Tuesday, February 17, 2009

Politik di Malaysia...

Assalamualaikum kepada semua ahli2 politik...

Saya sebagai salah seorang daripada rakyat Malaysia yang tinggal di Negeri Selangor berasa sangat kecewa dengan keadaan politik di Malaysia...Kenapa politik kat Malaysia ni huru hara???Selepas kalahnya Barisan Nasional di 5 buah negeri, Kedah, Pulau Pinang, Perak (telah dirampas kembali oleh BN secara haram), Terengganu & Selangor, pelbagai cerita2 politik yang munuding jari, menfitnah, menyebarkan berita2 palsu, mengaburi mata rakyat Malaysia dengan mengeksploitasi television, radio, surat khabar dan sebagainya semata2 untuk merampas kembali negeri yang telah bertukar pemerintahan & menutup kemaluan yang telah disebabkan kerakusan ahli politik Barisan Nasional yang terlalu mengejar kebendaan & duniawi semata2...

Ya Allah...Aku memohon pada Mu agar Engkau bukakan lah hati umat Islam di Malaysia ini supaya kembali kepada ajaran Engkau, ya Allah...

Bermula dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim...Benarkah??? Hanya Allah je yang tahu...Secara logik akal, seorang yang berilmu, berketerampilan, mempunyai ahli keluarga yang baik, mustahil benda ini berlaku...tapi hanya Allah je yang Maha Mengetahui...sesungguhnya doa orang yang teraniaya adalah makbul...InsyAllah...

Berikutnya, dengan pelbagai berita palsu dan fitnah yang telah tersebar di Perak sehingga menyebabkan berlakunya perampasan kuasa secara haram yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional...Menggunakan Sultan adalah cara paling keji dilakukan oleh Barisan Nasional untuk mengambil alih negeri Perak...

Selepas Perak telah diambil alih, kini Kedah pulak dalam perancangan Barisan Nasional.. Macam2 fitnah telah pun disebarkan...Tak abes Kedah, Selangor pun turut telah diancam dengan berita2 yang mengarut...aku berdoa supaya rakyat Malaysia tidak tertipu dengan sumber2 berita di TV, surat khabar & sebagainya...Aku tidak menyalahkan mereka yang terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di TV, paper...Mungkin kerana mereka kurang pengetahuan tentang IT...jadi, aku hanya mampu berdoa supaya mereka tidak mudah untuk ditipu...

Actually aku tak minat sangat nak cerita pasal politik ni...tapi disini, aku tak sanggup dah nak tahan semua ni, melihat apa yang berlaku...aku hanya mampu meluahkan apa yang aku rasa di sini...aku hanya lah orang kecil...tiada ahli politik yang mendengar rintihan aku ni...aku hanya mampu berdoa je..kesian la pada rakyat Malaysia yang inginkan kebenaran dan bantuan dari ahli2 politik yg berintegriti.. pada pilihanraya kecil nanti, kepada semua rakyat malaysia, pilih lah wakil anda yang mempunyai IQ, EQ & SQ..

Sekian saja...