Dapat idea untuk tulis ni sebab baru balik dari TGV Wangsa Walk. Tadi disebabkan nak jadi orang 1st yang tengok cerita Transformers : Dark of The Moon, so bersemangatlah beli ticket mid-night pukul 1205 am. At 1st takde pulak terfikir nak tengok malam ni, sebabnya esok hari kerja tapi disebabkan atas sebab-sebab tertentu, gigihkan mata untuk tengok malam ni juga. Siap tengok 3D lagi tu. (Sebenarnya sebab ticket yang normal sold out)
Ok, sebab apa tengok movie masa 1st day kat wayang??
SEBAGAI FAN SETIA UNTUK MOVIE
Untuk menunjukkan someone tu fans untuk sesuatu movie tu, biasanya dia akan sanggup berebut, beli ticket awal, beratur panjang just untuk jadi orang 1st tengok movie tu, especially kalau movie tu ada sambungan. Contohnya macam movie Transformers, Pirates of The Carribbean, Harry Potter, etc.
TIDAK MAHU ORANG LAIN BAGITAU SPOILER MOVIE
Manusia ni kekadang yang jenis suka bercerita. Bila dah tengok je movie tu, nak pulak yang Box Office, habis semua detail movie tu dia bagitau. Ibarat kalau tak tengok movie tu pun dah boleh tahu jalan cerita la dibuatnya. Kalau jadi penonton 1st, kita tak perlulah mendengar cerita daripada director yang tak bertauliah ni.
BOLEH BERLAGAK DENGAN ORANG LAIN
Bila dah jadi penonton 1st, esoknya bolehlah berlagak dengan member-member lain yang belum tengok. Hahaha!! Bolehlah jadi pencerita sukarela. Ayat yang biasa orang guna, "Rugi tak tengok, best gila cerita ni". Tu dah memang jadi ayat standard la, walaupun cerita tak seberapa.
KEPUASAN
Dapat jadi orang yang 1st tengok movie baru ditayangkan memang menjadi kepuasan bagi mereka yang hobby tengok wayang @ movie. Kepuasan tu dapat bila dia dah beratur panjang nak beli ticket, bersengkang mata sebab tengok mid-night, lepas habis movie barulah dia dapat kepuasan tu.
DAPAT JUMPA ARTIS
Biasanya kalau Malay Movie yang baru 1st day tayangan, sometime ada tayangan bersama pelakon-pelakon movie tersebut untuk mempromosikan movie yang diorang belakon. So kalau bernasib baik, promotion tersebut dibuat di pawagam yang kita tengok, silap-silap dapat la bergambar dengan artis.
Sebagai salah seorang yang suka tengok movie masa 1st day ditayangkan, (tengok juga movie apa) nak promote movie Transformers : Dark of The Moon sikit ni sebab dah tengok tadi. Memang 5 stars la. Story-line mantap, action banyak, graphic cun (maybe sebab 3D), suspend. Kesimpulannya tak rugi tengok. Jangan lupa support our local film juga, 'Tolong! Awek Aku Pontianak' yang akan ditayangkan dipawagam tak lama lagi. (Cewah, padahal sebab ada Sazzy Falak) Hahaha!!
4 comments:
terus update lps blk tgk wayang ... demn it :p
Hahaha!! Tetiba semangat baru la nak rajinkan balik diri menconteng di blog... Apa cite blog ko pun xupdate ni.. ehehe!!
nak kena update gk ker ... aku mls siut huhu .. nak menulis gk tp rs mcm tk menarik jer huhu
Haha!! tulis je mcm buat karangan dulu2.. hehe!!
Post a Comment