Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di dunia ini, Maaf Zahir & Batin. Macam tahun sebelum-sebelum juga, hari ini 4 Syawal 1433H aku telah mula bekerja disebabkan aku adalah truly born in Kuala Lumpur. Lagipun kalau cuti tiada apa-apa yang boleh aku buat sebab dah habis beraya dah. Kalau nak beraya rumah kawan-kawan pun, semuanya masih di kampung halaman masing-masing. Nak berjalan pun, ramai foreigner je kat shopping mall tu. Pilihan terbaik adalah bekerja.
KENAPA BEKERJA DI AWAL BULAN SYAWAL?
Kampung di Kuala Lumpur
- Bagi mereka yang kampung halamannya di Kuala Lumpur, sudah pasti akan mula bekerja di awal Syawal disebabkan sudah selesai beraya di rumah sanak saudara. Seperti aku, pada 1 Syawal lagi aku telah selesai beraya di rumah nenek sebelah mak dan ayah aku.
Tiada orang awam
- Bagi mereka yang bekerja dan berurusan dengan orang awam (public), sudah pasti di awal Syawal tidak begitu ramai orang awam yang datang untuk berurusan di pejabat kerana mereka beranggapan pekerja masih bercuti.
Tiada bos
- Boleh dikatakan ramai bos yang dah bekeluarga sudahpasti akan mengambil cuti panjang untuk beraya sambil bercuti. Mungkin bos yang terlalu minat bekerja sahaja yang akan bekerja di awal Syawal ini. Jadi, bekerja bila bos tiada ni memang perkara yang menyeronokkan untuk semua orang.
Tiada kesesakan lalulintas
- Apabila bekerja di musim perayaan, jalanraya terutamanya di Kuala Lumpur sudahpasti lengang. Tidak perlu fikir untuk bangun awal semata-mata untuk meredah kesesakan lalulintas.
Jimat cuti
- Bagi mereka yang suka melancong, adalah terbaik untuk mereka jimat cuti tahunan mereka kerana, apabila bukan musim perayaan, mereka boleh bercuti panjang kerana masih mempunyai banyak cuti tahunan. Jadi, jalan terbaik adalah bekerja di musim perayaan.
Mungkin ada banyak lagi sebab lain mengapa seseorang itu bekerja di awal bulan Syawal dan di antaranya adalah seperti yang tertulis di atas. Jadi, kepada mereka yang telah mula bekerja, selamat bertugas dan kepada mereka yang masih bercuti, Selamat Hari Raya Aidilfiti dan selamat bercuti. Maaf zahir & batin.
No comments:
Post a Comment