Riak adalah perasaan yang ini dipuji oleh orang yang lain. Mengikut kamus Dewan Bahasa & Pustaka, riak bersinonim dengan angkuh, bongkak, congkak, pongah, sombong, bangga diri, takbur. Riak atau bermegah merupakan sifat Allah (Al-Mutakabbir). Membuat sesuatu untuk dipuji adalah di larang dalam Islam dan perbuatan ini menggambarkan pelaku mempunyai sifat riak.
Manusia tidak layak dan tidak berhak untuk menerima pujian kerana sesungguhnya manusia telah berikrar dalam bacaan Al Fatihah nya pada setiap kali bersolat iaitu "Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekian alam."
Nabi mengajar melalui hadisnya bahawa sekiranya ada manusia yang memuji kita, hendaklah kita mengambil pasir lalu melontarkan pasir ini ke muka orang yang memberi pujian ini. Hadis ini sungguh menjelaskan bahawa manusia tidak boleh menerima dan memberi pujian kerana segala pujian hanya milik Allah semata-mata.
Perbuatan yang ikhlas adalah amalan yang diterima Allah yang iaitu perbuatan yang langsung tidak mencari pujian dari manusia dan semata-mata mencari redha di sisi Allah semata-mata.
Pernahkah kita terfikir, yang kita ini sentiasa diuji? Pernahkah kita terfikir, semakin banyak ilmu kita, semakin banyak beribadah kita, semakin kaya kita, semakin berpangkat kita, semakin berkuasa kita, semakin banyak ujian yang perlu kita hadapi. Kadang-kala kita terlupa yang kita sedang diuji. Kita dengan tidak sengaja menjadi riak dengan ilmu, kuasa, duit yang kita ada sedangkan itu semua adalah pinjaman semata-mata.
Aku kesal dengan diri aku sendiri sebab adakalanya aku lupa perkara-perkara tersebut. Aku lupa yang dunia ini sementara dan aku riak. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu ini. Janganlah disebabkan ilmu yang aku ada sekarang ini membuatkan aku riak dan tidak boleh menerima pandangan orang lain. Janganlah disebabkan harta yang aku ada sekarang ini membuatkan aku riak dengan menunjuk-nunjuk pada kenalanku sedangkan masih banyak golongan-golongan yang miskin perlu dibantu. Janganlah disebabkan pangkat yang aku ada ini menjadikan aku riak dan sombong dengan sesama manusia yang memerlukan pertolonganku. Wahai kenalanku, tegurlah aku jika aku lupa, tegurlah aku jika aku leka.
Aku bersyukur kepada-Mu kerana menemukan aku dengan kenalan-kenalan yang dapat mengingatkan aku. Aku sangat tertarik dengan kata-kata yang ditulis oleh seorang insan bernama Wani Ardy. "Ya Allah Ya Tuhanku, di setiap inci bilamana aku meninggi diri, membangga diri, membesar diri, aku mohon Kau jatuhkan aku, sakitkan aku, susahkan aku, hingga aku rendah semula ke tempat asalku. Kekalkanlah aku dalam kesedaran bahawa semua ini pinjaman yang tidak lama lagi akan ku pulankan. Amin ya rabbal alamin." -WNRD.
No comments:
Post a Comment