yang start balik so takde la aku bosan. Hehe! Prison Break Season 3, Kyle XY Season 2, One Tree Hills. Cite korean pun aku banyak gak layan sebab dah bosan tahap cipan. Hehe! Coffee Prince la paling best yg aku tgk utk this year. Hehe! Skang ni tengah layan Yu Hee, The Witch.

So next month tak tau lagi nak buat ape ni. Yang penting next week aku nak tgk futsal. Jom tengok ramai2!!

Wednesday, January 2, 2008

Happy New Year


~ Good bye 2007 ~
Pejam celik-pejam celik, dah 2008. Cepat betul masa berlalu. Umur aku pun makin meningkat dah. Huhu! Perangai macam budak-budak lagi. Hehe! Susah betul la macam ni. Nasib la pemikiran dah makin matang :p
Macam biasa la, tiap kali tahun baru mesti la ada azam baru walaupun azam sebelum ni tak tertunai. Hehe! Azam aku tahun ni nak jadi manusia yang berguna kepada negara, bangsa & agama. Nak jadi anak, cucu, abang, adik & rakan yang baik. Nak cari awek untuk buat bini. Hehe! Nak bagi Man U full support supaya jadi Champion this season.