Wednesday, July 9, 2008

Makan bola, tido bola...

Euro 2008 dah habis. Sepanyol dah pun jadi juara. Semua peminat team masing-masing dah pun tahu siapa juara, siapa kalah awal, siapa kalah semi. Bagi aku Spain memang deserve untuk jadi champion la. Dengan team work diorang, skill, semua pun lengkap la. Final Euro 2008 Germany vs Spain dengan result 0-1. Satu goal yang torres score tu memang lawa la. Walaupun satu goal je, tapi games memang best la. Congratulation untuk Spain.


Dah sekian lama aku tak tengok bola sepak Malaysia, 21 Jun 2008 hari tu, Final Piala FA, Selangor lwn Kedah, aku pun turun la tengok disebabkan pakcik aku belanja tiket. Hehe! Kalau tak, maybe aku tak pergi la. Aku pergi dengan family pakcik aku & shuhail. Budget Selangor boleh menang la game ni. Tapi malang tul, minit 1st lagi Selangor dah kena sebijik. Huhu! Final score, Selangor kalah kepada Kedah 2-3. Tension je. Selangor main best dah tapi, defend teruk gile! Sengal tul. Dah la ramai penyokong yang datang. Kalau la Selangor ni main macam tahun 90an dulu, mesti stadium sentiasa penuh je.

Pastu 6 July 2008 baru ni, ada The Sultan of Selangor's Cup 2008. Yang ni pun aku tengok gak sebab dapat tiket free lagi. Hehe! Nasib baik la yang ni Pilihan Selangor menang. Memula veteran Selangor kalah penalti 8-9 lepas seri 1-1 dengan Singapore tapi nasib baik la Pilihan Selangor menang lepas seri 2-2 dengan Singapore, Selangor menang penalty 4-3 kalo tak silap aku.

Kesimpulannya, Malaysia kena la tingkatkan mutu permainan kalau nak banyak orang yang datang stadium. Kalau pasukan negeri mana-mana pun main best, sure ramai yang datang.

4 comments:

cash advance said...

I like your blog.


cash advance

daq ganu said...

jgn bad jdi bola sudahala yerr...

Dalilawati Zainal said...

akhirnya..ter "update" gak blog ni...hehe...

Badrul Hisham said...

daq ganu,
haha!!insyAllah tak jd bola..

chu,
hehe!!tula, takde idea nak tulis sebenarnye..tu yg tak ter update tu..hehe!!