Monday, November 26, 2007

2 weeks at Tanjung Malim

Pejam celik-pejam celik, dah 2 minggu aku pergi kursus. At 1st macam bosan je kat sana. Mana taknya, 1st week tu asyik dengar taklimat je. Dari pagi sampai ke malam pulak tu. Dahla tiap kali taklimat muka aku dengan ijat yang lambat. Haha! Tapi bab makan kat sini memang best! Mana taknya, sehari 6 kali makan. Huh! Sampai bila aku start keje balik je ada makcik ni cakap pipi aku dah berisi. Hehe! Macam tak percaya je.

Aku & Ijat (merangkap roomate aku)

For the 2nd week nya pulak, baru la best sebab dah takde taklimat. Semua kerja-kerja kat luar pulak. Class pulak abes petang. Abes class je terus g gym, main futsal, tak pun ping pong, kekadang tu badminton. Kalau ramai yang mandi kat swimming pool, aku pun join la. Malamnya apa lagi, karaoke la. Haha! Ops!! Aku join je, aku tak nyanyi pun. Maklumla, suara tak sedap. Hehe! 2nd week ni memang best la sebab semua dah sekepala.

Kanak-kanak riang bermandi-manda

Malam last tu, sebelum kitorang balik daerah masing-masing, kitorang buat dinner. Makanan memang best! Makan nasi putih, lauk ikan siakap, sotong tepung, telur bungkus, kailan.

Esoknya, lepas majlis penutup, kitorang pun balik. Sedih gak la sebab semua macam adik beradik dah walaupun 32 orang tapi keakraban tu memang tak dapat dinafikan. Huhu!

1 comment:

SyAZwAn RoSmAn said...

swimming tu in tanjong malim perak ke?