Sunday, June 26, 2011

Kenapa Tulis Blog???

Dah lama tak tulis blog. Dah dekat 2 tahun tak update apa-apa. Nak kata busy sangat, takde pun. Tapi kekurangan idea. Setelah sumber inspirasi pun dah tak jumpa, lagi la malas nak update. Don't get wrong, sumber inspirasi aku kat AkuBetul ni ha. Sebab dah jarang lepak dengan dia, so aku pun takde idea nak update. Sekarang ni rajin baca je.

Ok, sebab apa tulis blog?

SUMBER PENDAPATAN

Daripada iklan yang boleh dimasukkan dalam blog, kita boleh dapat site income yang banyak kalau banyak visitor. Sebagai contoh, blog Hanis Zalikha, Blog Serius & banyak lagi la.

BERKONGSI ILMU

Manusia ni kedang-kadang ada banyak ilmu tapi ada setengahnya tak berani untuk berkongsi ilmu didepan orang ramai, so dia share la kat blog. Sebagai contoh, karyawan-karyawan & seniman-seniman indi ni.

TEMPAT MELUAHKAN PERASAAN

Ohh... Ini yang paling ramai orang buat rasanya. Dengan kecanggihan zaman teknologi ni, orang tak tulis diary ni dah. Tapi beware sebab kalau luahkan perasaan kat blog ni la paling bahaya. So kepada yang suka meluahkan perasaan kat blog, hati-hati la. Takut-takut orang salah gunakan apa yang diluahkan.

MENGISI MASA LAPANG

Ada setengah yang rajin mengadap PC @ Laptop 24/7 tu, selalunya la mesti ada blog takpun zaman sekarang ni FB. Yang mana lebih user friendly, yang tu la ramai orang akan buat coretan menggunakan PC mereka. Kalau tak, masakan someone tu boleh duduk mengadap PC sampai 24 jam selain dari buat kerja.

MEMPROMOSIKAN PRODUK YANG DIHASILKAN

Salah satu cara mempromosikan produk yang dihasilkan tanpa menggunakan modal, adalah blog. Sebagai contoh, MR OS Chalet pun promote kat blog dan banyak lagi seperti Herbalife.

MENCERITAKAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Last kali, yang ni adalah salah satu sebab aku tulis blog ni. Dan punca aku rasa macam bagus tulis blog ni sebab, tadi aku baca blog pakcik ni, lepas tu bila nak comment dia private. So hanya yang ada blog, or mana-mana link je yang boleh comment. Aku pun terlink la dengan blog aku. Then aku pun bacalah balik apa yang aku pernah conteng kat blog aku ni. Banyak juga aktiviti yang pernah aku buat dulu-dulu. Sebagai contoh, pergi wedding, pergi bercuti, pergi makan-makan, family gathering. So bila aku fikir balik, at least ada jugak kenangan @ sejarah yang boleh aku ingat.

Sejarah sangat penting sebab selalunya SEJARAH AKAN DITULIS OLEH YANG MENANG JADI SEJARAH SEBENARNYA DICIPTA OLEH YANG MENANG. Tapi sejarah hidup kita akan sentiasa benar sebab kita yang tulis sejarah kita.

1 comment:

m2b said...

update la sokmo ye...:)