Monday, March 26, 2007

Akademi Fantasia

Macam tahun-tahun sebelum ni, rakyat Malaysia mula menghabiskan duit diorang untuk sms artis-artis af yang tak seberapa kuailitinya. Masing-masing sanggup habis beratus mungkin beribu ringgit semata-mata untuk memastikan artis-artis kesayangan meraka terus kekal di akademi. Macam 4 tahun sebelum ni, artis lelaki jadi juara & this time pun macam dah dapat rasakan siapa yang bakal juara.

Gadaffi B Ismail Sabri @ lebih dikenali as Dafi, mempunyai ciri-ciri untuk jadi juara af5 ni. Walaupun tak mempunyai suara yang semantap M.Nasir @ Siti tapi semua tu tak penting untuk jadi juara af ni. Apa yang penting untuk jadi juara af ni hanyalah rupa, jantina, asal usul & perwatakan. Dafi ni memang mempunyai pakej yang cukup untuk jadi juara af5 ni. Dengan rupa yang ‘cute’, seorang lelaki, innocent cuma Dafi ni yang kurangnya dia tak berasal dari perkampungan je. Yang lain tu memang lengkap so tak mustahil la kalau Dafi jadi juara af kali ni.

Kita tengok je la af yang sebelum ni. Af1, Vince juara disebabkan dia seorang lelaki yang agak kacak, ditambah dengan innocent dia. Af2 Zahid, yang mempunyai perwatakan yang agak menarik (funny), ditambah pulak dengan chubby yang agak ‘cute’ pada pandangan perempuan. Af3 Mawi, seorang yang berasal dari kampung, perwatakan yang innocent. Lastly Faizal, seorang yang innocent, & berasal dari kampung. Aku bukan nak cakap diorang ni totally tak boleh nyanyi la tapi kalau nak compare sebenarnya banyak lagi yang lagi deserve untuk menang. Memang aku tak nafikan, semua pun boleh menyanyi tapi kalau kita nak compare dengan reality tv show yang lain, diorang ni jauh beza.

Kalau kita tengok Malaysia Idol, Jaclyn Victor, Dina both also have suara yang mantap. Kita tengok pulak Suki, Faizal One in a Million, dua-dua pun bukan je ada suara yang mantap tapi boleh buat konsert live yang boleh buat penonton puas hati. So kepada peminat-peminat af yang rajin sms tu, vote la kepada mereka yang patut menang. Jangan la judge sebab kan rupa seseorang artis tu. Vote la untuk bakal mereka.

3 comments:

Mr. Right said...

Aku rasa kalau penganjur realiti program betul2 jujur nak lahirkan bintang dan bukannya nak kaut keuntungan, mereka patut limitkan 1 sms sahaja untuk 1 number phone each week. Baru la betul2 adil.

Maknanya takdelah sorang peminat hantar beribu-ribu vote, or ada kes orang kaya sponsor prepaid card. Sekarang ni 2 anak datuk leading AF5, ops... ada kaitan ke?

for AF5 aku rasa Heliza and Shawal ada chance. Kalau ikut kualiti rasanya mereka berdua leading. Package pun tak lari jauh. So, rasanya antara dua ni akan menang. Dafi, budak sgt lah..!

NaSaSuKe said...

haha ..mls aku nak komen pasal AF ..even ckp nak bt perubahan utk kali nie ..tgk mcm lebih kurang jer

Badrul Hisham said...

Mr Right
wah, mana ko tau 2 anak datuk masuk af ni???huhu!! aku pun sokong Heliza..ops, kantoi tgk lak..haha!!

nasasuke
haha! biasa la tu..janji diorg untung cukup..semua perubahan semua utk benefit diorg gak..