Tuesday, January 31, 2012

Keputusan muktamad AJL ke 26

Posting aku sebelum ini adalah my prediction keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26. Nampaknya this time, apa yang aku predict, agak tersasar sikit. Keputusan muktamad para juri bagi AJL ke 26 dimenangi oleh 'Awan Nano' yang dinyanyikan oleh Hafiz, komposer oleh M.Nasir dan penulis lirik adalah Budi Hekayat. Seperti biasa, setiap kali kalau M.Nasir masuk AJL, selalunya beliau pasti akan menang salah satu kategori. Tahniah buat beliau. Mari kita lihat lirik bagi pemenang AJL ke 26.

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Apa yang aku predict, hanya satu je yang kena iaitu lagu 'Beribu Sesalan' oleh Ning Baizura/ Jaclyn Victor/ Shila Amzah, tu pun hanyalah tempat ketiga. Tahniah juga untuk mereka dan tempat kedua dimenangi oleh 'Karma' oleh Faizal Tahir. Tahniah lagi sekali buat lagu 'Awan Nano'.


No comments: