Saturday, July 2, 2011

Kenapa Baca Blog Orang Lain??


Since TV3 sibuk bercerita & berkempen pasal Lynas, aku pun merajinkan diri Google pasal Lynas ni. Kalau tak silap, sampai 3@4 hari Buletin Utama cerita pasal Lynas. Nak cerita technically pasal Lynas memang aku tak tahu sebab bukan dalam skop kerja aku. Tapi before TV3 sibuk bercerita pasal Lynas ni, aku dah dengar dah since memula kerja-kerja tanah nak start kat Pahang tu. Setelah baca dari banyak sumber, yang paling menarik & mudah difahami adalah kat BlogAriff. Sila click di link tersebut.

Topic hari ini bukan pasal Lynas ye sebab as I said earlier, bukan bidang aku. Kali ni nak bercerita pasal kenapa baca blog orang lain? Sebabnya, masa tengah Google pasal Lynas, banyak dah blogger-blogger tulis pasal Lynas ni, so banyaklah blog orang lain yang dibaca.

NAK DAPATKAN INFO

Dengan zaman technology & dunia tanpa sempadan ni, manusia boleh dapatkan info apapun dengan menggunakan search engine seperti Google, Yahoo, Microsoft, AOL, etc. Cuma adakah info tu betul @ tak, manusia sendirilah yang kena fikirkan. Sebab tu kita dianugerahkan akal fikiran.

SEBAB MINAT KAT PENULIS BLOG TERSEBUT

Biasa lelaki jarang lah baca blog orang lain sebab ni. Biasa perempuan memang sebab ni. Sebagai contoh blog yang ramai orang tau la, HanisZalikha. Orang ramai baca blog dia sebab orang minat gaya dia, cerita dia, etc. Kalau tak, takkan lah ranking Google Search HanisZalikha la tinggi dari Siti Nurhaliza.

DAPAT INFO SECARA SANTAI

Kalau kita baca blog orang lain, compare dengan kita baca kat Wiki, blog lebih santai. Kalau info kat blog, walaupun tak detail macam kat Wiki tapi blog penulisannya lebih santai & tak skema. Dengan susunan ayat yang mudah difahami, ditambah pula dengan gambar yang di captured oleh camera DSLR @ camera handphone, info yang diperolehi kelihatan lebih menarik.

MENGISI MASA LAPANG / RUTIN

Orang yang rajin membaca ni atau yang banyak masa dihabiskan depan laptop ni, biasa akan suka baca blog sebab apa lagi yang nak dibuat kalau dah mengadap laptop berjam-jam lamanya. Kekadang tu, daripada 1 blog, ke blog yang lain. Sebab selalunya penulis blog ni rajin bagi link blog orang lain atau kawan blogger tu. Secara tak langsung, orang tu akan baca dari 1 blog ke blog yang lain untuk isi masa lapang depan laptop tu.

NAK DAPAT IDEA TULIS BLOG SENDIRI

For me, baca blog orang lain adalah untuk dapatkan idea tulis kat blog sendiri. Sebenarnya idea banyak, cuma gaya penulisan, kaedah persembahan, & penyampaian tu je masih perlu diperbaiki dengan banyaknya. Sebab tu baca blog orang lain. Untuk menjadi penulis blog yang baik pun lebih kurang nak jadi penyampai berita @ radio gak. Cuma penulis blog ni tak perlu berhadapan dengan camera @ microphone. LOL!!

Disebabkan masih banyak kekurangan dari segi idea, kaedah penyampaian kat TrueStory ni, sebab tulah kena rajin baca blog orang yang lain. Mana tau, kot-kot someday nanti blog TrueStory ni jadi Google Search yang antara hits tinggi macam blog-blog lain tu. LOL!! Hidup kena positive. "Life can be hard at times, but you gotta keep your head held high and stay positive. Never let anyone bring you down." - Quote.

1 comment:

sekamar rindu said...

salam..

nak dapatkan pelbagi maklumat..