Monday, January 9, 2012

Say good bye to television

Agak bersawang dah blog aku ini since dah ada unifi ni makin malas nak update sebab banyak benda yang nak dibaca, ditonton, dicari, etc. Lately aku banyak baca pasal online TV, jenama-jenama besar yang nak buat TV sendiri for example Google, Apple, Ubuntu etc. First of all, mari kita mencari sejarah & siapa yang menemui television ini. Kalau ikut apa yang aku baca kat Wiki, inventor untuk television ini adalah seorang yang berasal dari German, Paul Gottlieb Nipkow iaitu pada tahun 1884 ketika beliau berusia 23 tahun. Hebat. Mungkin pada ketika itu, tiada siapa yang menyangka idea ciptaan beliau digunakan sehingga kini. 

Di negara kita sendiri, kita dapat lihat perubahan bentuk television daripada yang colornya hitam putih (aku tak sempat tengok), lepas tu ada color tapi kotak empat segi besar, makin lama makin nipis & akan datang tidak mustahil ada TV yang invisible. Betapa cepatnya technology ini berkembang. Ada juga yang sekarang ini dah tak tengok TV di television dah, tengok kat handphone je. 


Di Malaysia, rancangan television yang percuma je actually dah cukup banyak dah contohnya, RTM iaitu TV1 dan TV2, TV3, NTV7, 8TV, Channel 9, Al-Hijrah. Tu belum campur yang berbayar iaitu Astro dan Unifi. Kalau tak silap aku, masa sekitar tahun 1980an, untuk memiliki television perlu mendapat lesen. Pernahkah anda terfikir, kenapa perlu mendapatkan lesen tersebut? Sama-sama renungkan. Alhamdulillah, sekarang ini dah tak perlu lesen tersebut.

Pernahkah kita terfikir, sebenarnya TV ini banyak memberikan impak kepada kehidupan manusia. Di antaranya adalah kesan daripada berita-berita yang disiarkan (walaupun pada hakikatnya internet juga sama), drama-drama, movies, sukan, kartun, etc. Terlalu banyak untuk disenaraikan apa rancangan-rancangan yang terdapat pada TV ini. Jadi sebenarnya, pencipta television ini memang banyak memberikan kesan kebaikan & keburukan kepada manusia sebenarnya. So take it as positive. 

Lately, nama-nama besar seperti Google, Apple, Ubuntu etc, dalam perancangan untuk mengeluarkan product TV masing-masing. So sama-sama kita nantikan. Apapun, aku tetap dapat rasakan, Google TV akan jadi yang the best. Just wait and see.


No comments: