Monday, December 3, 2007

Berkelah ni Hutan Lipur Berkelah

Finally, dapat gak aku gambar masa aku pergi berkhemah di bulan Syawal. Sekian lama aku mintak dari faizal, baru dapat semalam ni. Tu pun si Azli yang bagi. Susah payah aku menawan Air Terjun Berkhelah ni. Aku pun tak ingat dah bila time kitorang pergi berkhelah ni. Tapi yang pasti dalam bulan Syawal la. Asalnya apa yang Azli bgtau kat aku, dia ajak aku beraya umah dia masa last week bulan Syawal tu so aku pun on je la. Sekali, on that day, awek azli ni call aku suruh tengok-tengokkan azli ni. Aku pun jadi pelik la. Rupa-rupanya si azli ni memang plan nak pergi berkhemah dulu before beraya umah dia.

Kitorang bertolak masa tu hari jumaat lepas keje. Yang pergi masa tu, aku, azli, fendi bob, nasrul & faizal. Diorang semua datang umah aku petang tu. Bertolak dari umah aku lebih kurang pukul 730 petang. Lepas tu sampai sana dalam pukul 11 lebih la sebab hujan masa kitorang on da way pergi sana. Sampai-sampai sana gelap gelita. Sampai je terus tido.

Kat sana kitorang makan ayam panggang, sosej, roti cicah sardin & air teh tarik. Hehe! Semua masak menggunakan apa yang ada dalam hutan tu. Yang paling best pasal makan ni, masa kitorang tengah panjat puncak air terjun tu, fendi bob cakap dia nak masak sardin tu, skali time dia dok sorang-sorang tu ada biawak besar datang. Haha! Dia punya la cuak sampai tunggu kitorang dalam air. Tu memang aku takkan lupa sampai bila-bila la. Hehe!

Yang sampai ke puncak paling atas tu, aku, azli, nasrul & faizal. At 1st aku macam tak berani. Hehe! Mana tak nya, curam gila batu-batu tu. Dah la daki pakai selipar je. Huh! Tapi bila dah sampai ke puncak tu, terasa nak pergi tawan puncak air terjun lain la pulak. Hehe! Memang best la! Hopefully lepas ni ada lagi la planning macam ni.



No comments: