Wednesday, February 26, 2014

Review - Cuak

(Gambar dari garangpictures.com)

Mungkin aku agak terlewat untuk buat review pasal filem Cuak ni. Tapi bukan ada orang kisah pun sebab aku bukannya pengkritik bertauliah seperti yang dikehendaki oleh salah seorang penerbit di negara kita untuk mendapatkan pandangan dan kritikan. Aku hanyalah penonton dan penyokong filem negara kita yang menarik. Ulasan aku sekadar apa yang aku faham, dapat, lihat dan tersemat di dalam hati aku setelah menonton filem yang aku ulas ini. 

Aku telah menonton filem Cuak ini pada Sabtu lepas di TGV Wangsa Walk disebabkan waktu dan tempat tayangan untuk filem ini sangat terhad. Jadi, setelah membaca komen-komen di Twitter yang aku rasakan adalah pencinta filem negara Malaysia ini, jadi tanpa membuang masa, aku terus cari ke pawagam untuk mencari tiket. 

Seperti yang aku jangkakan, filem Cuak mempunyai persamaan dengan filem Kolumpo iaitu apabila aku tiba di pawagam, hanya aku dan 3 pasang couple sahaja yang berada di dalam pawagam tersebut. Sangat menduka citakan! Apa boleh buat, rakyat di negara kita lebih gemarkan filem yang dibarisi oleh pelakon yang sudah terkenal dan cerita yang 'ringan'. Sebab itulah penerbit yang berjaya adalah penerbit yang menerbitkan filem mengikut citarasa penonton tanpa memikirkan karya yang dihasilkan. Sungguh mengecewakan!

Pada pandangan aku, Cuak adalah filem yang sangat berkualiti untuk ditonton oleh masyarakat di negara kita kerana ia mengisahkan masyarakat yang berbilang bangsa. Tahniah buat kelima-lima pengarah tersebut. 

Cuak mengisahkan satu pasangan campur (berbangsa Melayu dan Cina) yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka. Dalam perjalanan hendak melangsungkan perkahwinan tersebut, bermula la kisah flashback di antara Adam (pengantin lelaki) dan Brenda (pengantin perempuan). Di antara perkara-perkara penting yang berlaku disepanjang flashback tersebut yang masih berada di dalam ingatan aku adalah :

Pandangan rakan-rakan Adam berkenaan perkahwinan.
- Setiap rakan-rakan Adam mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan dengan perkahwinan. Jadi, terpulang kepada anda untuk menilai setiap pandangan yang diberikan.

Pertengkaran Adam dan Brenda berkenaan isu laungan Azan di Penang.
- Aku sangat suka scene ini dan kaedah penyampaiannya kerana seperti apa yang berlaku, Adam memberikan pendapat kenapa dia menyokong supaya laungan Azan tidak dibenarkan di Penang sedangkan Brenda sebaliknya. Aku terus muhasabah diri aku ini jika perkara ini benar-benar berlaku. Brenda yang baru mempelajari Islam sangat bersungguh-sungguh memahami Islam sedangkan Adam yang lahir-lahir telah Islam tetapi sangat tidak mengambil berat tentang Islam.

Ujian-ujian yang diberikan oleh ayah Brenda.
- Scene ini pula ada yang kelakar dan ada yang serious. Di antara message yang mungkin hendak disampaikan oleh pengarah adalah supaya kita jangan cepat berperasangka buruk ke atas seseorang itu. Kita juga perlu bertolak ansur di antara satu dengan lain.

Abang tiri Adam yang psiko.
- Paling aku suka tentang pelakon Adam dan Brenda ini adalah part Adam yang berada dipangkuan Brenda menunggu saat ditembak oleh psiko. Scene ini aku tak dapat lupa sebab mimik muka dan penghayatan kedua-dua pelakon sangat real!

Itu adalah di antara scene-scene yang aku ingat sampai harini walaupun dah beberapa hari aku tengok. Sebenarnya selama lebih kurang 2 jam waktu tayangan, boleh dikatakan setiap minit sangat bermakna dalam filem Cuak ini. Aku rasa sangat berbaloi menonton filem Cuak ini. Terima kasih untuk pengarah-pengarah filem Cuak ini untuk suatu filem yang sangat berkualiti. Tahniah juga kepada para pelakon yang tidak berapa nak ramai tapi berjaya mempersembahkan lakonan yang mantap dan penuh penghayatan.

Kepada yang masih belum menonton filem ini, cubalah cari lagi jika masih berada di pawagam. Kalau dah tiada, cubalah cari DVD yang original nanti. Support filem yang berkualiti bagi memastikan mereka ini dapat teruskan berkarya. 

No comments: