Sunday, June 10, 2012

Review Android 4.0.4


Actually aku baru je update Nexus S aku from Android 4.0.3 ke Android 4.0.4. Nampak macam tak banyak beza pun version dia kan. Tapi, bila dah update baru dapat tahu beza dia. Yang paling penting ialah, battery life time. Since 2 hari aku gunakan Android 4.0.4 ni, aku rasa battery life time memang lama. Selalunya, average battery life time masa aku guna android 4.0.3 lebih kurang 18 jam sahaja tapi since aku update to android 4.0.4, battery aku tahan la sampai 24 jam. Features yang lain masih tak banyak beza. Mungkin aku tak perasan lagi kot. 

Macam mana aku boleh update android 4.0.4. Kalau korang nak tau, actually aku dah dapat notification untuk update android 4.0.4 ni lama dah sebab aku guna Google phone. So everytime android update, sure Google phone yang akan dapat dulu. Tapi disebabkan everytime aku nak update, ada keluar 'Error 7..........'. Banyak kali juga aku try update tapi still the same.

At first, aku rasa mungkin sebab tak stabil lagi sebab tu jadi macam tu. Tapi, bila aku tanya Encik Google, memang ada certain phone yang akan dapat 'Error 7...' tu. So aku pun Google la solution untuk masalah aku ni. Then ada yang tulis, disebabkan ada 'bugs' sebab tu aku tak boleh nak update. Macam-macam juga alasan-alasan lain yang menyebabkan aku tak boleh nak update ke android 4.0.4. 

Kalau tak silap aku, on Thursday baru-baru ni, aku memang nekad untuk cari solution untuk update android aku ke 4.0.4. Finally aku berjaya untuk download & install update tu tapi....... Bila aku reboot je aku punya Nexus S, terus jadi 'boot-looping'. Terus aku tak boleh nak guna phone aku. Malam tu pun aku dah give up and aku decide untuk tak guna handphone buat certain time. 

Esoknya, aku tetap terus searching macam mana nak solve aku punya problem ini tapi tak jumpa. Sampai aku rasa nak hantar kedai je untuk repair. But at the same time, aku ada bertanya pada kawan aku, Nasa & Kong then diorang ada la bagi aku link yang berguna untuk aku keep searching kat website-website yang dia bagi.

Moral of the story, kalau nak 'Root' or 'Jailbreak' make sure korang tahu dan faham betul-betul apa yang korang nak buat. Jangan sekadar follow instruction kat website yang korang baca tetapi fahamkan setiap apa yang disampaikan. And the important thing is make sure korang tahu version & model handphone yang korang gunakan sebab setiap model & version gunakan perkara yang berlainan bila nak download. XDA Developers forum inilah yang telah membantu aku menyelesaikan masalah handphone aku. Rajin-rajinlah baca di forum. 

6 comments:

Unknown said...

nak tukar phone pon sayang lg kan :D

Penulis Biasa said...

Hehe!! Memang sayang sangat.. Setakat ni, Nexus S ni la terbaik untuk aku.. heh!

Shafinaz Arshad said...

boleh bagi link website2 tuh tak?? Saya mengalami masalah yang sama

Shafinaz Arshad said...

boleh bagi link website2 tuh tak?? Saya mengalami masalah yang sama

Unknown said...

mcm mane nk root. sy pkai nexus s 4.0.4. tp no root. mcm mana nak root. ajarkan. please email saya ye. tq. munirahaiza93@gmail.com

Muhamad Iqbal Bin Anor said...

apa nak buat kalo tablet aq pakai nie kluar tulisan android saje dia xnak kluar home screen