Monday, September 17, 2007

Kuih Tart

Sempena bulan Ramadhan ni tak salah kalau aku nak tulis pasal kuih favorite aku kan. Hehe! Aku tulis ni pasal semalam mak aku baru bawa balik 2 bekas (aku pun tak tau nak bagi jodoh bilangan apa untuk kuih tart) . Actually dua-dua tu untuk bagi akak aku buat sample untuk dia jual kat office dia tapi sebab aku tengok kuih tart tu menyelerakan so aku pun cilok la satu. Hehe! Dah la kuih tart ni kuih yang paling aku suka sekali.

Gambar kat atas ni bukan aku yang snap tapi aku search kat internet. Kalau korang tengok gambar kuih tart yang mak aku bawa balik tu memang lagi menyelerakan la. Hehe! Before this masa mak aku ni tak pernah beli dari officemate dia ni aku selalu beli dari member aku kat Ampang, nama dia Izza. Perh!! Mak dia punya kuih tart memang best gile la!! Yang buat lagi best sebab tiap kali aku beli mesti mak dia bagi lebih. Hehe! Tu yang buat lagi best. Tapi lama tak beli dari dia dah.

Masa aku sekolah dulu aku takda la suka sangat kuih tart ni tapi sejak aku kenal member baik aku ni, Manoq. Dia la yang mengajar aku makan kuih tart ni. Haha! Lama tak jumpa dia dah. Bila teringat kat dia, mesti teringat kat satay sebab family dia meniaga satay kat pasar. Hehe! Kalau nak makan free, moh la datang. Hehe!

Sempena Bulan Ramandhan ni, aku nak minta ampun, minta maaf kalau ada tersalah silap. Halalkan makan minum. Semoga kita semua sihat selalu untuk berpuasa di esok hari.



5 comments:

ShaHiDa said...

best2 kuih nih...:)

Wafaa said...

aku suka buat kueh ni. acuan tak boleh terlebih gandum, nnt keras. jem buat sendiri lagi best tapi nak buang kulit nanas tu tak reti. mesti suh mak buangkan. hehe

Badrul Hisham said...

shahida,
ko reti ke buat kuih ni??erm..aku rasa mesti tak reti kan??haha!!

wafaa,
wah!! bagus la kalo ko reti..nnt masa ko kawen raya nnt, ko bg cuci mulut kuih ni la..insyAllah aku dtg ko kawen nnt tp bg la kad ek..

Wafaa said...

kenduri kawen mana ada orang hidang kueh tart wei.

kad dah dapat belom?

Badrul Hisham said...

wafaa,
ala, ko nye majlis kan sama dgn raya..so buat la kueh tart tu lebih sket..heheh!!

kad xdpt lg la..