Tuesday, July 1, 2008

Cuti-cuti Malaysia di Pulau Perhentian

Bosan tul dengar cerita kat Malaysia ni. Macam-macam cerita ada. Pasal politic kes Anwar Ibrahim liwat la, pasal kes Najib dengan kematian Altantuya la, harga minyak naik, barang naik. Ish! Bosan kalau fikir semua tu. Tapi nak tak nak, kena gak la amek tahu semua tu. So kepada sesiapa yang bosan dengan semua tu, baik la korang pergi bercuti kat Pulau Perhentian. Best sangat2!! Menenangkan fikiran korang semua.

Actually aku dah pergi Pulau Perhentian ni 16 Mei 2008 lagi tapi baru sekarang ni lak rajin nak update blog ni. Hehe! Dah tak tau nak buat apa sejak minyak dah naik ni. Dok umah je la. Haha!

Ok, berbalik holiday aku kat Pulau Perhentian ni. Kitorang bertolak malam 16 Mei 2008 tu. Lebih kurang jam 9 malam la. Aku tumpang Kak Eija malam tu sebab malas nak tinggal kereta kat office. Sampai Terengganu subuh, kitorang singgah solat kat Masjid Kristal. Lepas tu kitorang pegi jalan2 kat area Kuala Terengganu.

Esoknya pulak kitorang pergi Pulau Perhentian. Bertolak kalau tak silap aku Ahad pagi tu. Sampai je pulau, ada yang terus mandi manda. Memang best gile la pulau ni. Bersih, putih and tenang. Kitorang check in kat Senja Bay. So sini memang banyak la aktiviti yang kitorang buat such as snorkeling, mencandak, mandi manda, tengok penyu and so on. Makan kat sini pun best gak! Orang2 kat sini pun best gak. Hehe! Kesimpulan nya memang best la kat sini. Kat bawah ni ada la sikit gambar-gambar masa kat Pulau Perhentian tu.

Balik dari pulau, kitorang pun singgah la beli keropok kat area Terengganu tu. Semua borong abes la. On the way balik tu, singgah makan. So apa lagi, jom cuti-cuti Malaysia. Where I want to go next?? Wait and see!

5 comments:

Anonymous said...

The nice thing with this blog is, its very awsome when it comes to there topic.

Anonymous said...

best x g ganu?

Penulis Biasa said...

dak ganu,
best la gak..tp kalo ada org tu belanje lg best!!hehe!!

Anonymous said...

hello, first time singgah!

so interested with perhentian since i'll be there next two weeks!!

Macam best jek!! =)

Anonymous said...

bad nk sape belanje lg best ni erk???daq ganu kenal x?