Thursday, May 2, 2013

Undi calon ke parti?

Hari ini masih berbaki 3 hari lagi sebelum PRU ke 13. Bagi mereka yang 'penyokong setia', fanatik sudah pasti dah ada pilihan untuk di pangkah 5hb Mei 2013 ini. Tapi bagi mereka yang masih ragu-ragu, atas pagar, dan sentiasa berfikir sebelum membuat sesuatu, sudah pasti masih belum ada pilihan yang hendak dibuat pada hari Ahad ini. Ada yang di antara mereka masih ragu-ragu hendak buat pilihan yang mana satu hendak dipilih kerana di televisyen dan radio, sudah pasti semua maklumat yang disampaikan hanyalah dari sebelah pihak sahaja. Manakala di laman sosial, maklumat yang dapat diterima 50/50 dan kesahihan maklumat yang disampaikan boleh dipertikaikan. Jadi bagaimana hendak membuat keputusan? 

DAPATKAN MAKLUMAT CALON

Setiap kawasan terdapat paling kurang 2 calon yang bertanding. Ada sebahagiannya calon Parlimen sahaja, dan ada yang kedua-duanya sekali iaitu Parlimen dan DUN. Sebagai contoh :

P 116 - Wangsa Maju, 
Calon yang bertanding.
2. Tan Kee Kwong           - PKR

Jadi sebelum membuat pilihan, adalah lebih elok kita kenali siapakah kedua-dua calon ini. Kedua-dua mereka ini adalah calon baru bagi parti masing-masing kerana sebelum ini P 116 dimenangi oleh Wee Choo Keong (Bebas).

DAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI MENIFESTO PARTI

Kesemua parti akan menjanjikan yang terbaik untuk 'memancing' hati rakyat untuk memilih parti mereka. Jadi, kajilah menifesto yang dijanjikan oleh setiap parti samada relevant atau tidak. Contohnya menifesto untuk menurunkan harga kereta. Relevant kah? Apakah kaedah yang akan digunakan untuk menampung kos bagi penurunan harga kereta tersebut? Jika penurunan harga kereta itu akan memberikan implikasi kepada cukai pendapatan, adakah harus diturunkan harga kereta? Cuba tonton ini pula.


Banyak lagi menifesto yang dijanjikan oleh parti-parti yang bertanding.

LIHAT SENDIRI HASIL PEMERINTAHAN PARTI-PARTI YANG BERTANDING

Kita tidak perlu mendengar cakap orang lain kerana keputusan ditangan kita. Sebagai contoh di negeri Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan pernah diperintah oleh Barisan Nasional. Jadi bandingkan pemerintahan mana yang lebih baik dan memberi menafaat kepada SETIAP rakyat di negeri tersebut.

LATAR BELAKANG PARTI

Sebelum membuat pilihan, kita perlulah meneliti track record bagi parti yang bertanding. Sebagai contoh, parti Barisan Nasional telah memerintah negara Malaysia selama 55 tahun. Apakah sumbangan kerajaan kepada rakyat semasa di kerajaan di bawah pimpinan parti Barisan Nasional? Bagaimana pula dengan sumbangan kerajaan negeri kepada rakyat di bawah kepimpinan parti Pakatan Rakyat selama 5 tahun ini?

Barisan Nasional adalah gabungan UMNO, MCA & MIC yang telah menunjukkan 'keserasian' mereka manakala Pakatan Rakyat adalah gabungan PAS, PKR & DAP yang sering berlainan pendapat. Adakah 'keserasian' itu bagus atau perbezaan pendapat itu menjadikan lebih bagus?

Kesimpulannya. Bagi pengundi yang masih di atas pagar, cubalah buat pilihan yang terbaik. Undi itu hak anda. Perbezaan pendapat itu bagus. Aku tiada niat untuk menghasut kamu semua untuk memilih parti politik yang aku suka tetapi niat aku adalah supaya kamu semua pergi mengundi. Kita pasti biasa dengar ayat-ayat ini, 

"Aku mengundi pun, kerajaan bukan bagi aku apa-apa." 
"Aku punya undi tiada beri kesan pun pada negara."
"Aku undi ke, tak ke, aku macam ni juga."

Cuba kita sama-sama fikirkan, kita semua pernah menghadapi peperiksaan. Disebabkan 1 markah, kita mendapat pangkat A ataupun B. Disebabkan 1 markah, kita lulus ataupun gagal.

Cuba kita fikirkan juga, kenapa orang merungut harga minyak mahal, harga makan mahal, jalan sesak. Cuba kita fikirkan, apa sebab semua ini berlaku? Cuba fikirkan macam mana orang boleh ramai pergi ke masjid untuk majlis ilmu, macam mana kita boleh minat kepada majlis ilmu daripada konsert-konsert? 

Semua ini adalah disebabkan undi kita. Jika anda masih ragu-ragu dengan apa yang hendak anda pilih, buatlah solat istiqarah, minta untuk diberikan petunjuk. Jika anda umat Islam, pasti anda akan takut jika pilihan kita itu salah dan membawa negara kepada mudarat. InsyAllah, selagi niat kita memilih parti yang tujuannya untuk mendidik rakyatnya mengamalkan cara hidup Islam, kita terlepas daripada tanggungjawab tersebut. Biarpun perjuangan parti tersebut berlainan dengan apa yang dijanjikan, tapi niat kita hanyalah satu iaitu rakyat yang mengamalkan cara hidup Islam.

Akhir sekali, disebabkan tajuk aku adalah undi calon ke parti, biarlah penjelasan di bawah ini menjawab kerana masalah utama umat Islam di negara ini dalam memilih pada PRU 13 ini adalah seperti di bawah. Semoga penjelasan Dr Zaharuddin Abdul Rahman dapat memberi anda semua untuk membuat pilihan yang tepat pada PRU kali ini. Wa'allahualam.



No comments: