Kejap ni baru je habis match Malaysia vs Taiwan di Stadium Bukit Jalil.
The result is Malaysia 2 - 1 Taiwan.
2nd match kat Taiwan this becoming Sunday. All the best to Malaysia.
Memula tadi terfikir juga nak pergi ke Stadium Bukit Jalil tapi memandangkan sampai rumah dah lewat, mata pun mengantok, so tak jadilah pergi ke stadium. Banyak alasan yang boleh diberikan kalau orang tanya kenapa tak pergi stadium tengok Malaysia vs Taiwan tadi. Walaubagaimana pun, still ramai supporter yang datang tadi. Congratulation to all Malaysian!
Ok, kenapa tak pergi stadium tengok Malaysia vs Taiwan tadi?
PERLAWANAN HARI BEKERJA
Memandangka
n perlawanan berlangsung pada hari Rabu, merupakan hari bekerja, agak sukar untuk menghadirkan diri ke stadium kerana kesuntukan masa. Balik kerja dah pukul 5.00 pm. Sampai rumah lebih kurang jam 6.00 pm. Plus jalan nak ke stadium jem lagi, itulah yang membuatkan tak pergi stadium.
HARGA TIKET
Memandangkan prestasi bola sepak Malaysia masih belum stabil, adalah sewajarnya harga tiket direndahkan sedikit bagi menggalakkan lebih ramai penyokong datang ke stadium. Grandstand RM 30 ke RM 20. Terbuka RM 20 ke RM 15. Kanak-kanak bawah 12 tahun percuma. Tiket yang mahal juga merupakan alasan untuk tak pergi ke stadium.
ADA LIVE DI ASTRO ARENA
Bagi peminat yang tak fanatic ni, dari pergi ke stadium baik tengok kat TV je sebab lebih selesa. Agak-agak kalau kalah, boleh tidur terus. Tak perlu bersesak nak beratur beli ticket, beli burger yang hanya roti burger & daging yang tak seberapa masak, Q panjang nak keluar stadium, etc.
SEBAB JERSEY MALAYSIA COLOR KUNING
Memandangkan dengan keadaan yang agak kritikal sekarang ni, sesiapa yang pakai baju kuning kena tangkap, sebab tu tak pergi tengok bola kat stadium. Kat rumah polis tak tau pakai baju color kuning ke tak. Haha! Nanti tak pasal-pasal masuk lockup pulak.
Sebenarnya apa yang dituliskan kat atas tu semuanya alasan-alasan yang boleh dibuat kalau orang tanya kenapa tak pergi stadium tengok Malaysia tadi. Sebab cuba kalau Man Utd, Liverpool, Arsenal etc, orang sanggup beli ticket mahal, beratur panjang untuk pergi ke stadium. Menonton match bola sepak ni kat stadium dengan kat TV memang tak sama. Walaupun stadium tak selesa, tapi disebabkan suasana tu membuatkan menonton bola kat stadium lagi best. Sebenarnya aku memang nak pergi tengok Malaysia vs Taiwan tadi kat Stadium Bukit Jalil tapi disebabkan dah lewat & mengantok, tulah sebab utama aku tak pergi ke stadium. Marilah sama-sama kita support football team kita.
Malaysia adalah tanah tumpahnya darahku. Siapa lagi yang nak support team Malaysia kalau bukan rakyat Malaysia sendiri.
Majulah sukan untuk negara.
No comments:
Post a Comment