Tuesday, December 11, 2007

The Golden Compass



Semalam, lepas aku pergi bayar saman dengan shuhail, kitorang tak tau nak buat apa dah. Lepas tu fikir balik, baik pegi tengok wayang. Lagipun lama tak tengok wayang dah. Hehe! Boleh lepaskan tension masa bayar saman tadi. Ada ke patut, mentang-mentang makcik tu PA Ketua Polis Daerah, nak kerek-kerek pulak dengan public. Macam siot je.

Memula aku masuk nak bagi surat rayuan saman tu, then aku tengok dia tengah cakap dengan phone so aku pun keluar la. Then, after 5 minutes, aku masuk balik but dia still bergayut lagi. Aku pun keluar balik. Tak lama lepas tu aku masuk bilik tu balik, dia boleh sound aku. "Apa keluar masuk tadi??" Mana tak hangat, dia bergayut lepas tu sound org pulak. Bodoh betul! Takde budi bahasa.

Nasib baik la cite The Golden Compass tu best! Aku bagi 7/10. Cite tu spoil dia tang ending tu. Tergantung gila cite tu. For sure ada 2nd episode. Sepatutnya at least bagi la cite tu abes proper sket. Jalan cite simple, tak payah nak pening kepala. Pelakon semua memang boleh belakon. Visual mantap! sound pun mantap! So tak rugi kalo tengok kat cinema.

Tuesday, December 4, 2007

Selamat Pengantin Baru Untuk Zul Husni

Pada 25 Nov 2007, kawan tempat keje lama aku, Zul Husni selamat diijab kabul. Aku pergi masa majlis kat umah zul je pada 2 Dis 2007. Tema perkahwinan diorang color hijau tua. Nice! Tak sangka lak aku, si nasrul jadi pengapit zul ni. Hehe! Nampaknya lepas ni ko pulak la nas. Dah dekat dah tu. Majlis bersanding mula kul 2.00 pm. Yang datang saing dengan aku, ada 4 kete. Lama tak jumpa rakan-rakan aku kat OCE ni.

Sampai-sampai je kat umah zul, nasrul bedandan jap, pastu kitorang pun pergi makan. Lauk macam kenduri-kenduri kahwin lain gak la. Cuma ada special sket, ada cendol. Lepas abes makan-makan, kitorang tunggu ketibaan zul. Aku sempat gak la menepung tawar zul ni. Hehe! Ambil berkat orang tua-tua cakap. Lagipun zul ni banyak tolong & ngajor aku masa aku kat OCE dulu. Tak lupa semua tu zul. Time zul tengah makan, kitorang pun bergambar dengan dia & his wife. Wah! Zul, macam tak percaya ko dah jadi husband orang. Haha! Lepas ni jangan dok sibuk nak beli Gundam lagi. Kurang-kurangkan main games tu. Haha!

Apa-apa pun, congratulation Zul! Moga kekal ke akhir hayat!


Marie Digby



My New Favorite Singer, Marie Digby. Who know, she became a singer. At 1st she only sing and upload her song at Youtube and now she became an artis.

Monday, December 3, 2007

Berkelah ni Hutan Lipur Berkelah

Finally, dapat gak aku gambar masa aku pergi berkhemah di bulan Syawal. Sekian lama aku mintak dari faizal, baru dapat semalam ni. Tu pun si Azli yang bagi. Susah payah aku menawan Air Terjun Berkhelah ni. Aku pun tak ingat dah bila time kitorang pergi berkhelah ni. Tapi yang pasti dalam bulan Syawal la. Asalnya apa yang Azli bgtau kat aku, dia ajak aku beraya umah dia masa last week bulan Syawal tu so aku pun on je la. Sekali, on that day, awek azli ni call aku suruh tengok-tengokkan azli ni. Aku pun jadi pelik la. Rupa-rupanya si azli ni memang plan nak pergi berkhemah dulu before beraya umah dia.

Kitorang bertolak masa tu hari jumaat lepas keje. Yang pergi masa tu, aku, azli, fendi bob, nasrul & faizal. Diorang semua datang umah aku petang tu. Bertolak dari umah aku lebih kurang pukul 730 petang. Lepas tu sampai sana dalam pukul 11 lebih la sebab hujan masa kitorang on da way pergi sana. Sampai-sampai sana gelap gelita. Sampai je terus tido.

Kat sana kitorang makan ayam panggang, sosej, roti cicah sardin & air teh tarik. Hehe! Semua masak menggunakan apa yang ada dalam hutan tu. Yang paling best pasal makan ni, masa kitorang tengah panjat puncak air terjun tu, fendi bob cakap dia nak masak sardin tu, skali time dia dok sorang-sorang tu ada biawak besar datang. Haha! Dia punya la cuak sampai tunggu kitorang dalam air. Tu memang aku takkan lupa sampai bila-bila la. Hehe!

Yang sampai ke puncak paling atas tu, aku, azli, nasrul & faizal. At 1st aku macam tak berani. Hehe! Mana tak nya, curam gila batu-batu tu. Dah la daki pakai selipar je. Huh! Tapi bila dah sampai ke puncak tu, terasa nak pergi tawan puncak air terjun lain la pulak. Hehe! Memang best la! Hopefully lepas ni ada lagi la planning macam ni.