Thursday, June 7, 2012

Running Man, Korea variety show


Buat masa sekarang ni, variety show terbaik untuk aku adalah Running Man. Actually dah agak lama dah aku layan Running Man ni, tu pun disebabkan suggestion adik aku. At first rasa macam biasa-biasa je. Macam biasala, setiap movies, series, tak kira english movies ke, malay movies ke, mesti ada sebab utama untuk kita tonton. Sebab utama sesuatu movie itu ditonton adalah pelakon movie tersebut. Tipu la kalau cakap pelakon bukan sebab utama sesuatu movie itu jadi Box Office.

Sebagai contoh, masa zaman Yusof Haslam dulu, kenapa ramai orang menonton filem Sembilu yang dibintangi oleh Awie dan Erra Fazira? Mungkin ketika zaman itu, Awie adalah pelakon lelaki yang paling macho kat Malaysia ni dan Erra pula adalah bekas Ratu Cantik Malaysia. Kalau disebabkan jalan cerita? Mungkin 30% la kot. Ini semua adalah andaian aku sahaja. Bukan ada fact pun. 

Contoh untuk filem english pula adalah Twilight. Agak-agaknya la, kalau pelakon filem tersebut bukan dibintangi oleh Robert Pattinson dan Kristen Stewart, boleh Box Office ke movie tu? Mungkin yang akan tengok cerita tu adalah mereka yang follow novel tersebut sahaja. 

Apa yang aku nak sampaikan di atas adalah, sebab pertama aku meminati Running Man adalah Song Ji Hyo. (Nak tahu lagi detail, sila Google) Disebabkan kecomelan Ji Hyo ni membuatkan aku tertarik untuk menonton variety show ini. Setelah mengikuti beberapa episode Running Man ini, aku semakin tertarik disebabkan watak-watak di dalam Running Man ini sangat kelakar dan setiap peserta variety show ini mempuyai character masing-masing. Kalau tak silap aku, aku start follow Running Man ni bermula episode 50 something. Lepas tu terus tengok balik yang episode previously. Yang latest adalah episode 97, dan guest untuk episode ini adalah Park Ji Sung. (Manchester United player) 

Running Man adalah sebuah variety show dari South Korea yang dibintangi oleh :
1. Yoo Jeasuk (Yoo-ruce Willis / Grasshopper)
2. Gary (Gae-colas Cage / Monday Boyfriend)
3. Ha-ha (Ha-roro / Ha-rad Pitt / Penguin)
4. Ji Suk Jin (Big Nose Older Brother / Impala)
5. Kim Jong Kook (Commander / Tiger)
6. Lee Kwang Soo (Kwang-Potter / Giraffe)
7. Song Ji Hyo (Mong Ji Hyo / Ace / Miss Mong / Bad Ji Hyo / Monday Girlfriend) 

Ini adalah pelakon-pelakon tetap untuk Running Man dan selalunya mereka akan menjemput guest artist untuk menjadikan variety show ini semakin menarik. Setiap pelakon di atas mempunyai gelaran-gelaran seperti di dalam kurungan. Gelaran-gelaran tersebut menunjukkan character-character mereka. 


Setiap episode Running Man ini akan mempunyai misi-misi yang berbeza-beza dan setiap episode, misi terakhir mereka adalah untuk mencabut tag nama bagi setiap peserta. Apa yang membuatkan Running Man lebih menarik daripada Survival, Amazing Race, dan lain-lain lagi adalah Running Man menjadikan setiap misi mereka adalah unpredictable, kelakar, dan creative. Walaupun misi mereka agak simple tetapi misi-misi tersebut sangat mencabar dan boleh dijadikan idea untuk kita gunakan pada family day. 

Begitulah serba sedikit tentang hobby aku buat ketika ini iaitu menonton Running Man. Untuk maklumat lanjut berkaitan Running Man, anda boleh baca di Wiki Running Man. Untuk menonton Running Man secara online, sila click di KShowNow.

2 comments:

maira said...

owhhh saya baru je menjadi peminat Running Man minggu lepas. Sbb tv rumah rosak, so xtau nk tgk ape, mintak kat housemate stock movie dlm laptop die. die pn bg la korean gameshow ni 3 episod pertama. sekali tgk dh berdekah2 n terpikat. pastu trus pinjam external hard disk sorg kwn ni yg ade semua episod. skang dh 99 episod kn. so skang sy tgh marathon RM tiap2 mlm. ilang tension keje kat ofis tgk cite ni =)

Penulis Biasa said...

Hehe!! Memang best sangat.. Yang latest dah episode 107 dah.. Kalau tengok yang lama-lama punya episode pun best jugak.