Sunday, April 13, 2008

Cuti-cuti Malaysia di Gua Tempurung


5 April 2008, buat 1st time nya aku sampai kat Gua Tempurung ni. Memang best la pergi sana. Tak rugi. Nak nya yang pergi lak semua sekepala. Huh! At 1st, aku macam malas nak pergi sebab this month banyak guna duit sikit. So malas nak pergi. Tapi disebabkan ayat 'power' Raja Rangka ni, aku pun join la gak. Hehe!

Aku sampai sana lebih kurang kul 8 malam la. Sebab aku, edy dengan nasa gerak lambat. Yang lain semua gerak tengahari. Sampai-sampai je terus makan BBQ. Memang best la. Hehe! Malam tu kitorang sembang-sembang la. Sebab lama tak jumpa, banyak lak cite masing-masing. Lepas tu, lebih kurang kul 12 ramai yang dah tido sebab penat. Kitorang bermalam kat chalet 1 km dari Gua Tempurung tu.

Esok pagi nya, kitorang mandi kat air terjun mana pun aku tak tau la. Lebih kurang kul 9, kitorang sampai kat Gua Tempurung tu. At 1st aku budget takde la teruk mana bila masuk dalam tu. Ingat macam jalan dalam Batu Caves je. Hehe! Sekali, memang challenging betul. Siap merangkak, mencangkung, masuk lubang, panjat tangga. Huh! Semua ada la. Memang penat la. Sesiapa yang tak pernah pegi, boleh la try. Memang best!

Lastly, aku rasa Malaysia ni memang banyak tempat yang boleh kita pergi. Tak payah pergi oversea pun takpe. Aku rasa tak sabar nak pergi mana-mana tempat yang aku tak penah pegi lagi kat Malaysia ni.

Jom Cuti-cuti Malaysia!!

2 comments:

Anonymous said...

kim salam kat kwn abg yg bdn sedap itew...

Dalilawati Zainal said...

wah...sakan bercuti2 msia...
ni cuti labour day ni nak ke mana pula?