Wednesday, June 20, 2007

Inai mean??

Kekadang aku terfikir, kenapa la perempuan suka pakai inai. Sebab nak tunjuk dia dah tunang ke, kahwin ke @ saja-saja je??? But inai ni kekadang tu laki pun ada gak yang pakai. Kenapa ye?? Sebab lawa ke?? Ke saja suka-suka. Pakai inai ni pun kekadang ada la petuanya. Aku pun tak sure sangat but what i know is 3 jari kalau bertunang & kalau semua jari mean kahwin. (correct me if im wrong)

Bila aku borak-borak dengan member-member aku ni, masa tu ada la member kitorang yang baru tunang macam-macam jawapan la yang keluar. Kat bawah ni aku list kan:

KENAPA TUNANG PAKAI INAI DI TIGA JARI SAHAJA?

1 - Belum kawin tak boleh pakai semua jari, nanti hilang seri pengantin.

2 - Jari yang takda inai nak buat korek hidung.

3 - Inai habis stok.

4 - Dua jari lagi nak tekan henpon antar sms kat member2.

5 - Dua jari lagi calon simpanan.

6 - Pakai balance bancuhan inai yang cukup2 untuk tiga jari saja.

7 - Dua jari lagi nak tunjuk "peace".

Semua jawapan pun aku rasa mengarut je diorang ni. Haha! So skang ni aku tengah tunggu Mr Right tulis pasal "Kenapa orang pakai inai??" sebab aku rasa Mr Right sure tau sebab dia pun salah sorang yang pakai inai. Haha! Kat Ni bukti dia:



Tuesday, June 12, 2007

Sakan Seafood

Date : 7 June 2007
Venue : Batu 3, Shah Alam
Time : 630pm

Macam biasa la tiap-tiap bulan ada je yang jadi mangsa untuk kena belanja. Haha! Last month dah makan Chicken Hartz, nasa belanja. This month aku la jadi mangsanya. Huhu! Selamat la sebab tak mahal macam nasa. Haha! Tapi memang puas hati la makan kat sini. Dah la sedap, banyak, murah pulak tu. Rasa nak datang lagi je. Siapa-siapa yang nak bawa family makan kat sini memang best la sebab masakan dia best & harga berpatutan.

Macam last month gak, yang pergi, aku, nasa, din, azli & diana. Azli yang suggest tempat ni. Next month azli la pulak nampaknya. Mesti dia bawa tempat yang lagi best ni. Haha! Tak sabar nak tunggu next month ni.


Ni muka-muka kekenyangan semuanya. Haha! Senyum je sebab dah kenyang. Ni senarai lauk pauk yang kitorang makan :

Makanan
1 - Ikan siakap 3 rasa
2 - Ayam goreng kunyit
3 - Sotong tepung
4 - Sup tulang
5 - Tomyam campur
6 - Telur bungkus
7 - Kailan ikan masin
8 - Kangkung masak belacan
9 - Kerabu mangga

Minuman
1 - Laici Kang
2 - Fresh Orange
3 - Siram Limau

p/s: nasa, kalau nak gambar amek kat SendSpace, aku dah upload.

Thursday, June 7, 2007

Selamat Pengantin Baru!


3 Jun 2007
1200 ptg - 400 ptg
Batu 8 Lepar, Pahang


Selamat Pengantin Baru Rizal! Moga kekal ke anak cucu. Memang meriah la kenduri umah rizal. Siap ada bina lagi tu. Makan lauk pun sedap-sedap. Tema warna hijau.

Kitorang bertolak dari KL kul 900 am. Dak-dak ni yo'o je la kul 830 am tapi hampes, semua pun kumpul kul 900 am. Kitorang pergi 8 kereta kalo tak silap. Sampai sana around 1200 sebab kitorang ada stop jap. Masa kitorang sampai ramai gak la yang dah datang. Sampai-sampai je makan pastu borak-borak. Lepas je rizal abes bersanding, kitorang bergambar dengan rizal n wife then kitorang pun balik.

Siapa yang nak picture boleh amek kat sini SendSpace.