Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Esok tanggal 16 Mei 2012 merupakan sambutan Hari Guru di Malaysia. Kebanyakkan sekolah pada hari guru  biasanya akan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti bagi meraikan hari ini. Cara sambutan hari guru dari dahulu sehingga sekarang mungkin tidak banyak berubah cuma mungkin murid-murid yang meraikan guru-guru mereka tidak lagi semeriah zaman aku sekolah dahulu.

Zaman aku dulu iaitu sekitar tahun 1989 ke 2000, guru-guru sangat diraikan oleh pelajar-pelajar mereka. Ini mungkin disebabkan ketika zaman aku dulu, teknologi IT ini masih belum berkembang. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih banyak menghabiskan masa mereka di alam realiti berbanding sekarang pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di alam maya dan semakin kurangnya komunikasi di antara pelajar dan guru. Di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ketika aku sekolah rendah dahulu, pelajar-pelajar akan membawa pelbagai makanan untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan guru. Seterusnya guru dan pelajar akan membuat beberapa persembahan untuk meraikan guru-guru. 

Mungkin keadaan sekarang sudah berbeza kerana murid-murid sekarang kelihatan agak kurang meraikan guru-guru mereka. Mereka lebih gemar menghabiskan masa di alam maya seperti di 'social network' dan 'chatting'. Mereka lupa akan kehadiran dan pengorbanan guru ini. 

Sama juga untuk guru, iaitu guru pada zaman dahulu dan zaman sekarang banyak berbeza. Mungkin bukan semua guru tapi kebanyakkannya sudah tidak sanggup berkorban masa, tenaga dan penat lelah untuk murid-murid mereka zaman sekarang ini. Tidak seperti zaman aku pelajar dulu, beberapa orang guru yang pernah mengajar aku dulu, banyak bekorban untuk mendidik aku menjadi anak bangsa yang berguna. Di antara guru-guru yang banyak meninggalkan kesan dan sentiasa dalam ingatan aku adalah :

Cikgu Rogayah
- Cikgu Rogayah merupakan cikgu kelas aku ketika aku darjah 1. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah ketegasan beliau dalam mendidik anak murid beliau. Cikgu Rogayah akan mencubit perut pelajar jika pelajarnya melakukan kesalahan yang agak berat. Mungkin jika pelajar sekarang dicubit, confirm mak bapak mereka akan saman cikgu itu. Tapi pada aku, itulah cara terbaik untuk mendidik para pelajar.

Cikgu Azilina
- Cikgu Azilina merupakan cikgu kelas aku ketika aku darjah 6. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah pengorbanan masa beliau dalam mendidik anak murid beliau. Cikgu Azilina akan membuatkan kelas tambahan pada hari Sabtu di rumah beliau sendiri bagi membantu pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk membayar kelas tution. Bayangkanlah, masa itu Cikgu Azilina tidak meminta aku dan rakan-rakan walaupun sesen untuk mengadakan kelas tersebut. Siap cikgu menyediakan makanan bagi memastikan keselesaan pelajar-pelajarnya.

Cikgu Azman
- Cikgu Azman merupakan cikgu Fizik ketika aku form 5. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah cara beliau mengajar pelajar-pelajar. Cikgu Azman hanya akan membawa sebatang pen untuk menandatangan kedatangan pelajar-pelajar. Beliau akan memberikan penerangan berkaitan subjek fizik dengan hanya mengaplikasikan subjek fizik dengan kehidupan seharian. Pada pandangan aku dan rakan-rakan, beliau merupakan cikgu yang sangat mementingkan supaya pelajar-pelajar faham apa yang diajar berbanding dengan cikgu yang hanya mementingkan pelajar untuk lulus pada peperiksaan.

Cikgu Lilis Surihani
- Cikgu Lilis merupakan cikgu Fizik ketika aku berada di matrikulasi. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah cara beliau menarik minat pelajar-pelajar untuk meminati subjek fizik. Beliau sentiasa menganggap pelajar-pelajar seperti rakan-rakan sehingga membuatkan pelajar senang dengan beliau. 



Sebenarnya masih banyak lagi guru-guru yang telah banyak memberikan impak yang besar dalam hidup aku cuma nama-nama guru yang aku senaraikan tadi merupakan guru-guru yang sentiasa dalam ingatan doa aku. Semoga masih ada lagi guru-guru seperti mereka ini. Dan kepada rakan-rakan aku yang telah menjadi guru, aku tujukan video di bawah ini untuk renungan anda semua. Dan kepada murid-murid, hargailah jasa dan pengorbanan guru-guru anda.



2 comments:

Nurhazlinda Mazlan said...
This comment has been removed by the author.
Nurhazlinda Mazlan said...

Salam. Im looking for my ex school teacher. Darjah 6 cikgu i pon cik Azilina. Sekolah kebangsaan gombak setia..I wonder if we had the same teacher