Alhamdulillah hari ni dapat idea nak buat posting yang bertajuk, Masuk kandang lembu...'menglembu', Masuk kandang kambing...'mengambing'. Dapat idea ni setelah ternampak ayat ni di alam cyber ni. Maksud bagi pepatah di atas adalah, apabila kita berada di sesuatu tempak, kita akan mengikut rentak @ cara @ budaya di tempat berkenaan.
Bila saya fikirkan balik, perlukah kita mengikut pepatah tu? Ada kebaikan dan keburukan kalau kita ikut pepatah tu. Kalau tiada kebaikan, mesti pepatah tu tak wujud.
Pada pandangan saya, jika kita mengikut pepatah tu kebaikannya ialah orang akan senang menerima kita walaupun pada hakikatnya agak susah untuk kita menyesuaikan diri kita.
Sebagai contoh, seorang guru datang melawat rakannya di pejabat peguam. Secara generalnya, guru adalah pendidik manakala peguam adalah seorang yang melibatkan dengan undang-undang. Sekiranya guru itu mempunyai pengetahuan berkenaan undang-undang dan mempunyai pengetahuan isu semasa yang melibatkan undang-undang, dah pasti rakan kepada rakan guru berkenaan agak senang untuk bersembang dengan guru berkenaan.
Keburukannya pula, kadang kala apabila kita terlalu memaksa diri kita untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di mana kita berada ia akan menyebabkan kita hilang idea untuk berinteraksi dan kadang kala apa yang kita cuba sesuaikan itu menyebabkan orang benci pada kita.
So kesimpulannya, general knowledge sangat penting untuk kita Masuk kandang lembu...'menglembu', Masuk kandang kambing...'mengambing'. Rajin-rajin la membaca. Macam kempen membaca la pulak. Hahaha!!
No comments:
Post a Comment